RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Monday, March 2, 2009

Nasihat Nabi Kepada Umatnya....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Jumaat yang lalu, firadila telah menghadiri satu perhimpunan bulanan untuk kakitangan kerajaan Daerah Tampin. Seorang penceramah dari Kolej Universiti Islam Selangor telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk "Pesanan Nabi Kepada Umatnya"....Berikut adalah sedikit catatan yang sempat firadila catatkan...

Nabi Muhammad memberi nasihat kepada umatnya 6 perkara iaitu:


Pertama ialah hak dunia jangan menilai manusia di atas kita. Maksudnya ialah perkara-perkara hal duniawi ini jangan menilai seseorang itu berdasarkan kepada kekayaannya, pangkat, kereta mewah atau sebagainya tetapi menilailah seseorang itu berdasarkan Al-Quran (ilmu) dan Sedekahnya. Kita tidak boleh melihat seseorang dengan pandangan duniawi sebab akan menimbulkan rasa cemburu. Digalakkan berfikir positif iaitu sekiranya ditimpa susah atau malapetaka itu adalah ujian dari Allah dan hendaklah redha atas ujianNya dan sekiranya diberi kesenangan digalakkan untuk bersedekah membantu orang lain.


Kedua ialah sayangilah orang miskin dan dekatilah mereka. Janganlah kita kaya di dunia tetapi miskin di akhirat..Kita hendaklah sentiasa rajin bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan..


Ketiga ialah hendaklah sambungkan dengan silaturrahim. Jangan mewujudkan permusuhan sesama jiran, saudara mara dan sebagainya.

Keempat ialah jangan takut celaan orang yang mencela. Hidup didunia ini tidak digalakan hidup dengan sanjugan orang tetapi hendaklah terima cacian orang dengan syarat apa yang dibuat itu adalah betul.


Kelima ialah hendaklah bercakap benar walaupun pahit. Sesiapa yang benci perkara yang betul itu tandanya bencikan Allah.


Keenam ialah perbanyakan zikir "Laahaulawala kuwataillahbillahilaliyulazim (maaf kalau tersilap taip dalam bahasa melayu)".Kelebihan zikir ini ialah segala kekuatan yang ada dalam diri kita ini adalah milik Allah. Allah akan turunkan taufik dan hidayah didalam diri kita..

Itulah 6 perkara yang dinasihatkan Nabi Muhammad kepada umatnya...Semoga anda mengambil dan mengamalkannya...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

No comments: