RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Monday, June 21, 2010

Asalkan Mahu Belajar...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semalam, tambah sudah kemahiran baru dalam diri dila..dan firadila amat bersyukur sekali kepada Allah kerana mengizinkan firadila untuk belajar kembali..

Apa yang firadila amat bangga sekali ialah ramai juga warga tua dan muda begitu semangat untuk belajar...tanpa putus asa..Disini firadila perhatikan sekiranya keinginan itu ada, berapa pun umur kita, Asalkan mahu belajar..rezeki itu tetap ada..dan jangan lupa senyum selalu...

firadila

p/s : Apa yang firadila belajar..psss...nanti firadila bagitahu je..

Tuesday, June 15, 2010

Memang mudah lupa...

Assalammualaikum dan salam ceria..

Minggu lepas, setelah sekian lama firadila berkecimpung di dalam dunia perniagaan yang kecil ini..firadila dapat memahami sesuatu yang kadang-kadang kita sendiri pun susah nak faham. Disaat mereka yang memerlukan perhatian dan pertolongan dari kita, tangan yang menghulur ini amat ikhas untuk membantu tetapi..

Apabila bantuan yang telah kita hulurkan itu...dengan mudah mereka menjadi sangat sombong dan angkuh dalam sekelip mata.

Ya Allah, jauhkanlah hambaMu ini dari sifat seorang yang lupa diri akan ketentuanMu...amin..dan jadilah aku seorang yang kaya dari segi kasih sayang dan senyum...

p/s Jadi ke luahan firadila ni...tak pelah..yang penting senyum selalu..