RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, November 25, 2009

Kenduri Dan Buku...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Rasanya sudah terlalu lama firadila tak update dengan blog ni..Di kesempatan ini firadila ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha esok..

Baiklah, sebenarnya firadila nak cerita mengenai semalam. Malam semalam firadila menghadiri kenduri arwah di kampung sebelah suami firadila. Memang cukup meriah tapi apa yang menariknya sedang firadila asyik menonton cerita Nur Kasih (hehehe...sempat mengelak dari tolong orang kat dapur tu..) Saudara firadila memperkenalkan buku "Indahnya Hidup Bersyarat"...belek punya belek memang bagus buku ni..Keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd..

Buku ini mengenai kehidupan kita seharian. Mungkin selama ini kita ambil sambil lewa sahaja mengenai agama kita tetapi entah kenapa firadila cukup tertarik dengan isi kandungan buku ni....jadi terus firadila beli buku tu..Kalau boleh firadila nak amalkan setiap kandungan di dalam buku tu...

ermmmm.....Bulan 11 dan Bulan 12 ni firadila sibuk dengan undangan kompang dan tempahan menjahit..alhamdullillah..bersyukur kepadaMu ya Allah kerana mempermudahkan rezeki hambaMu ini..amin..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Thursday, July 16, 2009

Jangan Lupa 3 Perkara ini...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadila...

Dah lama betul firadila tak update blog ni...bukannya apa sibuk dengan matlamat dan perlaksanaan matlamat firadila ni..

Baiklah, disebabkan dah lama firadila tak update blog ni...jadi hari ini firadila ingin post yang agak panjang sedikit...Sebenarnya, minggu lepas firadila telah menghadiri kelas agama FIQH untuk wanita anjuran Majlis Agama Islam Daerah Tampin...Ustazah ada menyentuh mengenai 3 perkara ini...Berikut adalah sedikit catitan buat renungan yang sempat dila catit...

Ustazah cakap "Kalau kita meninggal dunia hanya 3 perkara sahaja yang boleh dibawa ke alam kubur iaitu :
  1. Sedekah Jariah (kalau boleh yang kekallah seperti sejadah, pakaian dan sebagainya)
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Doa anak yang soleh
Tapi kalau tak ada anak macam mana ustazah?

"Kalau kita diuji oleh Allah dengan belum dikurniakan anak kita masih boleh ada 2 perkara lagi tu..." Jawab Ustazah..

Macam mana tu ustazah..? tak fahamlah..

"Baiklah, sebagai contoh.... ini pengalaman saya memberi ceramah di tempat lain...seorang peserta ini telah berkahwin hampir 15 tahun tetapi masih belum dikurniai anak...peserta ini terlalu sedih sangat bila dia meninggal dunia nanti tidak ada yang mahu mendoakannya bila berada di alam kubur...Kiranya dia ni risau sangatlah...Jawapan saya ialah puan tidak perlu bersedih akan apa yang berlaku kepada puan...Allah ingin menguji puan sahaja...Ada anak atau tidak Allah yang tentukan...lambat mendapat anak atau cepat mendapat anak dia juga yang tentukan....tapi tahukah puan...setiap apa-apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya...Allah turunkan kekayaan dari segi harta dan wang ringgit kepada puan supaya dengan kekayaan itu puan dapat bersedekah kepada yang memerlukan. Bukankah itu dapat membantu puan di alam barzakh nanti...Yang penting jangan lupakan Allah dan jangan sekutukannya.Sebab itu Allah memberi 3 syarat yang boleh dibawa ke alam kubur nanti..kalau perkara yang ke-3 tidak boleh...masih ada 2 perkara lagi yang boleh..Oleh itu janganlah risau...

Terima kasih ustazah atas nasihat ustazah itu tadi....

Semoga pembaca blog firadilamotivasi mengambil ini sebagai panduan...oleh itu jangan lah bersedih tetapi...

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Monday, May 18, 2009

Impian untuk berjaya....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadila motivasi,

Fuh..terlalu lama firadila tak update kat blog ni...Dah betul-betul berabuk dah...Sebenarnya firadila sibuk sangat-sangat sebab bulan ni dan bulan lepas firadila banyak menghadiri kursus dan sukan..dan kebetulan pula internet kat opis ni asyik tak ok je..tapi tak pe itu bukanlah alasannya...

Baiklah...sebenarnya tahun ini firadila mengimpikan mempunyai perniagaan yang kukuh dan mencapai target..Doakan untuk firadila..Setiap hari firadila mengimpikan menjadi seorang yang kaya tetapi sentiasa senyum, tidak mempunyai masalah kewangan yang terhad dan sentiasa dapat membantu orang lain dalam kesusahan..

Kadang-kadang firadila terfikir juga..kenapa orang lain boleh berjaya dalam perniagaan internet tetapi kenapa bukan kita? Sebenarnya, tak semua orang boleh berjaya dalam perniagaan yang kelihatan mudah tetapi sebenarnya banyak onak untuk diharungi...Sebab tu, Tuhan jadikan kita di dunia ni ada yang susah dan ada yang senang..

Sebagai contoh, satu hari tu Tuhan bagi semua orang jadi senang dan kaya raya..nak pergi pasar untuk beli barang dapur pun tak dapat..iyelah...dah senang buat apa susah payah nak berniaga...tiba-tiba minyak kereta anda habis pula dan anda pergi ke stesen minyak..setibanya di stesen minyak, stesen minyak pun tutup sebab tokey dah kaya raya...dan tiada pekerja sebab pekerja dah kaya raya..cuba anda bayangkan situasi itu...

Oleh itu, bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kita tenaga dan kesihatan yang baik pada hari ini...Di masa kini, membeli makanan harga tak mahal tetapi nak membuang najis itu yang mahal harganya....(kos rawatan)...fikir-fikirkanlah...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Impian menjadi Jutawan bermula dengan Langkah Pertama..

Tuesday, April 21, 2009

Pengalaman sesat di hutan?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi...

Firadila minta maaf sebab dah lama tak update blog ni...Baiklah, hari ini firadila ingin menyentuh mengenai topik di hutan...pernah tak anda sesat di hutan?

Firadila tak pernah lah tapi tak salahkan kalau kita mencari sedikit ilmu mengenai hal-hal di dalam hutan ni...Firadila suka menonton rancangan Man vs Wild saluran 551 Discovery channel..rancangan ini mengisahkan apabila anda sesat di dalam hutan apa yang perlu anda lakukan walaupun dengan sebilah barang sahaja..rancangan ini sangat menyeronokkan bagi firadila sebab firadila dapat mengetahui teknik menangkap ikan dengan tangan, menyalakan api, membuat tempat tidur, menyediakan petunjuk arah dan sebagainya...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : teringat masa jadi Askar Wataniah pulak..:)

Sunday, April 5, 2009

Anda Mahu Kurus?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin menyentuh mengenai topik yang santai sekali...Malam tadi firadila menonton The Biggest Loser saluran 702...iaitu sebuah rancangan mengenai orang yang gemuk tetapi telah diberi latihan fizikal dan mental untuk menjadi kurus...dan semangat motivasi yang ingin dicapai untuk mencapai bentuk badan yang ideal...

Apa yang menariknya mengenai rancangan ini ialah peserta perlu berhadapan dengan latihan fizikal yang berat dan yang paling penting sekali mengawal pemakanan dengan makan secara sihat..Ada yang cepat putus asa, ada yang berjaya...tetapi yang pasti semua peserta itu badan mereka boleh kurus seperti model...wah..memang terkejut betul..

Bayangkan dari 339 paun boleh turun 157 paun...Memang betul-betul kurus..Disini, firadila mendapat satu pengajaran..nak kurus perlu bersenam dan kawal pemakanan..bukan melalui krim sapu untuk kurus...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

P/s : Betul juga kata jurulatih The Biggest Loser untuk kurus kita boleh bersenam tapi nak kawal pemakanan memang susah....jadi kawallah nafsu makan itu..amalkan gaya hidup sihat..

Thursday, April 2, 2009

Sabar Dan Bersyukur...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Dah lama betul firadila tak update blog ni. Sampai nak berabuk pulak. Maaf ye. Sebenarnya firadila terlalu sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, bisnes dan belajar. Biasalah...nak bercuti pun terpaksa ambil cuti sebab hari sabtu dan ahad firadila terlalu sibuk..

Minggu lepas, firadila telah menghadiri kursus di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang, Perak. Dalam kursus tu firadila telah menghadiri ceramah motivasi mengenai ilmu falak. Yang firadila ingat sampai sekarang ni apa yang ustaz itu beritahu ialah kita jangan takut akan rezeki kita setiap hari. Kalau kita bangun sebelum subuh dan solat subuh, rezeki kita akan ada selepas solat subuh. Yakin dan bertawakallah akan rezeki yang akan tiba nanti..Cuba yang membezakannya ialah sedikit atau banyak (wang), rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki dapat berjalan dengan lancar dan sebagainya.

Semalam, firadila menonton dokumentari khas mengenai Pak Lah di TV3. Firadila begitu tertarik sekali apabila Datin Seri Jeanne Abdullah menyatakan cara didikan Pak Lah yang selalu diajar kepada beliau ialah Sabar dan Bersyukur....sekiranya mengalami kesusahan ada orang yang lebih susah dari kita..sekiranya mengalami kesenangan ada orang yang lebih senang dari kita...oleh itu apa-apa sahaja yang berlaku kita hendaklah sentiasa sabar dan bersyukur..Terima kasih Datin Seri kerana sudi berkongsi mengenai ilmu ini...

Senyum dan ceria selalu,
firadila

Sunday, March 15, 2009

Kesedaran anak orang susah.......

Rasa insaf sebagai anak seorang nelayan membolehkan Nik Nur Madihah memperoleh 19 A1 dan 1 A2 dalam SPM.




"KITA selalunya tengok anak-anak 'orang besar' yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Apa salahnya kali ini anak seorang nelayan yang keluar di televisyen dan surat khabar sebagai pelajar terbaik. Saya cabar dia."

Begitulah kata-kata Nik Mohd. Kamal Hussin, 41, bapa kepada Nik Nur Madihah, 18, yang berjaya mendapat keputusan 19 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan Khamis lalu.

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Seorang lagi pelajar sekolah itu, Siti Fatimah Mukhtar, 20, mendapat 17 A1 dan 1 A2 dalam SPM 2006.

Kehadiran krew Jurnal di teratak yang didiami Nik Nur Madihah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa disambut dengan senyuman manis oleh gadis tinggi lampai itu bersama ibu dan bapanya.

"Jemput naik, maaflah rumah kami sempit saja," pelawa ibunya, Mariani Omar, 42, yang sibuk melayan tetamu yang tidak putus-putus datang untuk mengucapkan tahniah.

Sungguh tidak disangka, rumah kayu bercat putih beratap zink yang kelihatan begitu usang rupa-rupanya berjaya melahirkan seorang gadis yang tabah dan cekal semangatnya untuk maju dalam hidup.


RUMAH yang didiami Madihah sejak dari kecil ini disewa pada kadar RM90 sebulan.


Di ruang tamu rumahnya yang tidak seluas mana itu, terdapat sebuah peti televisyen dan set sofa kayu yang agak uzur serta sebuah meja yang digunakan oleh Nik Nur Madihah untuk mengulang kaji pelajaran.

Rumah yang didiaminya sejak dari kecil itu disewa dengan kadar RM90 sebulan, memiliki dua bilik yang 'diubahsuai' menjadi lima bilik dengan menggunakan almari dan papan lapis sebagai dinding pemisah antara bilik ke bilik.

"Saya tinggal bersama ibu bapa dan adik bongsu yang berusia 11 tahun sementara dua lagi adik yang berusia 16 dan 15 tahun tinggal di asrama.

"Ruang tamu dan meja inilah tempat saya belajar," ujar Nik Nur Madihah memulakan bicara. Tutur katanya lemah lembut. Raut wajahnya juga sangat tenang.

Tanpa dilengkapi peralatan canggih, komputer dan kemudahan Internet, dia lebih selesa belajar di rumah walaupun sekolahnya menyediakan kemudahan asrama.

Katanya, dia memang teringin untuk tinggal di asrama tetapi yurannya mahal iaitu RM200 sebulan.

Bapa nelayan, ibu tukang cuci

Bapanya tidak mampu menyediakan wang untuk yuran tersebut kerana hanya bekerja sebagai nelayan. Ibunya pula hanya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


NIK NUR MADIHAH bukan saja mendapat sokongan, tetapi juga cabaran daripada bapanya, Nik Mohd. Kamal dan ibunya, Mariani.


"Pendapatan bulanan keluarga kami hanya sekitar RM500 dan cukup-cukup menampung perbelanjaan dan keperluan hidup,” katanya.

Nik Nur Madihah memberitahu, sebagai anak seorang nelayan dia tidak mampu untuk hidup mewah seperti kebanyakan pelajar lain. Wang poket yang dibekalkan oleh bapanya untuk makan tidak sampai RM1 sehari dan adakalanya dia tidak mempunyai wang untuk makan.

“Ayah bagi RM5 sehari, tambang bas saja sudah lebih RM4 untuk pergi balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal dari rumah.

“Kalau tak ada makanan dan duit saya akan berpuasa,” katanya yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.


PELAJAR Terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar (kanan) banyak merangsang semangat Nik Nur Madihah.








Kehidupannya menjadi lebih sukar terutama ketika musim tengkujuh atau apabila bot bapanya mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

“Sumber pendapatan kami hanya bergantung pada ayah. Ketika ayah tidak dapat turun ke laut, kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan telur dan itu menjadikan saya insaf,” katanya.

Nik Nur Madihah reda dengan ketentuan Allah dan kesempitan hidup itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya demi mengubah nasibnya sekeluarga.

Berbicara mengenai kejayaannya, Nik Nur Madihah memberitahu, dia mengambil keputusan untuk mendaftarkan 20 subjek yang diambil dalam SPM kerana ingin mencabar dirinya sendiri.

Dia sentiasa optimis dengan diri sendiri serta mahu mengikut jejak langkah mentornya yang juga senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM pada 2006.

“Saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain, cuma saya memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas.

“Saya belajar ikut mood. Bila rasa nak belajar, saya belajar tetapi masa belajar tersebut perlu berkualiti dan paling penting adalah banyak berusaha dan belajar secara strategik.

“Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal,” ujarnya yang merupakan antara pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan.

Dia juga tidak pernah menghadiri kelas tuisyen berbayar di luar sekolah kerana masalah kewangan dan bersyukur kerana pihak sekolah menyediakan guru-guru untuk lapan mata pelajaran selebihnya yang diambil.

Lapan mata pelajaran itu ialah Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera yang hanya mula dipelajarinya ketika berada di tingkatan lima.

Nik Nur Madihah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih untuk mendalami ilmu fizik.

Dia berhasrat untuk menjadi seorang ahli fizik kerana tidak ramai orang Melayu yang meneroka cabang ilmu tersebut selain ia memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.

Wednesday, March 11, 2009

Berniaga apa sahaja...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin menyentuh topik mengenai perniagaan...macam motivasi santai lah..Baiklah, firadila pernah bertanya kepada rakan sepejabat firadila mengenai apa jenis perniagaan yang akan dijalankan di zaman kegawatan ekonomi ini? Jawapan yang diberikan amat mengejutkan..

"firadila, aku nak bagi kau satu petua ni yang kau tak akan rugi bila berniaga...

Selagi ada orang pakai, selagi ada orang makan dan selagi ada orang belajar....kau tak akan rugi. Jadi, fikir-fikirkan lah"...

Maksudnya begini, selagi ada orang pakai ( contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah mengambil upah menjahit, menjual kain, menjual pakaian dan sebagainya), selagi ada orang makan ( contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah buka restoran, gerai , jual jambu, jual betik, jual nasi lemak dan sebagainya) dan selagi ada orang belajar (contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah menjadi tenaga pengajar, jadi guru tuisyen, jurulatih silat dan sebagainya).. Ooohhh...baru firadila faham sekarang...

Bila difikir-fikirkan balik, ada kebenarannya juga. Perkara ini tidak akan lari kemana kerana ianya adalah satu keperluan....jadi kenapa pening kepala nak berniaga apa....pilih sahaja dan terus lakukan...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Tuesday, March 3, 2009

Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo






DIJAMIN HALAL... Syed Abdullah menunjukkan bebola ikan yang dikeluarkan syarikatnya di Batu Caves baru-baru ini. Dengan dua rakan kongsi, 40 pekerja dan sebuah cawangan di Subang, syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari. Foto: Bernama
Oleh Rohana Mustaffa

Sabtu itu kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd dibuka seperti biasa dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa pekerja sibuk membungkus pelbagai jenis bahan pramasak untuk hidangan yong tau foo, campuran makanan laut dan tauhu, dalam kuantiti yang banyak.

Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.

Dalam masa yang sama beberapa pelanggan Melayu sibuk membeli bahan yong tau foo pilihan mereka. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Cuma yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.

Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.

MELAYU BERNIAGA YONG TAU FOO

Kenapa pilih yong tau foo? soal penulis kepada pengarah urusan syarikat ini Syed Abdullah Syed Hassani, 48, ketika beliau berbicara mengenai asal usul beliau menceburi perniagaan ini.

"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.

"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.

Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.

Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRI

Perniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian ketika itu untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk.

Low pada mulanya cuba mengajar pekerja, asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas - beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng.

Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya.

"Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya.

"Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau.

Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.

"Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya.

Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.

BERPINDAH KE TEMPAT BARU

Syarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan akhir tahun ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain.

Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya.

Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya.

Dalam hal ini beliau berazam untuk maju dalam saingan dengan mendapatkan pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Point) dan GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) melalui Kementerian Kesihatan.

Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran.

STATUS HALAL DIPELIHARA

Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran.

Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.

"Saya sudah biasa menerima komen perbandingan seperti ini, kenapa bebola orang lain berkilat dan putih, rasa tidak sama dan sebagainya dan setiap kali itu saya akan menambah baik produk saya di mana yang boleh tetapi untuk mengabaikan proses halal, saya tidak buat," katanya.

SOKONGAN ORANG MELAYU

Ada sedikit kekecewaan ketika beliau menceritakan mengenai proses beliau belajar sampai boleh berdiri dan kini sudah bersedia untuk berlari dengan pengusaha yong tau foo yang lain.

Pertama, tunjuk ajar susah didapatkan baik daripada pesaing kaum lain, mahupun sokongan orang Melayu untuk membekalkan bahan dan produk halal, ejen penjual atau promoter.

"Saya menghadapi masalah pembekal tidak konsisten dan promoter Melayu tidak bersungguh," katanya.

Syed Abdullah bercerita bagaimana pada satu ketika beliau mendapatkan bekalan telur puyuh daripada seorang Melayu (beliau memerlukan 30,000 hingga 40,000 biji telur puyuh sehari), masuk bulan ketiga, orang itu gagal membekalkan jumlah yang dijanjikan dan terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Melayu.

Dan promoter yang digajinya di pasar raya pula adakalanya tidak datang membuka stesen mereka dan akibatnya beliau akan dimarahi pihak pasar raya yang sudah tentu tidak mahu mendengar masalah beliau.

Syed Abdullah juga pernah cuba menolong siswazah Melayu berniaga bahan yong tau foo yang beliau bekalkan, tetapi tidak kekal lama.

Untuk ejen pembekal di negeri-negeri pula, syarat beliau ialah mereka perlu keluar modal sediakan bilik sejuk dalam anggaran RM20,000 tetapi ramai yang tidak sanggup kerana mereka takut rugi.

Kenapa tidak menumpang saja stokis makanan beku jenama Melayu terkenal yang ada?. Syed Abdullah jelas menyimpan perancangan sendiri.

"Saya tidak mahu menjadi barisan kedua, kerana cita-cita saya mahu memastikan jenama yong tau foo saya teguh dan ada tempat sendiri," katanya.

Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pesaing Cina yang mempunyai modal besar yang mengawal pembelian bahan ikan kerana ada di antara mereka mempunyai jeti sendiri.

Oleh itu, kata Syed Abdullah, beliau berusaha keras mencari bekalan yang tetap dan terbaik umpamanya beliau kini berunding dengan nelayan di jeti Tok Bali Kelantan untuk mendapatkan bekalan ikan kecil seperti kelisi bagi bahan suriminya.

CITA-CITA BANTU PEKERJA SENDIRI

Syed Abdullah bagaimanapun tidak pernah lemas bergerak perlahan untuk berjaya kerana "saya anggap saya dalam larian maraton, perlahan tetapi tidak mengalah".

Hasrat utama Syed Abdullah kini ialah memajukan perusahaan yong tau foo berasaskan ikannya di Batu Caves, produk berasaskan soya (tauhu) di Subang dan koay teow di Seremban.

Dalam proses itu beliau tidak lupa melatih beberapa pekerjanya dalam usaha membesarkan perniagaannya supaya satu hari nanti, katanya, mereka juga boleh menjadi pengusaha yong tau foo Melayu dan rakan kongsinya.

Sumber: BERNAMA

Monday, March 2, 2009

9/10 dan 1/10...rupanya tak sama?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semoga sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas harian walaupun cuaca tak menentu sekarang ni...Hari ini firadila bukan nak mengajar matematik tetapi mengenai motivasi perniagaan sedikit...

Mesti kita pernah melihat angka 9/10 ni kan...Eh! tak pernah melihat pun? Ok...ok...sebenarnya angka tersebut bermaksud "9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan"...Betul tak..mesti pernah mendengar perkataan begitukan..tapi bagaimana dengan 1/10...angka ini pula bermaksud hanya 1/10 sumber rezeki itu datang dari hasil makan gaji...tak kiralah gaji harian ke, gaji bulanan ke atau sebagainya...Anda bekerja dengan majikan anda dan dapat gaji..tapi apa berbezaanya...sebenarnya firadila ingin mendedahkan satu rahsia...periksa betul-betul...

9/10 ( berniaga. Anda sebagai majikan) + 1/10 (makan gaji. Anda sebagai pekerja) = 10/10 (hasil berganda)

Ramai yang memberi alasan, kalau nak buat sesuatu perniagaan itu mesti kena berhenti kerja dahulu baru boleh buat bisnes. Sebenarnya teori itu silap...Anda tidak akan melihat kedua situasi itu sekiranya anda tidak sebagai majikan dan anda sebagai pekerja. Kebiasaannya majikan yang betul-betul memahami keadaan pekerjanya pernah mengalami situasi begini.

Apa ye perniagaan yang dalam masa yang sama anda adalah bos dan pekerja? Kepada mereka yang makan gaji sekarang jangan risau anda boleh berniaga kalau anda mahu. Sebagai contoh, anda seorang kerani di salah sebuah syarikat guaman...setiap bulan anda terima gaji bulanan anda. Di sebelah malam pula, anda menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen yang anda buka sendiri. bukankah anda sebagai pekerja dan majikan.

Didunia ni, Allah jadikan tidak semua manusia itu sebagai usahawan. Ada yang Allah jadikan sebagai orang yang makan gaji, semangat waja seperti polis, bomba, tentera dan sebagainya..Jadi jangan salahkan takdir kalau anda tidak jadi sebagai usahawan kalau anda makan gaji..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Maksud di sini ialah usahawan sepenuh masa..Anda jangan pandang hina dengan orang yang makan gaji kerana kalau tak ada orang yang macam ni...negara tak akan maju..

Nasihat Nabi Kepada Umatnya....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Jumaat yang lalu, firadila telah menghadiri satu perhimpunan bulanan untuk kakitangan kerajaan Daerah Tampin. Seorang penceramah dari Kolej Universiti Islam Selangor telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk "Pesanan Nabi Kepada Umatnya"....Berikut adalah sedikit catatan yang sempat firadila catatkan...

Nabi Muhammad memberi nasihat kepada umatnya 6 perkara iaitu:


Pertama ialah hak dunia jangan menilai manusia di atas kita. Maksudnya ialah perkara-perkara hal duniawi ini jangan menilai seseorang itu berdasarkan kepada kekayaannya, pangkat, kereta mewah atau sebagainya tetapi menilailah seseorang itu berdasarkan Al-Quran (ilmu) dan Sedekahnya. Kita tidak boleh melihat seseorang dengan pandangan duniawi sebab akan menimbulkan rasa cemburu. Digalakkan berfikir positif iaitu sekiranya ditimpa susah atau malapetaka itu adalah ujian dari Allah dan hendaklah redha atas ujianNya dan sekiranya diberi kesenangan digalakkan untuk bersedekah membantu orang lain.


Kedua ialah sayangilah orang miskin dan dekatilah mereka. Janganlah kita kaya di dunia tetapi miskin di akhirat..Kita hendaklah sentiasa rajin bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan..


Ketiga ialah hendaklah sambungkan dengan silaturrahim. Jangan mewujudkan permusuhan sesama jiran, saudara mara dan sebagainya.

Keempat ialah jangan takut celaan orang yang mencela. Hidup didunia ini tidak digalakan hidup dengan sanjugan orang tetapi hendaklah terima cacian orang dengan syarat apa yang dibuat itu adalah betul.


Kelima ialah hendaklah bercakap benar walaupun pahit. Sesiapa yang benci perkara yang betul itu tandanya bencikan Allah.


Keenam ialah perbanyakan zikir "Laahaulawala kuwataillahbillahilaliyulazim (maaf kalau tersilap taip dalam bahasa melayu)".Kelebihan zikir ini ialah segala kekuatan yang ada dalam diri kita ini adalah milik Allah. Allah akan turunkan taufik dan hidayah didalam diri kita..

Itulah 6 perkara yang dinasihatkan Nabi Muhammad kepada umatnya...Semoga anda mengambil dan mengamalkannya...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Tuesday, February 24, 2009

Sambung Belajar...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Di zaman kegawatan ni firadila betul-betul membuat tindakan yang nekad untuk sambung belajar. Selama ini firadila cuma melakukan melalui pemerhatian sahaja tanpa guru dan kini firadila telah berjumpa dengan guru yang sudi mengajar firadila menjahit...

Selepas satu tahun firadila berkecimpung dalam bidang jahitan ni banyak pengalaman, komen, kutukan, cacian dan pujian yang firadila terima. Akhirnya, firadila nekadkan hati untuk tempuh dan belajar dengan guru yang betul-betul pakar dalam bidang jahitan ni..Firadila belajar dari bulan 2 ni dan tamat sebelum bulan puasa menjelma iaitu selama 6 bulan dengan perbelanjaan sendiri yang mencecah ribuan ringgit tetapi bagi firadila rintangan dan halangan untuk firadila sambung belajar akan firadila capai hingga berjaya...Target firadila bulan puasa dapat banyak tempahan dengan ilmu yang ada ni...Kiranya pelanggan bertambah yakinlah...

Ramai yang kata kat firadila begini "Kau ni zaman gawat pun nak sambung belajar...nak buat rumah lagi..kalau boleh buat tu biarlah satu dahulu...ni tak semua nak buat." Aduh, ni bakal nak punahkan harapan ku ni...Takpelah, nak berjaya mesti MELIHAT KEHADAPAN...dan nak berjaya mesti "AKU YAKIN KAU BOLEH BUAT"...hehehe..

Doa-doakan firadila berjaya menjadi tukang jahit yang berjaya sehingga dapat buka butik sendiri...Sekarang ni firadila cuma bergerak dari rumah je tapi income...fuh...diri sendiri yang tahu..:)...Wah..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Monday, February 23, 2009

Persediaan Pelajar Sekolah Di Masa Kini...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semalam firadila cukup terkejut kerana seorang pelajar meninggal dunia selepas dibelasah oleh 24 orang pelajar akibat berebut teman wanita...cukup menggerunkan...Pelajar sekarang ni firadila tak tahu lah apa akan terjadi bila dia jadi dewasa nanti..

Yang pasti firadila ingin memberi nasihat kepada ibu bapa iaitu persediaan sebelum menghantar anak kesekolah...

Persediaan pertama ialah lengkap kan anak dengan ilmu seni mempertahankan diri. Tak kiralah silat ke, teakwondo ke, silambam atau apa-apa sahaja. Sebab kalau anak anda tidak dilengkapkan dengan ilmu seni mempertahankan diri ini, pasti anak anda kena buli punya..

Persediaan kedua ialah kepada bakal-bakal cikgu. Bakal-bakal cikgu ni atau dah jadi cikgu pun mesti dilengkapi dengan ilmu seni mempertahankan diri sebab budak-budak sekarang ni memang senang nak membalas dendam..Jadi, ilmu tu penting..

Persediaan ketiga ialah sikap sabar. Kekurangan sikap bersabar ini akan menjadikan anak anda tidak tahan dibuli dan cepat melawan..Kalau tidak dilatih boleh jadi pembuli yang hebat disekolah..

Harap-harap lepas ni ibu bapa dapat keluarkan sikit perbelanjaan supaya dapat menghantar anak ke kelas seni mempertahankan diri..jangan asyik tumpu pada tuisyen sahaja..jadi fikir-fikirkanlah...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Jangan pandang remeh....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Terima kasih kerana sentiasa berkunjung disini untuk mendapatkan motivasi ke dalam diri anda. Post kali ini firadila nak sentuh mengenai jangan pandang remeh...

Sejak kebelakangan ini, ramai yang hilang di dalam hutan. Ada yang berjongging pun boleh hilang, panjang gunung pun boleh sesat dan sebagainya...Sebenarnya dahulu kita selalu pandang remeh akan hal-hal ikhtiar hidup di hutan ni..

Masa sekolah dulu, cikgu cukup bising supaya aktif dalam badan beruniform ni...Alasan anda ialah "Ala...cikgu ni tak best lah..asyik-asyik berkhemah...lepas tu tinggal dalam hutan sorang-sorang..konon nak bina semangatlah..apalah..tipu semua tu"...tapi sekarang dengan adanya ilmu ikhtiar hidup yang sedikit itulah anda akan terselamat di dalam hutan..

Teringat pula semasa firadila belajar dahulu...pengarah institut pernah menyuruh semua pelatih memasuki Askar Wataniah secara paksa rela iaitu diwajibkan untuk mendapat diploma...masa tu kami tak terfikir pun akan kebaikannya...yang kami tahu masa tu ialah bersungut...membebel dan macam-macam lagi..Bila dah tamat latihan rupa-rupanya perkara itu yang menjadikan kami seorang yang lasak, tabah dan bersemangat waja bila menempuh cabaran..Ramai yang pandang remeh dan temeh akan perkara ini tetapi percaya lah mesti ada kebaikan di kemudian hari..

Oleh itu, kepada semua ibu bapa, harap-harap dapat menghantar anak ke kem PLKN itu kerana ianya adalah satu kebaikan dimana kalau anak tersesat di dalam hutan ke, anda tak perlu risau kerana telah ada basic dalam ikhtiar hidup..

Senyum dan ceria selalu
firadila

Thursday, February 19, 2009

Jutawan Kasih Sayang...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini semestinya anda semua bersemangat untuk melakukan kerja. Ya lah..Hari ini hari Jumaat dan esok nak hari cuti. Baiklah hari ini firadila ingin melatih anda supaya menjadi Jutawan kasih sayang.

Dunia hari ini sememangnya semakin tandus akan sifat kasih sayang. Tak kiralah kasih sayang sesama manusia, kasih sayang kepada binatang, kasih sayang kepada alam sekitar dan sebagainya. Kenapa firadila memilih tajuk kasih sayang kali ini.

Baiklah...semasa firadila menjadi pensyarah di syarikat swasta suatu masa dahulu, firadila ada mengajar satu batch yang kesemuanya mempunyai masalah tersendiri. Bayangkan student firadila tu seramai 30 orang. Ada yang suka hisap dadah, mencuri, mengandung luar nikah, lari daripada rumah dan sebagainya. Dengan kata lain firadila mengajar pelajar yang bermasalah lah. Hampir setiap hari firadila fikir bagaimana teknik untuk mengajar pelajar yang bermasalah ini boleh menjadi berkesan. Berikut adalah teknik yang firadila lakukan..anda boleh praktikan kepada anak yang bermasalah atau kepada sesiapa sahaja yang bermasalah...Teknik ini firadila cipta sendiri dan terbukti berkesan..

Pertama ialah memberi gelaran kepada kita yang mereka suka yang ada maksud kasih sayang. Sebagai seorang pensyarah mesti mendapat gelaran "Madam", "Mis", "Puan" atau "Cik" dan ada gelaran mesti dipanggil "Professor" atau sebagainya tapi bagi firadila gelaran itu tidak penting. Jadi, firadila ubah supaya mereka memanggil firadila "Umi"...Wah, malu juga sebab firadila tak kahwin lagi dan baru berusia 20-an pada masa tu tetapi itu yang mereka mahu panggil firadila. Ok..ok..Umi pun Umi lah..Dengan panggilan begitu mereka rasa mereka sentiasa ada "Ibu" disisinya.
Kedua ialah jangan terlalu skema apabila mengajar. Teknik ini sebenarnya ramai pensyarah tidak bersetuju dengan cara firadila mengajar tetapi bagi firadila pelajar yang bermasalah jiwa mereka tidak suka terkongkong. Jadi, ubah rentak mengajar. Firadila akan bagitahu kepada student firadila bagi masa 15 minit untuk teori dan anda semua boleh mendengar lagu semasa di dalam kelas..dan untuk kelas praktikal pun boleh mendengar lagu. Maksud disini jiwa remaja mereka memang tak boleh dipisahkan. Jadi lagu memang dah jadi kegemaran mereka. So, kenapa nak larang pulak..Betul tak..

Ketiga ialah cakap sekali je. Firadila pernah mengoyak assignment mereka yang hantar lewat kepada firadila. Marah juga mereka tetapi firadila menerangkan dengan cara begini "Saya tak kisah awak tak datang kelas saya, saya tak kisah awak tidur di dalam kelas semasa kuliah saya tetapi tolong hantar assignment tepat pada masanya walaupun anda lewat satu saat. Kalau tak saya gagal kan awak". Jadi dengan kata begitu mereka mulai faham akan konsep firadila mengajar. Bertindak lebih tapi jangan banyak cakap. Biasanya remaja yang bermasalah tak suka dengar membebel. Kes-kes pensyarah kereta kena bakarlah, disimbah cat lah atau sebagainya itu semua adalah sikap membebel pensyarah itu tersebut. Membebel bukan boleh mengubah peribadi seseorang tetapi teknik bertindak itu yang lebih berkesan.

Keempat ialah menanam jiwa keagamaan. Firadila ni bukanlah alim sangat tetapi firadila pernah mengubah pelajar perempuan ni dari liar ke baik sedikit. Begini, ibu bapa mereka dah memang tak tahu nak buat macam mana nak ubah dia ni. Tak pa lah makcik. Jangan risau saya boleh ubahkan nya. Caranya ialah firadila bawa dia tinggal satu rumah dengan firadila (masa tu tak kahwin lagi). Dalam satu semester jugak lah. Kemudian, asalkan azan je kena pergi sembahyang. Jangan lewat sedikit pun. Firadila cakap begini "Saya tak kisah awak sembahyang secara betul atau tidak tetapi mesti sembahyang". Pada permulaannya firadila tahu yang dia cuma berlakon ambil air sembahyang dan sembahyang. Semua itu lakonan sahaja yang dia lakukan tetapi kerana hidayah Allah telah ada sedikit dalam jiwa dia, lama-kelamaan dia akan sembahyang betul-betul. Disini kita kena paksa dia sembahyang walaupun dia sembahyang secara lakonan.

Kelima ialah memupuk kasih sayang. Ramai penyarah tidak suka bertindak sebagai pendengar akan masalah student mereka. Yang mereka suka ambil tahu ialah kenapa tak siap assignment dan sebagainya. Sebenarnya sebagai pendengar yang baik student itu sendiri akan senang pendengar pendapat kita pula.

Itulah serba sedikit mengenai pengalaman firadila yang terbukti berkesan. Walaupun memang nampak remeh tetapi dalam masa 2 bulan sahaja kesemua pelajar firadila seramai 30 orang itu memecah rekod mendapat keputusan yang cemerlang (pointer terbaiklah)..Bos firadila pun terkejut jugak..jangan pandang mudah dengan pensyarah muda..hehehe....

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Wednesday, February 18, 2009

Percaya akan rezeki kita...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Adakah anda semua sentiasa senyum selalu...harap-harap begitulah :)..Baiklah hari ini firadila ingin menyentuh sedikit mengenai rezeki..Wah..Sebenarnya tiba-tiba je terlintas kat fikiran ni mengenai rezeki semasa firadila memasak tadi..

Adakah anda semua percaya akan rezeki anda sendiri? Persoalan ini selalu timbul kepada mereka yang tidak berpuas hati kepada qada dan qadar. Ramai yang cakap.."ala...dah rezeki kau jadi kaya tanpa perlu susah payah...lainlah aku ni..hidup susah.."..Mesti anda pernah mendengar kata-kata beginikan..Sebenarnya apa yang berlaku kepada kita ini telah ditentukan rezeki kita sendiri oleh Allah..yang membezakannya bagaimana kita nak menggandakan rezeki kita ni..

Baiklah..maksudnya begini..dalam satu kumpulan seramai 3 orang iaitu Mila , Dila dan Siti telah diberi RM 100 seorang. Mereka diberi tempoh selama 1 minggu untuk menggunakan duit itu sesuka hati. Mila memilih untuk membeli barang yang disukainya. Siti pula memilih untuk menyimpan sahaja dan Dila memilih untuk dijadikan modal menjual alat tulis..Selepas satu minggu mereka berkumpul semula. Pada pendapat anda siapa rezeki mereka jadi berganda. Tentu Dila kan..begitulah maksudnya. Walaupun mereka telah diberi rezeki yang minima iaitu RM 100 tetapi terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk menggandakan rezeki itu.

Oleh itu, janganlah putus harapan akan rezeki anda sendiri. Sememangnya hanya manusia yang diberi kebijaksanaan untuk menggandakan rezeki itu. Apa-apa pun jangan lupa memohon kepada Allah untuk dipermudahkan rezeki kerana setiap rezeki itu adalah melalui keizinanNya..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Rezeki di atas adalah sebagai contoh sahaja. Banyak lagi rezeki yang Allah berikan tanpa kita sangka-sangka. Contohnya rezeki dikurniakan kesihatan yang baik, zuriat yang baik, cukup sifat, dapat melihat, berjalan dan sebagainya..oleh itu, jangan lupa bersyukur selalu..

Pengumuman..

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Mengenai sukan pertandingan permainan tradisional MAKSAK peringkat Negeri Sembilan, tarikh telah ditukar dari 21 Februari 2009 digantikan pada 28 Februari 2009 dan lokasi untuk semua pertandingan akan diadakan di Dewan Bandaran Tampin..Oleh itu anda semua dijemput hadir..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Tuesday, February 17, 2009

Kat mana titik kejayaan ni...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin memberi motivasi santai tapi amat berkesan..selama ini kita selalu mengeluh dan hampir putus asa untuk mencari di mana titik kejayaan yang diidamkan didalam fikiran..Pelbagai usaha telah dilakukan tapi masih tak ada hasilnya. Persoalannya dimana titik kejayaan itu?..

Mengikut kajian firadila lah.. ada beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian titik kejayaan itu..mari kita kaji bersama..

Pertama ialah masa. Masa untuk mencapai kejayaan kita sendiri yang tentukan. Jangan nak cepat sahaja. Biar lambat asalkan selamat. Sebagai contoh nak jadi usahawan menternak lembu. Jangan target satu tahun untuk berjaya. Targetlah masa 5 tahun untuk menjadi betul-betul stabil.

Kedua ialah kesabaran. Titik kejayaan itu akan timbul apabila kita mempunyai sikap kesabaran yang tinggi untuk menempuh setiap halangan yang tiba. Memang dah menjadi kewajipan lah setiap kejayaan yang ditempuh mesti melalui halangan dahulu. Betul tak?

ketiga ialah usaha berterusan. Ramai usahawan kita ini apabila ingin menjalankan bisnes kecil-kecilan mesti ada yang berhenti di tengah jalan. Sebagai contoh anda ingin menjadi usahawan menanam cendawan tiram kelabu. Anda bermula dengan kecil-kecilan. Apabila hasil yang anda dapati menjual cendawan itu tidak pulang modal anda telah berputus asa dan berhenti dari berniaga cendawan. Kenapa anda tidak mengkaji kenapa anda tidak dapat pulang modal?. Pendapat firadila ialah mengambil keputusan dari berhenti dari mengusahakan cendawan itu adalah sia-sia sebab itu adalah usaha anda sendiri dan anda yang mulakan. Jadi, teruskan sahaja. Biar hasilnya kecil tetapi titik kejayaan itu sudah 10% anda lihat.

Keempat ialah mempunyai sikap degil. Biar betul firadila ni..tak kan nak pupuk sikap degil pulak..Eh..bukan itu maksud firadila. Maksud firadila ialah sikap degil disini anda perlu degilkan diri anda untuk melihat titik kejayaan itu berada dipuncaknya. Walaupun ramai yang kata usaha anda ini sia-sia, tak masuk akal atau sebagainya, kalau sikap degil ini anda telah tanamkan di dalam diri anda kejayaan itu mesti ada. Cuba anda lihat, setiap usahawan yang berjaya mesti mempunyai sikap degil...

Kelima ialah senyum selalu..Ni lagi satu..entah apa-apalah firadila ni. Baiklah..begini..Sebenarnya titik kejayaan ini akan timbul bila anda senyum selalu. Maksudnya begini..apabila anda ditimpa masalah dan anda sentiasa senyum masalah itu pasti akan selesai..tapi jangan lupa pulak dengan fokus anda untuk selesaikan masalah itu..senyum tanpa fokus tidak kemana..

Keenam ialah jangan suka mencipta alasan. Setiap kejayaan itu kita sendiri yang ciptakan dan kita sendiri yang mahu mencapainya. Oleh itu, jangan mencipta alasan untuk menangguh kejayaan anda. Sikap suka mencipta alasan ini dapat dilihat melalui sikap dan cara percakapan. Mereka yang suka mencipta alasan ini seorang yang tidak bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu. Sekiranya anda ingin menjadi seorang yang 'luar biasa', janganlah suka mencipta alasan...

Itulah sedikit kajian firadila mengenai titik kejayaan ini..Sekiranya anda memupuk 6 faktor ini, titik kejayaan itu tidak akan lari kemana dan pastinya anda akan mencapainya dikemuncak kejayaan..

Senyum dan ceria selalu,
firadila

Monday, February 16, 2009

Sibuk sikit....


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Apa khabar agaknya? Semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat selalu. Baiklah..firadila ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ni. Sebenarnya firadila sibuk sedikit untuk membuat persediaan sebab Daerah Tampin akan menjadi tuan rumah dalam MAKSAK peringkat Negeri Sembilan 2009 kali ini.

Firadila menjadi urusetia dalam kejohanan permainan tradisional MAKSAK ni. MAKSAK tu apa ye..ermm...firadila kurang pastilah tetapi lebih kurang beginilah maksudnya. MAKSAK ni pertandingan sukan untuk kakitangan kerajaan sahaja..sebanyak 5 acara yang dipertandingkan iaitu Sepakraga Ratus, Congkak, Batu Seremban, Dam Aji dan Menyumpit. Lokasinya di Tampin Square untuk semua acara kecuali menyumpit di Dewan Bandaran Tampin. Penyertaan seluruh daerah di Negeri Sembilan ini akan berkumpul di Tampin.

Kepada sesiapa nak jumpa firadila boleh lah datang beramai-ramai tengok pertandingan ni. Bawa keluarga sekali ye untuk memeriahkan lagi suasana disamping boleh bershopping. Pertandingan ni bermula pukul 9.00 pagi untuk pendaftaran. Tarikhnya ialah pada 21 Februari 2009 (Sabtu)..ermm...firadila pun nak masuk jugaklah pertandingan ni..mungkin Congkak kot..wah..:)..amacam..ada berani? haha..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Monday, February 2, 2009

Kewajipan Menjalankan tugas...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Hari Jumaat yang lalu iaitu pada 30 Januari 2009, firadila telah menghadiri perhimpunan bulanan daerah Tampin di Dewan Bandaran Tampin. Penceramah kali ini ialah Puan Hajah Zainon binti Mohd Yusof, Kaunselor Sek. Men. Keb. Bukit Jalor. Tajuk penceramah beliau ialah Kewajipan Menjalankan Tugas..Berikut ada beberapa catatan yang sempat firadila catatkan disini..

Pertama ialah keikhlasan dalam menjalankan tugas dan mesti niat kerana Allah. Maksudnya ialah sentiasa memberi senyuman selalu, menerima ilmu yang sedikit tetapi amalan yang dilakukan adalah yang terbaik. Keikhlasan dalam melakukan tugas adalah satu ibadah dan nasihat yang paling berguna sekali yang firadila ingat ialah sekiranya kita sentiasa membantu orang atau sentiasa menolong orang, Allah akan memberi bantuan yagn tidak disangka-sangka dan dalam bentuk yang tidak disangka-sangka..

Kedua ialah bersabar dalam menjalankan tugas. Bersabar disini maksudnya ialah bersabar dengan karenah pelanggan dan bersabar dengan karenah rakan sekerja. Sebenarnya sabar itu perlu dipupuk supaya tidak mewujudkan lopak kekotoran di dalam hati kita yang boleh melahirkan sifat dengki mendengki..minta dijauhkanlah..

Ketiga ialah bersyukur setiap hari. Bersyukur di sini ialah kita masih ada kerja dan sumber pendapatan yang kukuh, syukur kerana kita masih berusaha untuk menjadi bertambah baik dan bersyukur kerana mempunyai sikap bantu membantu dengan ikhlas.

Oleh itu, nasihat firadila jangan lah kita kedekut untuk membantu mereka yang memerlukan dan ingatlah "Hari ini kita bantu orang, Allah akan tolong kita ditempat lain tanpa kita sedari dan tanpa tahu bentuk yang macam mana"..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Wednesday, January 28, 2009

Kisah Benar Kelebihan Bismillah...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin memberi satu kisah benar yang berlaku kepada salah seorang dari ahli keluarga firadila iaitu kakak firadila..

Baiklah, Sabtu yang lalu kakak firadila ada menceritakan pada firadila yang Rabu hari tu dia ada sakit kepala sangat-sangat..tak tertahan dan tak tertanggung sangat..dia ni ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun...Akibat tak tahan dengan sakit kepala dia ada menyuruh anaknya memicit kepala dia...



"Safuan, boleh tolong mak tak picit kepala mak ni. Kepala mak ni sakit sangatlah" Mengadu maknya kepada Safuan..
"Adik nak buat macam mana mak" tanya Safuan dalam nada risau..
"Adik buat lah macam mana pun asalkan adik picit kepala mak ni. Sebelum tu adik bacalah bismillah ye..lepas tu doa dalam hati doakan mak cepat sembuh. Mak memang betul-betul tak tahan sangat ni." , Pesan maknya kepada Safuan
"Iyelah..Bismillahhirrahmannirrahim"..Safuan membaca Bismillah dengan kuat sekali dan menggunakan jari telunjuk yang kecil tu menekan ke dahi maknya dengan satu tekanan sahaja..

Dengan kuasa Allah, sakit kepala itu pun hilang dengan serta-merta. Mak dia pun terkejut..Iyelah dari pagi tadi menahan kesakitan..dengan bacaan bismillah dan menekan jari telunjuk secara automatik sakit tu terus hilang..Allah maha kuasa..Terkejut dia..

Selepas apa yang diceritakan oleh kakak firadila ni, firadila mula sedar yang selama ini kita selalu mengabaikan bacaan Bismillah ni. Baru firadila faham akan kelebihan Bismillah ini kerana sekiranya kita bertawakal dan yakin akan bantuan Allah keajaiban boleh berlaku..Semoga anda mengambil cerita ini sebagai satu pengajaran..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Memang pada mulanya sukar nak percaya tetapi tetap kena percaya sebab dah terjadi kat dia. Anak buah firadila pun kata macam tu. Dia ikhlas nak tolong ubatkan mak dia. Keikhlasan dan tawakal adalah kunci utama.

Tuesday, January 27, 2009

Kenapa mesti berputus asa?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Anda mungkin tidak bersemangat hari ini kan..iyelah..cuti panjang sempena Tahun Baru Cina..dan hari ini dah mula bekerja..mesti mood malas telah menjelma. Bagaimana pun walaupun tidak bersemangat pastikan anda menjalankan tanggungjawab anda pada hari ini..

Baiklah post kali ni menyentuh mengenai sikap putus asa. Anda mesti telah mengalami sikap sebegini. Tinggi macam mana pun anda bermotivasi sikap ini mesti tidak lari dari kehidupan anda. Persoalannya kenapa anda mesti berputus asa?..Sebenarnya sikap berputus asa ini adalah khayalan yang anda sendiri ciptakan..

Cuba anda bayangkan. Anda telah menyimpan impian dan matlamat anda untuk menjadi jutawan. Anda berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mencapai matlamat anda itu. Sampai satu tahap setiap usaha yang anda lakukan itu tidak membuahkan hasil seperti yang anda idamkan. Kemudian anda berputus asa dan tidak mahu mencuba lagi. Kenapa anda memilih untuk berputus asa? Tidak mahukah anda melihat impian anda itu terlaksana di alam nyata? Pendapat firadila pula jangan biarkan sikap berputus asa ini bermain di fikiran anda..kalau boleh ayat berputus asa ini jangan di sebut setiap hari kerana ia boleh melemahkan semangat anda untuk berjaya..

Oleh itu, katakan tidak pada berputus asa dan katakan ya "Aku yakin boleh"..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Thursday, January 22, 2009

Kepentingan Insuran dalam Kegawatan Ekonomi


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi..

Firadila ingin berkongsi cerita ini mengenai seorang prospek firadila. Sebenarnya firadila ni agen insurans..Kebetulan pagi tu firadila ada memprospek budak lelaki bujang untuk mengambil insurans ni. Bayangkan dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 1.00 tengahari tapi masih tak berjaya juga. Takpelah. petang tu firadila jumpa dia lagi sebab firadila fikir akan masa depan dia tapi dia tetap berkeras hati tak mahu mengambil insurans ni...macam-macam lah dier kata...oh..

Petang tu firadila mendapat panggilan dari kawan satu opis yang mengatakan budak lelaki ni kemalangan masa balik kerja..teruk juga..kaki kena masuk besi..kena operation..last-last dia menyesal. Ialah kena MC 3 bulan itu pun belum tentu lagi..So, firadila cuma dapat bagi nasihat kat dier je lah..."Kan bagus kalau duduk hospital orang lain tolong bayarkan bil perubatan tapi ko tak mahu..pikirlah sendiri"...

Lepas 2 tahun firadila jumpa dia nak tanya kabar rupa-rupanya kaki dia masih tak elok lagi malah kena operation lagi sebab kaki masuk kuman dan bernanah..Dan yang menyedihkannya nenek dia terpaksa jual tanah untuk menampung kos pembedahan tu...sekian..

Sebenarnya insurans di masa kini amat penting. Kalau anda betul-betul berhati-hati akan kewangan yang keluar ambillah insurans. Kenapa begitu...sebab "Biar orang lain yang tolong bayarkan bil perubatan anda"...tak nak ke..pilihan ditangan anda..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Monday, January 19, 2009

Pengalaman Diberhentikan Kerja....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi..

Semalam firadila amat terkedu dan terkejut menonton buletin utama apabila 45,000 pekerja akan diberhentikan akibat kegawatan ekonomi...Teringat firadila akan pengalaman diberhentikan kerja selepas tamat belajar...Bayangkan baru 3 bulan berkhidmat dengan syarikat swasta tersebut dan tiba-tiba diberhentikan kerja begitu sahaja..

Waktu itu begitu tertekan sangat dan fikiran mula tidak menentu...Memang diwaktu itu dan diwaktu fikiran diparas tidak waras akibat tiada sumber kewangan, macam-macam boleh berlaku..Apa akan terjadi kepada ku selepas ini? Macam mana nak bayar bil, macam mana itu, macam mana ini dan lain-lain...Semuanya menjadi tekanan perasaan ketika itu..

Akhirnya, firadila mula terfikir mungkin selama ini aku selalu melupakan Allah, melupakan suruhannya dan banyak dosa yang aku telah lakukan...Firadila mula sedar dan yakin akan bantuan Allah dan yakin akan pertolonganNya dan tugas kita hanya berdoa dan meminta tanpa putus asa...Yakin akan ada hikmah yang berlipat kali ganda setiap malapetaka yang menimpa...Dari situ firadila mula sedar akan kemampuan diri dan keyakinan untuk menjadi usahawan dengan bantuan dan izin dariNya...

Oleh itu, kepada pekerja-pekerja yang akan diberhentikan kerja jangan risau dan yakinlah akan pertolongan Allah dan sedar akan kesilapan kita selama ini dengan mengingatinya kembali..dan jangan lupa berusaha melakukan apa sahaja asalkan halal dan dipenghujungnya "mesti" ada kejayaan iaitu sumber kewangan...dan anda akan dapat pelajari bagaimana berharganya RM 0.01 yang kita dapat..sebab kita telah mengalaminya..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Sunday, January 18, 2009

Kejayaan bukan suatu perlumbaan....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi...

Pastikan anda sentiasa sejuk dan nyaman setenang angin diluar..Baiklah hari ini firadila ingin memberitahu anda semua bahawa sesuatu kejayaan itu bukan suatu perlumbaan..Kenapa begitu ye?

Begini...kita melihat ramai pelajar, pekerja atau usahawan ingin mengejar impian yang diingini..iaitu kejayaan yang dicita-citakan. Bagi pelajar ingin mendapat keputusan yang cemerlang, bagi pekerja pula mestilah ingin naik pangkat dan bagi usahawan pula ingin menjadi jutawan...Sebenarnya,

"Kejayaan itu bukan suatu perlumbaan tetapi mesti dicapai"
- firadila

Ramai yang tertekan apabila tidak mencapai apa yang diimpikan. Sebagai contoh pelajar...berlumba-lumba untuk mendapat A dalam setiap mata pelajaran..kalau tak dapat A ada yang rasa tertekan. Kenapa mesti begitu.. Mendapat A dalam semua mata pelajaran adalah untuk anda sendiri bukan untuk orang lain dan anda mesti mencapai target A itu untuk anda sendiri. Contoh lain, ingin menjadi usahawan...orang lain nak menternak lembu anda pun turut nak menternak lembu. Orang lain nak menternak lintah anda pun nak jadi penternak lintah tetapi dimana kejayaan yang ingin dicari. Adakah disebabkan perkataan "Usahawan Berjaya" itu dan anda pun terikut-ikut...tapi tidak mahu mempelajari teknik terlebih dahulu...

Jadi, jangan lah tergopoh-gapah untuk mengejar kejayaan... Tak apa mengambil masa yang lama asalkan anda "capai" dan "mesti lakukan" apa yang diimpikan...Lakukan ia dengan menilai kemampuan diri sendiri dahulu...Bermula dari bawah adalah terbaik...Lakukan sesuatu itu demi kepuasan diri sendiri...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Betul kata Chef Li "Biar kecil asalkan berhasil"....dan kata firadila "Biar tak pandai tapi rajin berusaha", "Biar tak cantik tapi rajin senyum selalu..."

Tuesday, January 13, 2009

Motivasi Melihat Kehadapan...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi...

Baiklah mengenai tajuk di atas, sempena ditahun baru ini blog ini akan menjadi "Motivasi Melihat Kehadapan"... Kenapa begitu ye...sebenarnya firadila ingin menanam dan memupuk semangat motivasi anda untuk sentiasa bermotivasi dan sentiasa Melihat Kehadapan bagi setiap apa jua yang anda lakukan...Ingatlah ianya selalu..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Sunday, January 11, 2009

Bersemangatlah seperti Dania...

Assalammualaikum dan salam ceria...

Hari ini firadila ingin memberi motivasi santai kepada pembaca firadilamotivasi...Baiklah, mengenai tajuk di atas anda kenal tak Dania...hahahaha...mesti anda semua kenal bukan...Dania ialah watak yang dilakonkan oleh Scha di dalam Awan Dania di Astro ria...wah...promote nih...

Kenapa firadila mengatakan begitu..Anda jadilah seperti Dania..walaupun dia berpewatakan seperti ala-ala tomboy tapi semangatnya untuk berubah menjadi pramugari amat mengujakan. Bagaimana Dania sanggup merempuh halangan, dugaan, ejekan dan cabaran untuk mencapai cita-citanya untuk terbang di awan biru sebagai pramugari.

Jadi kepada anda yang tiada semangat untuk merempuh dan mencapai matlamat anda, tontonlah Awan Dania ini. Bagi firadila pula, untuk mengekalkan sikap motivasi di dalam diri ni firadila selalu mainkan apa yang dikatakan oleh Scha dalam Awan Dania ni iaitu "Aku yakin kau boleh"....hahaha....Bangga juga sebab ada drama macam ni....melatih diri untuk bermotivasi...Tahniah..

Senyum dan ceria selalu
firadila

Wednesday, January 7, 2009

Kejayaan matlamat tahun 2008..

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi...

Hari ini adalah hari keceriaan bagi firadila. Semoga anda juga begitu.Rahsia keceriaan adalah awet muda semulajadi. Hahaha....Baiklah, hari ini firadila ingin memberitahu anda kejayaan matlamat tahun 2008 yang telah firadila capai..

Bagi anda mungkin ia tidak terlalu bagus tapi bagi firadila kejayaan ini adalah secara kebetulan yang terlintas di fikiran firadila dan firadila terus lakukan untuk melihat hasilnya..Boleh dikatakan kategori kejayaan kecil jugak lah..Lihat betul-betul dan sematkan di fikiran anda..

Kejayaan Pertama : Mendidik diri menjadi usahawan. Firadila dilahirkan tidak sebagai usahawan sebenarnya. Entah kenapa pada tahun 2008 firadila ingin memecah tradisi keluarga keluar dari makan gaji. Jadi, firadila ingin mencabar diri sendiri untuk menjadi usahawan. Alhadulillah berjaya juga.

Kejayaan Kedua : Mendapat Upah Menjahit Pakaian. Firadila ni sebenarnya belajar menjahit takde tok guru. Cuma tok guru firadila ialah baju kurung sebagai sample, peralatan menjahit dan mulut untuk bertanya kepada sesiapa sahaja. Itu sahaja modal firadila. Tahun 2008 firadila dengan beraninya berjaya mendapat tender untuk menjahit baju kurung sempena hari raya aidilfitri. Bagaimana firadila lakukan ialah tindakan dan berani melakukan diluar jangkaan. Mula-mula tu menangis jugak tapi hasilnya mendapat pujian dari tukang jahit professional. Belajar secara cekap itu perlu.

Kejayaan Ketiga : Mesin jahit lurus dan jahit tepi industri. Setelah mengambil tander menjahit firadila telah membeli mesin jahit lurus dan jahit tepi industri dengan tunai. Itu yang amat firadila banggakan. Prinsip firadila mesti bebas hutang.

Kejayaan Keempat : Bisnes cendawan tiram kelabu. Wah..tindakan ini betul-betul menguji firadila. Firadila tidak pernah pergi kursus cendawan tetapi dengan beraninya mengusahakan cendawan secara kecil-kecilan. Firadila belajar sendiri teknik penjagaan, membungkus dan menjual. Firadila ingat lagi, pelanggan pertama firadila ialah berbangsa cina. Bagaimana firadila lakukan hanyalah senyum selalu kepada pelanggan.

Kejayaan Kelima : Sebagai Agen Insurans. Firadila ingin memahirkan lagi kemahiran komunikasi. Jadi, firadila masuk sebagai agen Insurans MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD. Kali pertama nak close prospek memang sukar tapi dengan keyakinan yang ada dan niat untuk membantu akan perancangan kewangan prospek, firadila berjaya akhirnya. Alhamdulillah..firadila faham akan perancangan kewangan yang baik setelah menjadi agen insurans. Simpanan dan perlindungan untuk diri anda...

Kejayaan Keenam : Menghadiri kursus jahitan manik. Firadila cuma bayangkan selalu yang firadila akan menghadiri kursus jahitan manik ni. Tak sangka pula, satu hari tu pelanggan firadila datang untuk menempah baju kurung cakap mahu tak firadila mengikuti kursus jahitan manik. Kekosongan hanya satu sahaja. Wah...bangganya..firadila pun daftar dan ambil kursus tu. Ingat lagi guru yang mengajar tu ialah Amoi. Inilah kali pertama firadila berguru..Terima kasih cikgu.. :)

Kejayaan Keenam : Mendapat tempahan langsir yang pertama. Dengan Skill menjahit yang tak mencukupi, pelanggan firadila mahu menempah langsir untuk hari raya aidilfitri untuk rumah baru dia. Pada masa tu cuma tinggal seminggu lagi nak raya. Alhamdulillah, dengan keyakinan yang ada, dan tengok sample jahit langsir di Nagoya Tampin..siap juga langsir tu sehari sebelum hari raya..Alhamdulillah...seronok juga bila pelanggan firadila gembira dengan langsir baru dia..

Kejayaan Ketujuh : Mempunyai blog sendiri. Setelah penyelidikan dibuat di Internet setiap hari..Alhamdulillah..inilah hasilnya...Blog motivasi Melihat Kehadapan..Blog ini memberi semangat kepada firadila dan anda untuk berjaya. Selagi berusaha, selagi itu ada kejayaan...


Itulah kejayaan yang telah firadila capai di tahun 2008. Semoga ditahun 2009, firadila dapat mencapai matlamat yang dila tulis. Sebenarnya, kejayaan itu telah ada cuma anda tidak sedari..walaupun, kejayaan kecil...berbanggalah dengan kejayaan anda itu..

Senyum dan ceria selalu...
firadila