RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Tuesday, July 20, 2010

Berlatihlah berniaga dari sekarang...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..


Anda sihat hari ini? Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang? Adakah masih mendung lagi semendung hujan diluar sana.

Baiklah...hari ini firadila ingin menyentuh mengenai berniaga dari sekarang. Sebagaimana yang anda ketahui, ramai ibu bapa diluar sana tidak mahu melatih anak berniaga diusia masih kecil. Kenapa ya? Sering kali anda memberi alasan anak anda masih kecil dan perlukan perhatian yang penuh dari anda. Sebenarnya anda silap...kenapa saya berkata begitu?

Pertama : Kanak-kanak yang dilatih dari kecil dapat memahami akan pentingnya pengurusan kewangan. Dia juga dapat mengetahui akan wang keluar dan wang masuk.

Kedua : Kanak-kanak dapat dilatih untuk sentiasa menyimpan wang dengan cara menabung.

Ketiga : Dapat melatih anak anda betapa susahnya anda untuk mencari wang setiap hari. Jadi, mereka akan berfikir dua tiga kali sebelum meminta wang dari anda sekiranya dia telah dilatih untuk berniaga.

Baiklah..sekiranya anda telah terlewat untuk melatih anak anda untuk berniaga dari kecil...itu tidak mengapa...latihlah anak anda berniaga dari sekarang....ermmm...bagaimana ya nak berlatih anak anda berniaga dari usia remaja...disini ada jawapannya...

Pertama : Ketika anak anda belajar di universiti, beri galakan kepada anak anda untuk menjual barang yang selalu pelajar-pelajar ini perlukan. Sebagai contoh, ketika saya belajar di IPT dahulu..saya selalu menjual mee segera..satu bungkus hanya RM 1.00 sahaja. Hasilnya, jualan saya habis dengan cepatnya dan keuntugannya anda boleh hitung sendiri..Selain itu, anda juga boleh menjual pen drive, menyewa kereta dan sebagainya...

Kedua : Sekiranya anak anda tiada peluang belajar di IPT..itu tidak mengapa...latih lah anak anda untuk menjual secara sambilan. Sebagai contoh, kawan saya tidak bekerja selepas tamat belajar. Untuk mencari pendapatan lebih, dia telah menjual kek kawan (cup cake) dari rumah kek rumah. Hasilnya, beliau mendapat pendapatan yang lumayan.

Ketiga : Jadilah sebagai usahawan internet. Kegilaan remaja masa kini terhadap jalur lebar tanpa wayar semakin popular. Jadi, latihlah anak anda untuk mencari pendapatan dari internet. Bagaimana caranya anda boleh klik disini.

Oleh itu, berlatihlah berniaga dari sekarang...firadila yakin...selagi anda berusaha...disitu anda kejayaannya...jangan risau akan kejayaan kecil yang anda tempuhi....sesungguhnya kejayaan itu yang anda perlu banggakan daripada tidak berbuat apa-apa...yang penting mulakan langkah pertama..

senyum dan ceria selalu...

Tuesday, July 13, 2010

Persiapan anak sebelum masuk ke universiti...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Dikesempatan ini firadila ingin mengucapkan tahniah kepada anak anda yang telah berjaya masuk ke universiti..kepada mereka yang gagal ke universiti jangan bersedih pulak sebab mesti ada peluang lagi untuk anda...yang penting berusaha...ok...

Kepada ibu bapa pulak mesti anda semua tengah sibuk nak hantar anak ke universiti...pelbagai persiapan perlu di buat. Disini firadila ingin bagi tips penting persediaan ibu bapa sebelum hantar anak ke universiti. Tanpa disedari, kita sendiri terlepas pandang akan persediaan berikut kerana kita terlalu tumpukan kepada perkara yang remeh temeh.

Berikut adalah persediaan yang terpenting ini : -

Pertama : Laptop dan printer - ramai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan laptop ini di universiti. Di zaman teknologi ini, laptop amat penting sekali sekiranya nak buat tugasan atau sebagainya. Tanpa laptop pasti sukar untuk anak-anak anda nak belajar. Peralatan ini adalah keperluan yang amat penting sekali di universiti manakala printer adalah untuk memudahkan print tugasan yang diberi. Oleh itu, kenapa duit PTPTN pelajar di universiti cepat habis pada tahun pertama kerana membeli peralatan ini.

Kedua : motosikal - Kenderaan seperti motosikal amat penting sekali untuk memudahkan anak anda pergi ke kuliah. Ramai ibu bapa memandang remeh akan hal ini walhal suasana di universiti memerlukan masa yang pantas untuk bergerak. Tanpanya, pasti anak anda berasa tertekan.

Ketiga : broadband - Jalur lebar tanpa wayar ini adalah satu keperluan di universiti kerana anak anda perlu mendapatkan maklumat atau data-data dengan segera. Anda boleh memberi alasan yang cyber cafe memudahkan anak anda nak buat tugasan tetapi di situasi sebenar sekiranya anak anda memiliki broadband ini pasti tekanan perasaan untuk belajar itu tiada. Tambahan pula, di zaman teknologi ini maklumat adalah dihujung jari.

Kelima : kamera atau handphone berkamera - kamera amat penting sekali untuk mengambil gambar tugasan dan sebagainya. Bagi anda memang kelihatan membazir tetapi bagi mereka tanpa peralatan ini tugasan yang dilakukan pasti tergendala. Nak harapkan kawan-kawan untuk pinjam, pasti sukar. Silap-silap boleh jadi gaduh pulak...dah tambah satu masalah bagi anda pulak...

Keenam : bantuan kewangan tambahan - Di universiti, kos pengajian semakin lama semakin bertambah mengikut jurusan yang diambil. Oleh itu, bantuan dari anda amat diperlukan setiap bulan. Janganlah anda hanya tahu untuk memarahi anak anda kerana selalu nak minta duit sahaja. Disituasi sebenar, kos ini amat diperlukan sangat-sangat...

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa sila sediakan peralatan berikut sebelum anak anda nak masuk univerisiti. Tanpanya, jangan lah anda nak memaksa anak anda untuk sambung belajar kerana anda sendiri pun tidak bersedia. Maaflah, sekiranya kata-kata firadila ini terguris sedikit kepada sesetengah ibu bapa yang tidak berkemampuan tetapi apa yang pasti firadila ingin memberitahu akan situasi sebenar di universiti sekiranya persediaan ini tidak ada.

Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar universiti yang sanggup bunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan ketika belajar tapi tahukah anda jari akan menunding kepada anda semula kerana tidak membuat persiapan ini. Sekiranya anak anda masih kecil, pastikan anda membuat persiapan dari segi tabungan pendidikan untuk masa depan anak anda...cabaran pasti ada dihadapan tetapi setiap halangan itu pasti dapat ditempuhi sekiranya kita membuat persiapan dari awal lagi..errrmmm...yang penting janganlah lupa senyum selalu pulak...

Senyum dan ceria selalu..

Wednesday, July 7, 2010

Keinginan atau kehendak...

Assalammualaikum...

Keinginan untuk berubah mesti ada dalam setiap individu..ada yang berkeinginan untuk menjadi jutawan, ada yang berkeinginan untuk bebas kewangan dan ada yang berkeinginan untuk mendapat naik pangkat atau apa-apa sahaja.

Di kala ini, kita lebih terarah untuk ingin menjadi kaya. Dengan kata lain bebas kewangan lah.....baiklah..Adakah setiap keinginan kita itu diikuti dengan kehendak untuk mencapai matlamat itu? Pasti anda tertanya-tanya kenapa saya menyoal begitu..baiklah..

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap keinginan tanpa diikuti dengan kehendak untuk melakukan langkah pertama pasti ianya boleh kecundang. Sebagai contoh, Mira berkeinginan untuk berniaga. Setiap hari Mira hanya membuat imaginasi atau menyebut sahaja yang dia mahu berniaga tetapi di dalam hatinya tiada sifat kehendak melakukan strategi bagaimana untuk berniaga tersebut. Ini bermakna sifat kehendak di dalam diri Mira itu tiada...

Oleh itu, firadila berharap sekiranya anda berkeinginan melakukan sesuatu untuk berjaya, mestilah disekalikan dengan kehendak kerana kejayaan itu ada dimana-mana sahaja..

Senyum dan ceria selalu..:)