RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, November 26, 2008

Tekanan Perasaan?

image dari : http://www.stressrelatedillness.com/images/stress0.jpg

Assalammualaikum dan salam ceria.............

Apa khabar pembaca blog firadilamotivasi..adakah hari anda semua masih ceria atau suram sahaja sesuram langit mendung diluar...hehehe...jangan marah....Baiklah. Post firadila kali ini ingin menyentuh mengenai tekanan perasaan yang tidak dikawal oleh mereka yang mengalami tekanan tersebut...

Sejak kebelakangan ini tersiar di televisyen gadis ingin terjun bangunan akibat mengalami tekanan perasaan oleh kekasih dia...oh..oh...oh..nak sedih pun ada nak geram pun ada.Lihat gambar diatas...kerja yang banyak dan bertimbun-timbun pun memang boleh mengalami tekanan perasaan tahap maksimum ni..betul tak...Baiklah firadila tidak mahu menyentuh mengenai perkara itu lagi tetapi cara yang perlu diatasi untuk mengelak dari kejadian itu berulang.

Baiklah. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak lari dari mengalami tekanan perasaan. Tidak kiralah tekanan itu kecil atau besar. Kadang-kadang firadila terfikir boleh ke kita ni hidup tanpa tekanan. Sebenarnya kita boleh hidup tanpa tekanan kalau kita mahu. Oklah caranya begini :

1. Senyum pagi setiap hari

Ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat firadila ni tetapi itulah kenyataanya. Sebenarnya bila kita celik je mata terus memberi senyuman pada diri sendiri anda akan mengalami satu aura yang luar biasa.Aura keyakinan, kesihatan, fikiran yang cergas, dan awet muda secara semulajadi. Tak percaya jugak ke!!! Belum cuba belum tahu tau...lagi satu beri senyuman kepada sesiapa saja yang kita jumpa...bukankah senyum itu satu sedekah..he..he..he.. :)

2. Kalau tertekan bukannya dapat duit pun

Ini prinsip yang selalu firadila pegang..he..he..he..bukan senang nak jumpa orang yang pegang prinsip macam ni. Cuba anda fikir sejenak..kalau anda tengah marahkan seseorang ke? atau merajuk dengan seseorang ke? atau bergaduh dengan seseorang ke? (dengan yang tersayanglah) boleh dapat duit ke kalau buat macam tu..Mesti tak dapat punya..yang dapat cuma sakit hati je...betul tak....jadi jangan biarkan hidup anda dalam tekanan.

Baiklah....2 petua sahaja yang firadila dapat beri pada hari ini..esok firadila akan sambung petua yang lain pula mengenai cara untuk mengalami tekanan perasaan ni.... :)

Senyum dan ceria selalu...
firadila

p/s : petua di atas adalah dari pendapat firadila sendiri. Amat digalakkan pembaca blog firadila memberi pendapat diruangan comment. firadila demam hari ni...mengalami tekanan kecil pulak..huhuhu...tapi tetap senyum selalu...

Monday, November 24, 2008

Minda Berkursus

Assalammualaikum dan salam ceria....

Bagaimana keadaan pembaca blog firadilamotivasi hari ni...adakah masih ceria atau kurang sihat? Ialah musim hujan sekarang ni mesti selalu kena demam betul tak....tidak mengapa semuanya boleh diatasi sekiranya mendapat rawatan segera oleh doktor..Sebenarnya sudah lama firadila tidak mengemaskini blog ini...dah semakin berhabuk pulak..he..he..he... tapi jangan sampat berkarat pulak...tak mengapalah....

Baiklah...mengenai tajuk diatas iaitu minda berkursus.......Pernah tak anda menghadiri kursus-kursus diluar sana. Tidak kira kursus motivasi ke, kursus membina semangat ke, kursus usahawan ke atau sebagainya.Tentu pernah bukan.

Kebanyakan mereka yang ingin berjaya mesti mahu menghadiri kursus-kursus sebegini bagi memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada. Mereka yang menghadiri kursus ini mesti datang dalam keadaan minda yang terbuka menerima apa sahaja ilmu yang berguna. Minda yang berkursus selalunya akan mendapat ilmu baru yang segar...tetapi ingat hendaklah dipraktikan selalu supaya ilmu itu sentiasa mantap....Oleh itu, selamat menghadiri kursus dengan senyuman...:)


Senyum dan ceria selalu...
firadila

Perancangan matlamat

Assalammualaikum dan salam ceria....

Tidak lama lagi tahun 2008 akan berlabuh dan tahun 2009 akan muncul lagi. Alhamdulillah matlamat 2008 telah tercapai walaupun 50%...itu satu kejayaan kecil yang perlu dibanggakan...:)

Banyak pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui namun semua itu boleh dilalui dengan hati yang tabah dan bersemangat..Bagaimana dengan anda pula.......mulakanlah anda menulis matlamat anda supaya anda dapat merasai kepuasannya...

senyum dan ceria selalu