RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Thursday, February 25, 2010

Motivasi santai cara firadila....

Assalammmualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ni hari yang paling santai sekali.Ermm...adalah sedikit tekanan di tempat kerja.Walaubagaimana pun, firadila juga perlukan motivasi untuk sentiasa maju dan berfikiran positif. Berikut adalah cara firadila mencari motivasi ini iaitu hanya mengadap di hadapan TV sahaja..hahaha...



Baiklah, disini firadila tunjukkan rancangan TV yang boleh memberikan firadila motivasi...



The Biggerst Loser /Asia : Memberi motivasi dari segi keyakinan diri untuk berubah. Bayangkan agak mustahil untuk menguruskan badan dalam masa yang singkat tetapi di dalam rancangan ini meletakkan seseorang itu tiada yang mustahil untuk mencapai matlamat sekiranya kita berusaha.



Awan Dania : Rancangan ini melatih firadila untuk sentiasa senyum selalu. Kadang-kadang terasa pulak diri ni macam pramugari...Wah! perasan sudah. Firadila pernah memberi nasihat kepada pegawai firadila sebab dia baru sahaja dimarahi oleh pelanggan. Firadila hanya bagitahu macam ni je

"Firadila, saya baru je kena marah dengan pelanggan. Kadang2 diaorang ni tak faham masalah kita" tanya pegawai firadila dalam keadaan mencuka
"Puan, kita kena anggap diri kita seperti pramugari". Jawab saya dengan tetiba..
"Kenapa pula?"tanya pegawai firadila dalam keadaan terkejut.
"iyelah puan, kalau kita anggap diri kita ni pramugari..tak kiralah kena marah ke.... atau apa ke..... kan kita telah dilatih untuk senyum selalu...betul tak.

Man`vs Wild : Rancangan ini melatih firadila untuk sentiasa beriktiar dan berusaha sebaik mungkin untuk mencari matlamat, maklumat dan jalan keluar sehingga berjaya. Rancangan ini melatih firadila supaya tidak berputus asa.

Bersamamu : Menyedarkan firadila akan kehidupan di dunia ini tidak boleh dilupakan. Kena sedar siapa diri kita dan sentiasa tahu bahawa ada orang lain yang lebih susah dari kita.

Discovery Channel : Minat sangat-sangat terutama penjelajahan di angkasa lepas. Hehehe..sebenarnya firadila selalu bermimpi supaya suatu hari dapat pergi ke angkasa lepas. Wah, yakin boleh.

The Amazing Race : Rancangan ini pula melibatkan perlumbaan. Firadila ambil ia sebagai semangat untuk maju ke hadapan.

dan lain-lain rancangan yang mencabar fikiran dan minda.


Inilah rancangan kegemaran firadila. Biasanya, firadila suka mencatit setiap perkara positif selepas menonton rancangan TV kegemaran firadila di dalam buku. Iyelah, kita mesti belajar dari kesilapan.

Kesimpulannya, semua rancangan kesukaan firadila ni semuanya melibatkan cabaran fizikal dan mental. Diharap firadila juga begitu. Berani menghadapi cabaran. Anda pula bagaimana? Cabarlah diri sendiri dahulu untuk menilai kemampuan diri anda. Jangan risau setiap usaha yang anda lakukan mesti ada jalan penyelesaian untuk berjaya...yang penting ikut petua firadila ni..iaitu senyum selalu...

Senyum selalu,
firadila

Sunday, February 7, 2010

Mempercayai Kekuatan Kita...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Tahun 2010 sudah menjelma..bagaimana dengan azam tahun lepas anda...fuhh...cewah...mesti anda semua ada yang telah mencapai matlamat dan ada juga yang masih mencari lagi macam mana nak capai matlamat yang tak dapat-dapat tu...tak pe yang penting biar ada matlamat jangan tak ada langsung..

Baiklah,

Hari ni firadila nak bagi motivasi santai bersamaan dengan iktibar daripada jalan cerita yang firadila tengok semalam. Sebenarnya, semalam firadila ada menonton cerita Akukah Tanggang? kat TV3..ceritanya amat seronok, mendalam dan amat menjiwakan..

Disini firadila terfikir dan terkesan mengenai jalan cerita itu ialah bagaimana si tanggang ni merampas harta daripada ayah mentuanya..berjaya sungguh setelah sekian lama dia ingin mencapainya..firadila dapati kalau ketua kita tidak memberi kepercayaan kepada orang bawahnya untuk mengendalikan syarikat atau perniagaan kepada kita, mesti kita akan rasa tercabar dan mula mencipta matlamat untuk mencapainya..

Bermula dengan matlamat itulah, sifat bersungguh-sungguh mula lahir dan fokus untuk mendapatkannya mula terbentuk dan akhirnya kejayaan pasti akan tercapai..Kesimpulannya, dengan mempercayai kekuatan yang kita adalah perkataan "MESTI BOLEH", "YAKIN BOLEH MELAKUKANNYA" itu secara semulajadi akan sentiasa bermain difikiran kita...oleh itu berfikiran positiflah selalu..

senyum dan ceria selalu,
firadila