RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Tuesday, February 24, 2009

Sambung Belajar...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Di zaman kegawatan ni firadila betul-betul membuat tindakan yang nekad untuk sambung belajar. Selama ini firadila cuma melakukan melalui pemerhatian sahaja tanpa guru dan kini firadila telah berjumpa dengan guru yang sudi mengajar firadila menjahit...

Selepas satu tahun firadila berkecimpung dalam bidang jahitan ni banyak pengalaman, komen, kutukan, cacian dan pujian yang firadila terima. Akhirnya, firadila nekadkan hati untuk tempuh dan belajar dengan guru yang betul-betul pakar dalam bidang jahitan ni..Firadila belajar dari bulan 2 ni dan tamat sebelum bulan puasa menjelma iaitu selama 6 bulan dengan perbelanjaan sendiri yang mencecah ribuan ringgit tetapi bagi firadila rintangan dan halangan untuk firadila sambung belajar akan firadila capai hingga berjaya...Target firadila bulan puasa dapat banyak tempahan dengan ilmu yang ada ni...Kiranya pelanggan bertambah yakinlah...

Ramai yang kata kat firadila begini "Kau ni zaman gawat pun nak sambung belajar...nak buat rumah lagi..kalau boleh buat tu biarlah satu dahulu...ni tak semua nak buat." Aduh, ni bakal nak punahkan harapan ku ni...Takpelah, nak berjaya mesti MELIHAT KEHADAPAN...dan nak berjaya mesti "AKU YAKIN KAU BOLEH BUAT"...hehehe..

Doa-doakan firadila berjaya menjadi tukang jahit yang berjaya sehingga dapat buka butik sendiri...Sekarang ni firadila cuma bergerak dari rumah je tapi income...fuh...diri sendiri yang tahu..:)...Wah..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Monday, February 23, 2009

Persediaan Pelajar Sekolah Di Masa Kini...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semalam firadila cukup terkejut kerana seorang pelajar meninggal dunia selepas dibelasah oleh 24 orang pelajar akibat berebut teman wanita...cukup menggerunkan...Pelajar sekarang ni firadila tak tahu lah apa akan terjadi bila dia jadi dewasa nanti..

Yang pasti firadila ingin memberi nasihat kepada ibu bapa iaitu persediaan sebelum menghantar anak kesekolah...

Persediaan pertama ialah lengkap kan anak dengan ilmu seni mempertahankan diri. Tak kiralah silat ke, teakwondo ke, silambam atau apa-apa sahaja. Sebab kalau anak anda tidak dilengkapkan dengan ilmu seni mempertahankan diri ini, pasti anak anda kena buli punya..

Persediaan kedua ialah kepada bakal-bakal cikgu. Bakal-bakal cikgu ni atau dah jadi cikgu pun mesti dilengkapi dengan ilmu seni mempertahankan diri sebab budak-budak sekarang ni memang senang nak membalas dendam..Jadi, ilmu tu penting..

Persediaan ketiga ialah sikap sabar. Kekurangan sikap bersabar ini akan menjadikan anak anda tidak tahan dibuli dan cepat melawan..Kalau tidak dilatih boleh jadi pembuli yang hebat disekolah..

Harap-harap lepas ni ibu bapa dapat keluarkan sikit perbelanjaan supaya dapat menghantar anak ke kelas seni mempertahankan diri..jangan asyik tumpu pada tuisyen sahaja..jadi fikir-fikirkanlah...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Jangan pandang remeh....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Terima kasih kerana sentiasa berkunjung disini untuk mendapatkan motivasi ke dalam diri anda. Post kali ini firadila nak sentuh mengenai jangan pandang remeh...

Sejak kebelakangan ini, ramai yang hilang di dalam hutan. Ada yang berjongging pun boleh hilang, panjang gunung pun boleh sesat dan sebagainya...Sebenarnya dahulu kita selalu pandang remeh akan hal-hal ikhtiar hidup di hutan ni..

Masa sekolah dulu, cikgu cukup bising supaya aktif dalam badan beruniform ni...Alasan anda ialah "Ala...cikgu ni tak best lah..asyik-asyik berkhemah...lepas tu tinggal dalam hutan sorang-sorang..konon nak bina semangatlah..apalah..tipu semua tu"...tapi sekarang dengan adanya ilmu ikhtiar hidup yang sedikit itulah anda akan terselamat di dalam hutan..

Teringat pula semasa firadila belajar dahulu...pengarah institut pernah menyuruh semua pelatih memasuki Askar Wataniah secara paksa rela iaitu diwajibkan untuk mendapat diploma...masa tu kami tak terfikir pun akan kebaikannya...yang kami tahu masa tu ialah bersungut...membebel dan macam-macam lagi..Bila dah tamat latihan rupa-rupanya perkara itu yang menjadikan kami seorang yang lasak, tabah dan bersemangat waja bila menempuh cabaran..Ramai yang pandang remeh dan temeh akan perkara ini tetapi percaya lah mesti ada kebaikan di kemudian hari..

Oleh itu, kepada semua ibu bapa, harap-harap dapat menghantar anak ke kem PLKN itu kerana ianya adalah satu kebaikan dimana kalau anak tersesat di dalam hutan ke, anda tak perlu risau kerana telah ada basic dalam ikhtiar hidup..

Senyum dan ceria selalu
firadila

Thursday, February 19, 2009

Jutawan Kasih Sayang...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini semestinya anda semua bersemangat untuk melakukan kerja. Ya lah..Hari ini hari Jumaat dan esok nak hari cuti. Baiklah hari ini firadila ingin melatih anda supaya menjadi Jutawan kasih sayang.

Dunia hari ini sememangnya semakin tandus akan sifat kasih sayang. Tak kiralah kasih sayang sesama manusia, kasih sayang kepada binatang, kasih sayang kepada alam sekitar dan sebagainya. Kenapa firadila memilih tajuk kasih sayang kali ini.

Baiklah...semasa firadila menjadi pensyarah di syarikat swasta suatu masa dahulu, firadila ada mengajar satu batch yang kesemuanya mempunyai masalah tersendiri. Bayangkan student firadila tu seramai 30 orang. Ada yang suka hisap dadah, mencuri, mengandung luar nikah, lari daripada rumah dan sebagainya. Dengan kata lain firadila mengajar pelajar yang bermasalah lah. Hampir setiap hari firadila fikir bagaimana teknik untuk mengajar pelajar yang bermasalah ini boleh menjadi berkesan. Berikut adalah teknik yang firadila lakukan..anda boleh praktikan kepada anak yang bermasalah atau kepada sesiapa sahaja yang bermasalah...Teknik ini firadila cipta sendiri dan terbukti berkesan..

Pertama ialah memberi gelaran kepada kita yang mereka suka yang ada maksud kasih sayang. Sebagai seorang pensyarah mesti mendapat gelaran "Madam", "Mis", "Puan" atau "Cik" dan ada gelaran mesti dipanggil "Professor" atau sebagainya tapi bagi firadila gelaran itu tidak penting. Jadi, firadila ubah supaya mereka memanggil firadila "Umi"...Wah, malu juga sebab firadila tak kahwin lagi dan baru berusia 20-an pada masa tu tetapi itu yang mereka mahu panggil firadila. Ok..ok..Umi pun Umi lah..Dengan panggilan begitu mereka rasa mereka sentiasa ada "Ibu" disisinya.
Kedua ialah jangan terlalu skema apabila mengajar. Teknik ini sebenarnya ramai pensyarah tidak bersetuju dengan cara firadila mengajar tetapi bagi firadila pelajar yang bermasalah jiwa mereka tidak suka terkongkong. Jadi, ubah rentak mengajar. Firadila akan bagitahu kepada student firadila bagi masa 15 minit untuk teori dan anda semua boleh mendengar lagu semasa di dalam kelas..dan untuk kelas praktikal pun boleh mendengar lagu. Maksud disini jiwa remaja mereka memang tak boleh dipisahkan. Jadi lagu memang dah jadi kegemaran mereka. So, kenapa nak larang pulak..Betul tak..

Ketiga ialah cakap sekali je. Firadila pernah mengoyak assignment mereka yang hantar lewat kepada firadila. Marah juga mereka tetapi firadila menerangkan dengan cara begini "Saya tak kisah awak tak datang kelas saya, saya tak kisah awak tidur di dalam kelas semasa kuliah saya tetapi tolong hantar assignment tepat pada masanya walaupun anda lewat satu saat. Kalau tak saya gagal kan awak". Jadi dengan kata begitu mereka mulai faham akan konsep firadila mengajar. Bertindak lebih tapi jangan banyak cakap. Biasanya remaja yang bermasalah tak suka dengar membebel. Kes-kes pensyarah kereta kena bakarlah, disimbah cat lah atau sebagainya itu semua adalah sikap membebel pensyarah itu tersebut. Membebel bukan boleh mengubah peribadi seseorang tetapi teknik bertindak itu yang lebih berkesan.

Keempat ialah menanam jiwa keagamaan. Firadila ni bukanlah alim sangat tetapi firadila pernah mengubah pelajar perempuan ni dari liar ke baik sedikit. Begini, ibu bapa mereka dah memang tak tahu nak buat macam mana nak ubah dia ni. Tak pa lah makcik. Jangan risau saya boleh ubahkan nya. Caranya ialah firadila bawa dia tinggal satu rumah dengan firadila (masa tu tak kahwin lagi). Dalam satu semester jugak lah. Kemudian, asalkan azan je kena pergi sembahyang. Jangan lewat sedikit pun. Firadila cakap begini "Saya tak kisah awak sembahyang secara betul atau tidak tetapi mesti sembahyang". Pada permulaannya firadila tahu yang dia cuma berlakon ambil air sembahyang dan sembahyang. Semua itu lakonan sahaja yang dia lakukan tetapi kerana hidayah Allah telah ada sedikit dalam jiwa dia, lama-kelamaan dia akan sembahyang betul-betul. Disini kita kena paksa dia sembahyang walaupun dia sembahyang secara lakonan.

Kelima ialah memupuk kasih sayang. Ramai penyarah tidak suka bertindak sebagai pendengar akan masalah student mereka. Yang mereka suka ambil tahu ialah kenapa tak siap assignment dan sebagainya. Sebenarnya sebagai pendengar yang baik student itu sendiri akan senang pendengar pendapat kita pula.

Itulah serba sedikit mengenai pengalaman firadila yang terbukti berkesan. Walaupun memang nampak remeh tetapi dalam masa 2 bulan sahaja kesemua pelajar firadila seramai 30 orang itu memecah rekod mendapat keputusan yang cemerlang (pointer terbaiklah)..Bos firadila pun terkejut jugak..jangan pandang mudah dengan pensyarah muda..hehehe....

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Wednesday, February 18, 2009

Percaya akan rezeki kita...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Adakah anda semua sentiasa senyum selalu...harap-harap begitulah :)..Baiklah hari ini firadila ingin menyentuh sedikit mengenai rezeki..Wah..Sebenarnya tiba-tiba je terlintas kat fikiran ni mengenai rezeki semasa firadila memasak tadi..

Adakah anda semua percaya akan rezeki anda sendiri? Persoalan ini selalu timbul kepada mereka yang tidak berpuas hati kepada qada dan qadar. Ramai yang cakap.."ala...dah rezeki kau jadi kaya tanpa perlu susah payah...lainlah aku ni..hidup susah.."..Mesti anda pernah mendengar kata-kata beginikan..Sebenarnya apa yang berlaku kepada kita ini telah ditentukan rezeki kita sendiri oleh Allah..yang membezakannya bagaimana kita nak menggandakan rezeki kita ni..

Baiklah..maksudnya begini..dalam satu kumpulan seramai 3 orang iaitu Mila , Dila dan Siti telah diberi RM 100 seorang. Mereka diberi tempoh selama 1 minggu untuk menggunakan duit itu sesuka hati. Mila memilih untuk membeli barang yang disukainya. Siti pula memilih untuk menyimpan sahaja dan Dila memilih untuk dijadikan modal menjual alat tulis..Selepas satu minggu mereka berkumpul semula. Pada pendapat anda siapa rezeki mereka jadi berganda. Tentu Dila kan..begitulah maksudnya. Walaupun mereka telah diberi rezeki yang minima iaitu RM 100 tetapi terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk menggandakan rezeki itu.

Oleh itu, janganlah putus harapan akan rezeki anda sendiri. Sememangnya hanya manusia yang diberi kebijaksanaan untuk menggandakan rezeki itu. Apa-apa pun jangan lupa memohon kepada Allah untuk dipermudahkan rezeki kerana setiap rezeki itu adalah melalui keizinanNya..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Rezeki di atas adalah sebagai contoh sahaja. Banyak lagi rezeki yang Allah berikan tanpa kita sangka-sangka. Contohnya rezeki dikurniakan kesihatan yang baik, zuriat yang baik, cukup sifat, dapat melihat, berjalan dan sebagainya..oleh itu, jangan lupa bersyukur selalu..

Pengumuman..

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Mengenai sukan pertandingan permainan tradisional MAKSAK peringkat Negeri Sembilan, tarikh telah ditukar dari 21 Februari 2009 digantikan pada 28 Februari 2009 dan lokasi untuk semua pertandingan akan diadakan di Dewan Bandaran Tampin..Oleh itu anda semua dijemput hadir..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Tuesday, February 17, 2009

Kat mana titik kejayaan ni...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin memberi motivasi santai tapi amat berkesan..selama ini kita selalu mengeluh dan hampir putus asa untuk mencari di mana titik kejayaan yang diidamkan didalam fikiran..Pelbagai usaha telah dilakukan tapi masih tak ada hasilnya. Persoalannya dimana titik kejayaan itu?..

Mengikut kajian firadila lah.. ada beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian titik kejayaan itu..mari kita kaji bersama..

Pertama ialah masa. Masa untuk mencapai kejayaan kita sendiri yang tentukan. Jangan nak cepat sahaja. Biar lambat asalkan selamat. Sebagai contoh nak jadi usahawan menternak lembu. Jangan target satu tahun untuk berjaya. Targetlah masa 5 tahun untuk menjadi betul-betul stabil.

Kedua ialah kesabaran. Titik kejayaan itu akan timbul apabila kita mempunyai sikap kesabaran yang tinggi untuk menempuh setiap halangan yang tiba. Memang dah menjadi kewajipan lah setiap kejayaan yang ditempuh mesti melalui halangan dahulu. Betul tak?

ketiga ialah usaha berterusan. Ramai usahawan kita ini apabila ingin menjalankan bisnes kecil-kecilan mesti ada yang berhenti di tengah jalan. Sebagai contoh anda ingin menjadi usahawan menanam cendawan tiram kelabu. Anda bermula dengan kecil-kecilan. Apabila hasil yang anda dapati menjual cendawan itu tidak pulang modal anda telah berputus asa dan berhenti dari berniaga cendawan. Kenapa anda tidak mengkaji kenapa anda tidak dapat pulang modal?. Pendapat firadila ialah mengambil keputusan dari berhenti dari mengusahakan cendawan itu adalah sia-sia sebab itu adalah usaha anda sendiri dan anda yang mulakan. Jadi, teruskan sahaja. Biar hasilnya kecil tetapi titik kejayaan itu sudah 10% anda lihat.

Keempat ialah mempunyai sikap degil. Biar betul firadila ni..tak kan nak pupuk sikap degil pulak..Eh..bukan itu maksud firadila. Maksud firadila ialah sikap degil disini anda perlu degilkan diri anda untuk melihat titik kejayaan itu berada dipuncaknya. Walaupun ramai yang kata usaha anda ini sia-sia, tak masuk akal atau sebagainya, kalau sikap degil ini anda telah tanamkan di dalam diri anda kejayaan itu mesti ada. Cuba anda lihat, setiap usahawan yang berjaya mesti mempunyai sikap degil...

Kelima ialah senyum selalu..Ni lagi satu..entah apa-apalah firadila ni. Baiklah..begini..Sebenarnya titik kejayaan ini akan timbul bila anda senyum selalu. Maksudnya begini..apabila anda ditimpa masalah dan anda sentiasa senyum masalah itu pasti akan selesai..tapi jangan lupa pulak dengan fokus anda untuk selesaikan masalah itu..senyum tanpa fokus tidak kemana..

Keenam ialah jangan suka mencipta alasan. Setiap kejayaan itu kita sendiri yang ciptakan dan kita sendiri yang mahu mencapainya. Oleh itu, jangan mencipta alasan untuk menangguh kejayaan anda. Sikap suka mencipta alasan ini dapat dilihat melalui sikap dan cara percakapan. Mereka yang suka mencipta alasan ini seorang yang tidak bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu. Sekiranya anda ingin menjadi seorang yang 'luar biasa', janganlah suka mencipta alasan...

Itulah sedikit kajian firadila mengenai titik kejayaan ini..Sekiranya anda memupuk 6 faktor ini, titik kejayaan itu tidak akan lari kemana dan pastinya anda akan mencapainya dikemuncak kejayaan..

Senyum dan ceria selalu,
firadila

Monday, February 16, 2009

Sibuk sikit....


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Apa khabar agaknya? Semoga anda semua sentiasa ceria dan sihat selalu. Baiklah..firadila ingin memohon maaf sebab dah lama tak update blog ni. Sebenarnya firadila sibuk sedikit untuk membuat persediaan sebab Daerah Tampin akan menjadi tuan rumah dalam MAKSAK peringkat Negeri Sembilan 2009 kali ini.

Firadila menjadi urusetia dalam kejohanan permainan tradisional MAKSAK ni. MAKSAK tu apa ye..ermm...firadila kurang pastilah tetapi lebih kurang beginilah maksudnya. MAKSAK ni pertandingan sukan untuk kakitangan kerajaan sahaja..sebanyak 5 acara yang dipertandingkan iaitu Sepakraga Ratus, Congkak, Batu Seremban, Dam Aji dan Menyumpit. Lokasinya di Tampin Square untuk semua acara kecuali menyumpit di Dewan Bandaran Tampin. Penyertaan seluruh daerah di Negeri Sembilan ini akan berkumpul di Tampin.

Kepada sesiapa nak jumpa firadila boleh lah datang beramai-ramai tengok pertandingan ni. Bawa keluarga sekali ye untuk memeriahkan lagi suasana disamping boleh bershopping. Pertandingan ni bermula pukul 9.00 pagi untuk pendaftaran. Tarikhnya ialah pada 21 Februari 2009 (Sabtu)..ermm...firadila pun nak masuk jugaklah pertandingan ni..mungkin Congkak kot..wah..:)..amacam..ada berani? haha..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Monday, February 2, 2009

Kewajipan Menjalankan tugas...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Hari Jumaat yang lalu iaitu pada 30 Januari 2009, firadila telah menghadiri perhimpunan bulanan daerah Tampin di Dewan Bandaran Tampin. Penceramah kali ini ialah Puan Hajah Zainon binti Mohd Yusof, Kaunselor Sek. Men. Keb. Bukit Jalor. Tajuk penceramah beliau ialah Kewajipan Menjalankan Tugas..Berikut ada beberapa catatan yang sempat firadila catatkan disini..

Pertama ialah keikhlasan dalam menjalankan tugas dan mesti niat kerana Allah. Maksudnya ialah sentiasa memberi senyuman selalu, menerima ilmu yang sedikit tetapi amalan yang dilakukan adalah yang terbaik. Keikhlasan dalam melakukan tugas adalah satu ibadah dan nasihat yang paling berguna sekali yang firadila ingat ialah sekiranya kita sentiasa membantu orang atau sentiasa menolong orang, Allah akan memberi bantuan yagn tidak disangka-sangka dan dalam bentuk yang tidak disangka-sangka..

Kedua ialah bersabar dalam menjalankan tugas. Bersabar disini maksudnya ialah bersabar dengan karenah pelanggan dan bersabar dengan karenah rakan sekerja. Sebenarnya sabar itu perlu dipupuk supaya tidak mewujudkan lopak kekotoran di dalam hati kita yang boleh melahirkan sifat dengki mendengki..minta dijauhkanlah..

Ketiga ialah bersyukur setiap hari. Bersyukur di sini ialah kita masih ada kerja dan sumber pendapatan yang kukuh, syukur kerana kita masih berusaha untuk menjadi bertambah baik dan bersyukur kerana mempunyai sikap bantu membantu dengan ikhlas.

Oleh itu, nasihat firadila jangan lah kita kedekut untuk membantu mereka yang memerlukan dan ingatlah "Hari ini kita bantu orang, Allah akan tolong kita ditempat lain tanpa kita sedari dan tanpa tahu bentuk yang macam mana"..

Senyum dan ceria selalu..
firadila