RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Sunday, March 15, 2009

Kesedaran anak orang susah.......

Rasa insaf sebagai anak seorang nelayan membolehkan Nik Nur Madihah memperoleh 19 A1 dan 1 A2 dalam SPM.




"KITA selalunya tengok anak-anak 'orang besar' yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Apa salahnya kali ini anak seorang nelayan yang keluar di televisyen dan surat khabar sebagai pelajar terbaik. Saya cabar dia."

Begitulah kata-kata Nik Mohd. Kamal Hussin, 41, bapa kepada Nik Nur Madihah, 18, yang berjaya mendapat keputusan 19 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan Khamis lalu.

Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Seorang lagi pelajar sekolah itu, Siti Fatimah Mukhtar, 20, mendapat 17 A1 dan 1 A2 dalam SPM 2006.

Kehadiran krew Jurnal di teratak yang didiami Nik Nur Madihah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa disambut dengan senyuman manis oleh gadis tinggi lampai itu bersama ibu dan bapanya.

"Jemput naik, maaflah rumah kami sempit saja," pelawa ibunya, Mariani Omar, 42, yang sibuk melayan tetamu yang tidak putus-putus datang untuk mengucapkan tahniah.

Sungguh tidak disangka, rumah kayu bercat putih beratap zink yang kelihatan begitu usang rupa-rupanya berjaya melahirkan seorang gadis yang tabah dan cekal semangatnya untuk maju dalam hidup.


RUMAH yang didiami Madihah sejak dari kecil ini disewa pada kadar RM90 sebulan.


Di ruang tamu rumahnya yang tidak seluas mana itu, terdapat sebuah peti televisyen dan set sofa kayu yang agak uzur serta sebuah meja yang digunakan oleh Nik Nur Madihah untuk mengulang kaji pelajaran.

Rumah yang didiaminya sejak dari kecil itu disewa dengan kadar RM90 sebulan, memiliki dua bilik yang 'diubahsuai' menjadi lima bilik dengan menggunakan almari dan papan lapis sebagai dinding pemisah antara bilik ke bilik.

"Saya tinggal bersama ibu bapa dan adik bongsu yang berusia 11 tahun sementara dua lagi adik yang berusia 16 dan 15 tahun tinggal di asrama.

"Ruang tamu dan meja inilah tempat saya belajar," ujar Nik Nur Madihah memulakan bicara. Tutur katanya lemah lembut. Raut wajahnya juga sangat tenang.

Tanpa dilengkapi peralatan canggih, komputer dan kemudahan Internet, dia lebih selesa belajar di rumah walaupun sekolahnya menyediakan kemudahan asrama.

Katanya, dia memang teringin untuk tinggal di asrama tetapi yurannya mahal iaitu RM200 sebulan.

Bapa nelayan, ibu tukang cuci

Bapanya tidak mampu menyediakan wang untuk yuran tersebut kerana hanya bekerja sebagai nelayan. Ibunya pula hanya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).


NIK NUR MADIHAH bukan saja mendapat sokongan, tetapi juga cabaran daripada bapanya, Nik Mohd. Kamal dan ibunya, Mariani.


"Pendapatan bulanan keluarga kami hanya sekitar RM500 dan cukup-cukup menampung perbelanjaan dan keperluan hidup,” katanya.

Nik Nur Madihah memberitahu, sebagai anak seorang nelayan dia tidak mampu untuk hidup mewah seperti kebanyakan pelajar lain. Wang poket yang dibekalkan oleh bapanya untuk makan tidak sampai RM1 sehari dan adakalanya dia tidak mempunyai wang untuk makan.

“Ayah bagi RM5 sehari, tambang bas saja sudah lebih RM4 untuk pergi balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal dari rumah.

“Kalau tak ada makanan dan duit saya akan berpuasa,” katanya yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.


PELAJAR Terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar (kanan) banyak merangsang semangat Nik Nur Madihah.








Kehidupannya menjadi lebih sukar terutama ketika musim tengkujuh atau apabila bot bapanya mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

“Sumber pendapatan kami hanya bergantung pada ayah. Ketika ayah tidak dapat turun ke laut, kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan telur dan itu menjadikan saya insaf,” katanya.

Nik Nur Madihah reda dengan ketentuan Allah dan kesempitan hidup itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya demi mengubah nasibnya sekeluarga.

Berbicara mengenai kejayaannya, Nik Nur Madihah memberitahu, dia mengambil keputusan untuk mendaftarkan 20 subjek yang diambil dalam SPM kerana ingin mencabar dirinya sendiri.

Dia sentiasa optimis dengan diri sendiri serta mahu mengikut jejak langkah mentornya yang juga senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM pada 2006.

“Saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain, cuma saya memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas.

“Saya belajar ikut mood. Bila rasa nak belajar, saya belajar tetapi masa belajar tersebut perlu berkualiti dan paling penting adalah banyak berusaha dan belajar secara strategik.

“Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal,” ujarnya yang merupakan antara pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan.

Dia juga tidak pernah menghadiri kelas tuisyen berbayar di luar sekolah kerana masalah kewangan dan bersyukur kerana pihak sekolah menyediakan guru-guru untuk lapan mata pelajaran selebihnya yang diambil.

Lapan mata pelajaran itu ialah Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera yang hanya mula dipelajarinya ketika berada di tingkatan lima.

Nik Nur Madihah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih untuk mendalami ilmu fizik.

Dia berhasrat untuk menjadi seorang ahli fizik kerana tidak ramai orang Melayu yang meneroka cabang ilmu tersebut selain ia memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.

Wednesday, March 11, 2009

Berniaga apa sahaja...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin menyentuh topik mengenai perniagaan...macam motivasi santai lah..Baiklah, firadila pernah bertanya kepada rakan sepejabat firadila mengenai apa jenis perniagaan yang akan dijalankan di zaman kegawatan ekonomi ini? Jawapan yang diberikan amat mengejutkan..

"firadila, aku nak bagi kau satu petua ni yang kau tak akan rugi bila berniaga...

Selagi ada orang pakai, selagi ada orang makan dan selagi ada orang belajar....kau tak akan rugi. Jadi, fikir-fikirkan lah"...

Maksudnya begini, selagi ada orang pakai ( contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah mengambil upah menjahit, menjual kain, menjual pakaian dan sebagainya), selagi ada orang makan ( contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah buka restoran, gerai , jual jambu, jual betik, jual nasi lemak dan sebagainya) dan selagi ada orang belajar (contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah menjadi tenaga pengajar, jadi guru tuisyen, jurulatih silat dan sebagainya).. Ooohhh...baru firadila faham sekarang...

Bila difikir-fikirkan balik, ada kebenarannya juga. Perkara ini tidak akan lari kemana kerana ianya adalah satu keperluan....jadi kenapa pening kepala nak berniaga apa....pilih sahaja dan terus lakukan...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Tuesday, March 3, 2009

Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo






DIJAMIN HALAL... Syed Abdullah menunjukkan bebola ikan yang dikeluarkan syarikatnya di Batu Caves baru-baru ini. Dengan dua rakan kongsi, 40 pekerja dan sebuah cawangan di Subang, syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari. Foto: Bernama
Oleh Rohana Mustaffa

Sabtu itu kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd dibuka seperti biasa dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa pekerja sibuk membungkus pelbagai jenis bahan pramasak untuk hidangan yong tau foo, campuran makanan laut dan tauhu, dalam kuantiti yang banyak.

Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.

Dalam masa yang sama beberapa pelanggan Melayu sibuk membeli bahan yong tau foo pilihan mereka. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Cuma yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.

Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.

MELAYU BERNIAGA YONG TAU FOO

Kenapa pilih yong tau foo? soal penulis kepada pengarah urusan syarikat ini Syed Abdullah Syed Hassani, 48, ketika beliau berbicara mengenai asal usul beliau menceburi perniagaan ini.

"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya.

"Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.

Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.

Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu.

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.

BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRI

Perniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian ketika itu untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk.

Low pada mulanya cuba mengajar pekerja, asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas - beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng.

Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya.

"Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya.

"Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau.

Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan.

"Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya.

Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.

BERPINDAH KE TEMPAT BARU

Syarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan akhir tahun ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain.

Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya.

Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya.

Dalam hal ini beliau berazam untuk maju dalam saingan dengan mendapatkan pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Point) dan GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) melalui Kementerian Kesihatan.

Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran.

STATUS HALAL DIPELIHARA

Syed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran.

Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan.

"Saya sudah biasa menerima komen perbandingan seperti ini, kenapa bebola orang lain berkilat dan putih, rasa tidak sama dan sebagainya dan setiap kali itu saya akan menambah baik produk saya di mana yang boleh tetapi untuk mengabaikan proses halal, saya tidak buat," katanya.

SOKONGAN ORANG MELAYU

Ada sedikit kekecewaan ketika beliau menceritakan mengenai proses beliau belajar sampai boleh berdiri dan kini sudah bersedia untuk berlari dengan pengusaha yong tau foo yang lain.

Pertama, tunjuk ajar susah didapatkan baik daripada pesaing kaum lain, mahupun sokongan orang Melayu untuk membekalkan bahan dan produk halal, ejen penjual atau promoter.

"Saya menghadapi masalah pembekal tidak konsisten dan promoter Melayu tidak bersungguh," katanya.

Syed Abdullah bercerita bagaimana pada satu ketika beliau mendapatkan bekalan telur puyuh daripada seorang Melayu (beliau memerlukan 30,000 hingga 40,000 biji telur puyuh sehari), masuk bulan ketiga, orang itu gagal membekalkan jumlah yang dijanjikan dan terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Melayu.

Dan promoter yang digajinya di pasar raya pula adakalanya tidak datang membuka stesen mereka dan akibatnya beliau akan dimarahi pihak pasar raya yang sudah tentu tidak mahu mendengar masalah beliau.

Syed Abdullah juga pernah cuba menolong siswazah Melayu berniaga bahan yong tau foo yang beliau bekalkan, tetapi tidak kekal lama.

Untuk ejen pembekal di negeri-negeri pula, syarat beliau ialah mereka perlu keluar modal sediakan bilik sejuk dalam anggaran RM20,000 tetapi ramai yang tidak sanggup kerana mereka takut rugi.

Kenapa tidak menumpang saja stokis makanan beku jenama Melayu terkenal yang ada?. Syed Abdullah jelas menyimpan perancangan sendiri.

"Saya tidak mahu menjadi barisan kedua, kerana cita-cita saya mahu memastikan jenama yong tau foo saya teguh dan ada tempat sendiri," katanya.

Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pesaing Cina yang mempunyai modal besar yang mengawal pembelian bahan ikan kerana ada di antara mereka mempunyai jeti sendiri.

Oleh itu, kata Syed Abdullah, beliau berusaha keras mencari bekalan yang tetap dan terbaik umpamanya beliau kini berunding dengan nelayan di jeti Tok Bali Kelantan untuk mendapatkan bekalan ikan kecil seperti kelisi bagi bahan suriminya.

CITA-CITA BANTU PEKERJA SENDIRI

Syed Abdullah bagaimanapun tidak pernah lemas bergerak perlahan untuk berjaya kerana "saya anggap saya dalam larian maraton, perlahan tetapi tidak mengalah".

Hasrat utama Syed Abdullah kini ialah memajukan perusahaan yong tau foo berasaskan ikannya di Batu Caves, produk berasaskan soya (tauhu) di Subang dan koay teow di Seremban.

Dalam proses itu beliau tidak lupa melatih beberapa pekerjanya dalam usaha membesarkan perniagaannya supaya satu hari nanti, katanya, mereka juga boleh menjadi pengusaha yong tau foo Melayu dan rakan kongsinya.

Sumber: BERNAMA

Monday, March 2, 2009

9/10 dan 1/10...rupanya tak sama?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semoga sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas harian walaupun cuaca tak menentu sekarang ni...Hari ini firadila bukan nak mengajar matematik tetapi mengenai motivasi perniagaan sedikit...

Mesti kita pernah melihat angka 9/10 ni kan...Eh! tak pernah melihat pun? Ok...ok...sebenarnya angka tersebut bermaksud "9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan"...Betul tak..mesti pernah mendengar perkataan begitukan..tapi bagaimana dengan 1/10...angka ini pula bermaksud hanya 1/10 sumber rezeki itu datang dari hasil makan gaji...tak kiralah gaji harian ke, gaji bulanan ke atau sebagainya...Anda bekerja dengan majikan anda dan dapat gaji..tapi apa berbezaanya...sebenarnya firadila ingin mendedahkan satu rahsia...periksa betul-betul...

9/10 ( berniaga. Anda sebagai majikan) + 1/10 (makan gaji. Anda sebagai pekerja) = 10/10 (hasil berganda)

Ramai yang memberi alasan, kalau nak buat sesuatu perniagaan itu mesti kena berhenti kerja dahulu baru boleh buat bisnes. Sebenarnya teori itu silap...Anda tidak akan melihat kedua situasi itu sekiranya anda tidak sebagai majikan dan anda sebagai pekerja. Kebiasaannya majikan yang betul-betul memahami keadaan pekerjanya pernah mengalami situasi begini.

Apa ye perniagaan yang dalam masa yang sama anda adalah bos dan pekerja? Kepada mereka yang makan gaji sekarang jangan risau anda boleh berniaga kalau anda mahu. Sebagai contoh, anda seorang kerani di salah sebuah syarikat guaman...setiap bulan anda terima gaji bulanan anda. Di sebelah malam pula, anda menjadi guru tuisyen di pusat tuisyen yang anda buka sendiri. bukankah anda sebagai pekerja dan majikan.

Didunia ni, Allah jadikan tidak semua manusia itu sebagai usahawan. Ada yang Allah jadikan sebagai orang yang makan gaji, semangat waja seperti polis, bomba, tentera dan sebagainya..Jadi jangan salahkan takdir kalau anda tidak jadi sebagai usahawan kalau anda makan gaji..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Maksud di sini ialah usahawan sepenuh masa..Anda jangan pandang hina dengan orang yang makan gaji kerana kalau tak ada orang yang macam ni...negara tak akan maju..

Nasihat Nabi Kepada Umatnya....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Jumaat yang lalu, firadila telah menghadiri satu perhimpunan bulanan untuk kakitangan kerajaan Daerah Tampin. Seorang penceramah dari Kolej Universiti Islam Selangor telah dijemput untuk memberi ceramah yang bertajuk "Pesanan Nabi Kepada Umatnya"....Berikut adalah sedikit catatan yang sempat firadila catatkan...

Nabi Muhammad memberi nasihat kepada umatnya 6 perkara iaitu:


Pertama ialah hak dunia jangan menilai manusia di atas kita. Maksudnya ialah perkara-perkara hal duniawi ini jangan menilai seseorang itu berdasarkan kepada kekayaannya, pangkat, kereta mewah atau sebagainya tetapi menilailah seseorang itu berdasarkan Al-Quran (ilmu) dan Sedekahnya. Kita tidak boleh melihat seseorang dengan pandangan duniawi sebab akan menimbulkan rasa cemburu. Digalakkan berfikir positif iaitu sekiranya ditimpa susah atau malapetaka itu adalah ujian dari Allah dan hendaklah redha atas ujianNya dan sekiranya diberi kesenangan digalakkan untuk bersedekah membantu orang lain.


Kedua ialah sayangilah orang miskin dan dekatilah mereka. Janganlah kita kaya di dunia tetapi miskin di akhirat..Kita hendaklah sentiasa rajin bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan..


Ketiga ialah hendaklah sambungkan dengan silaturrahim. Jangan mewujudkan permusuhan sesama jiran, saudara mara dan sebagainya.

Keempat ialah jangan takut celaan orang yang mencela. Hidup didunia ini tidak digalakan hidup dengan sanjugan orang tetapi hendaklah terima cacian orang dengan syarat apa yang dibuat itu adalah betul.


Kelima ialah hendaklah bercakap benar walaupun pahit. Sesiapa yang benci perkara yang betul itu tandanya bencikan Allah.


Keenam ialah perbanyakan zikir "Laahaulawala kuwataillahbillahilaliyulazim (maaf kalau tersilap taip dalam bahasa melayu)".Kelebihan zikir ini ialah segala kekuatan yang ada dalam diri kita ini adalah milik Allah. Allah akan turunkan taufik dan hidayah didalam diri kita..

Itulah 6 perkara yang dinasihatkan Nabi Muhammad kepada umatnya...Semoga anda mengambil dan mengamalkannya...

Senyum dan ceria selalu..
firadila