RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Friday, August 15, 2008

Pastikan ianya berhasil...

Salam ceria kepada pengunjung blog firadilamotivasi...

Pastikan berhasil...pasti anda tertanya-tanya mengenai tajuk di atas. Sebenarnya hasil yang saya maksudkan di sini ialah setiap masa yang anda laburkan adakah berhasil atau memberi pulangan kepada anda? atau hanya satu pembaziran sahaja.

Setiap manusia mempunyai masa yang sama iaitu 24 jam. Tetapi kebanyakan daripada kita hanya tahu membazir masa atau tidak menyedari yang masa itu telah anda bazirkan. Hanya segelintir sahaja yang tahu menghargai masa. Sebagai contoh anda sebagai atlet sukan.Tidak kiralah anda menjadi atlet diperingkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. Anda berlatih setiap hari untuk mencapai emas yang anda idamkan.

Apabila tiba perlawanan berlangsung, anda bermain dengan tidak bersungguh-sungguh dan banyak melakukan kesilapan sehingga pihak lawan mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Akhirnya anda kecundang. Tidakkah ianya satu pembaziran. Anda berlatih berbulan-bulan lamanya, tidak mengira masa dan waktu dan diakhirnya anda kecundang. Memang benar kalah atau menang ditangan takdir tetapi kita boleh pastikan yang ianya berhasil kalau kita mahu.

Pada pendapat firadila, Kalau kita dah simpan dalam kotak fikiran "Aku tetap mahukan hasil dari usahaku"..pasti ianya akan berhasil kerana anda telah mendapat semangat yang betul membara untuk mencapai matlamat anda...percayalah...dan anda akan lihat sendiri buktinya...

senyum dan ceria selalu..

firadila

Tuesday, August 12, 2008

Buktikan dahulu kejayaan kecil...

Salam ceria pembaca blog....

Kejayaan kecil amat diperlukan untuk menjadikan kita bertambah semangat. Tanpa kejayaan kecil, motivasi untuk kita berjaya semakin berkurangan malah kita akan menjadi seorang yang cepat putus asa.

Kenapa kejayaan kecil perlu kita buktikan? Mengikut pengalaman saya, tanpa kejayaan kecil ini saya cepat merasa putus asa, tidak bersemangat dan tiada keyakinan diri untuk melakukan sesuatu. Ketahuilah bahawa apabila sikap putus asa ini telah sebati didalam kotak fikiran kita, secara automatik malas untuk berfikir, malas bertindak dan malas untuk membuktikan kemampuan kita jelas terpancar didalam setiap gerak geri kita. Oleh itu, cuba anda hindari dari bersikap begini kerana ianya akan merugikan anda.

Mulai sekarang, cuba anda fikirkan apakah matlamat kecil yang perlu anda capai dalam masa terdekat. Sebagai contoh, saya ingin menjahit baju kurung tapi saya tiada asas dalam jahitan. Apa yang perlu saya lakukan ialah melakukan tindakan pertama saya iaitu membeli kain, gunting dan peralatan jahitan yang lain. Kemudian, mencari guru yang boleh mengajar saya menjahit dan saya praktikkan apa yang guru saya ajar tadi dirumah. Apabila siap, saya amat bangga sekali bahawa saya boleh menjahit walaupun kali pertama. Saya ambil gambar baju yang saya jahit tadi dan tampalkan di dinding. Saya tulis "Kejayaan menjahit baju kurung".

Sekarang, apabila keyakinan sudah ada...saya sudah mengambil tempahan. :) terima kasih cikgu...Anda juga pasti boleh melakukan...Sekarang, bagaimana pula dengan kejayaan kecil anda...pastikan ianya mesti dicapai..

senyum dan ceria selalu..

firadila

Monday, August 4, 2008

Hikmah kelebihan disebalik kekurangan...

Setiap kekurangan itu pasti ada kelebihan. Lihatlah di dalam diri anda, apa yang anda nikmati sekarang ini adakah sudah sempurna. Pasti tidak bukan. Seorang isteri amat memerlukan suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Anak inginkan kasih sayang ibu bapa yang boleh mengikut kehendak mereka dan anda sendiri pasti ingin mencapai matlamat yang anda cita-cita kan selama ini.

Bagaimana sekiranya setiap berlaku itu tidak dapat dipenuhi. Adakah anda akan memberontak. Semestinya anda akan menyalahkan takdir. Perasaan tertekan mula menyelubungi diri dan anda mula membuat tindakan yang menyalahkan agama dan salah disisi undang-undang. Cuba anda renung seketika dan ambil buku catatan. Tulis dibuku itu perbandingan antara diri anda dan orang yang anda lihat cukup bahagia dan sempurna.

Buatkan 2 ruang dan bandingkan setiap kelebihan dan kekurangan antara anda dan dia. Anda pasti akan gembira kerana kelebihan yang anda miliki tidak sama yang dia miliki. Ini terbukti bahawa setiap kejadian yang Allah wujudkan mempunyai kelebihan yang tersendiri tanpa anda sedari. Oleh itu, hormatilah dan hargailah diri anda. Yakin akan kebolehan anda dan tampilkan kehadapan akan kelebihan anda itu. Kejayaan pasti didepan mata.Usaha tangga kejayaan...

Senyum dan ceria selalu...
firadila