RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Monday, December 29, 2008

Matlamat Tahun 2009...



Assalammualaikum dan salam ceria...

Tinggal 2 hari lagi tahun 2008 akan melabuhkan tirai dan tahun 2009 akan menjelma..bagaimana dengan pembaca firadilamotivasi... adakah anda juga tidak sabar tunggu tahun 2009? Ialah segala azam dan semangat anda mahu tunaikan..

Bagi firadila, tahun baru ni firadila ingin mencapai segala matlamat yang firadila tulis...Dairy 2009 pun firadila telah adakan..:)

Tahun 2008 banyak kenagan pahit dan manis kepada firadila. Bermula dengan tindakan nekad untuk berubah menjadi usahawan..tiada pengalaman dan buang perasaan malu untuk bertanya...ejekan dan kejian semua tu sudah lali di telinga firadila...Alhamdulillah..berjaya juga firadila tempuh dugaan itu..walaupun sebagai usahawan kecil-kecilan...

Tahun 2008 juga adalah tahun yang mampu buat firadila senyum selalu...Bagaimana dengan anda..pastikan tahun 2009 nanti anda juga mampu senyum selalu...

Sekian, Senyum dan ceria selalu...
firadila

Tuesday, December 23, 2008

Kompang yang bersemangat..

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi....

Bagaimana keadaan anda sekarang...ialah sekarangkan cuti sekolah. Ada yang mengikut keluarga pergi bercuti dan tak juga menjadi orang yang penting di dalam kenduri kendara sekarang ni....

Ahad lalu firadila ada menyertai kumpulan kompang milik ayah firadila. Kami bermain di Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan..Bersemangat sungguh kami bermain. Sehingga tak melihat kiri kanan. Kami bermain begitu asyik sekali...Masing-masing bersemangat sungguh ingin menunjukan skill masing-masing...Baiklah sebenarnya kumpulang kompang kami ni baru sahaja ditubuhkan pada 26/11/2008....masa tu kami langsung tak ada skill bermain kompang. Setelah perbincangan dibuat, ayah firadila tekad untuk mencari tok guru yang sudi mengajar kami bermain kompang...Setiap kali tok guru kami akan membayar sedikit saguhati kerana kesudiannya mengajar kami...

Sehinggalah pada 21/12/2008 tak sampai sebulan kami berlatih, kami telah terima tempahan pertama dari luar kawasan Felda Pasoh 3...dengan keyakinan yang ada dan sikap percaya kepada diri sendiri, akhirnya berjaya juga kami buat yang terbaik untuk kumpulan kompang kami....

Kesimpulannya ialah jangan pandang serong dengan sikap seseorang yang tiada kemahiran kerana ahli kumpulan kompang firadila yang berjaya ini pun terdiri daripada mereka yang tiada kemahiran tetapi ada semangat. Kedua, apabila sesuatu keyakinan itu berlaku, timbul sikap bekerjasama diantara mereka..Firadila bangga sangat dengan kumpulan kompang firadila.....Semoga anda terus maju dan dikenali di Negeri Sembilan.......

Senyum dan ceria selalu...
firadila

p/s : Firadila tiada gambar kumpulan kompang kami..Lain kali firadila akan attachkan disini.

Thursday, December 18, 2008

Gembiranya dapat gaji tapi........



Assalammualaikum dan salam ceria.......

Hari ini hari yang paling gembira bagi kakitangan kerajaan sebab mendapat gaji dan bonus. Muka pun nampak berseri-seri dan tersenyum panjang apabila berjalan....rasa kelakar pun ada bila melihat gelagat mereka ni. Ada yang merancang nak pergi berbulan madu , bercuti di dalam negara mahupun diluar negara, ada yang mahu membuat persiapan persekolahan untuk anak-anak dan ada juga yang mahu bershopping berhabis-habisan.......

Ramai yang rasa gembira apabila mendapat gaji. Iyalah segala apa yang diingini akan dipenuhi tetapi adakah kegembiraan ini berpanjangan. Pada pendapat firadila ramai yang tidak dapat mengekalkan kegembiraan ini sehingga hujung bulan. Masa tu, duit pun dah tak de mukapun mencuka je.....dan yang paling tak seronok bad mood memanjang..


Oleh itu, rancanglah duit gaji anda. Pastikan anda membeli mengikut senarai yang perlu sahaja dan kalau boleh "Biarlah ikut hati dan jangan ikut perasaan". Sematkan di dalam fikiran "Saya mahu hidup gembira"....hati lebih tenang..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Monday, December 15, 2008

Gunting tumpul atau gunting tajam...




Assalammualaikum dan salam ceria....

Bagaimana pembaca firadilamotivasi sekalian...adakah masih sihat atau demam raya lagi..hahaha...Post hari ini firadila ingin mengupas topik motivasi yang agak santai juga...iaitu gunting tumpul atau gunting tajam...

Sebenarnya sabtu lalu firadila ada menggunting kain untuk tempahan baju kurung sekolah oleh kawan satu opis...memberi tekanan juga kenapa firadila lambat menggunting...fikir punya fikir rupanya-rupanya faktor gunting...alamak gunting tumpul pulak...geramnya..patutlah kain yang firadila gunting jadi tak kemas. Petang tu jugak firadila pegi beli gunting kain baru...bila guna gunting kain baru ni dari ambik masa 30 minit menggunting jadi 15 minit je...pantas betul...masa itukan emas..

Oleh itu kesimpulannya,

Sekiranya peralatan kita lengkap dan tepat setiap perancangan akan berjalan dengan lancar. Setiap tekanan yang dihadapi pastikan otak kita sentiasa ligat memikirkan jalan penyelesaian yang positif dan bertindak dengan pantas. Yang pasti hindari hidup dalam tekanan..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Friday, December 12, 2008

Ikut kata hati.....jangan ikut perasaan..

Assalammualaikum dan salam ceria....

Hari ini firadila ingin memberi motivasi santai kepada pembaca firadilamotivasi. Ramai yang pernah dengar perkataan ini 'Ikut kata hati...jangan ikut perasaan'...dan hari ini firadila ingin merungkai mengenai tajuk di atas...

Baiklah setiap apa yang kita lakukan adakah mengikut kata hati..Kata orang ikut kata hati nanti bawa ke mati. Sebenarnya dalam kontek motivasi diri mengikut apa sahaja kata hati akan memandu kita ke arah kejayaan yang kita ingini. Sebagai contoh anda ingin berniaga cendawan. Hati anda berkata anda ingin mengusahakan projek cendawan. Anda melakukan penyelidikan di internet, menghadiri kursus atau seminar mengenai penanaman cendawan dan anda telah melakukan langkah pertama. Kemudian anda lakukan secara kecil-kecilan dahulu dan kaji apa yang berlaku. Kemudian menjual hasil jualan anda. Sekiranya anda tidak mengikut kata hati anda untuk melakukan langkah pertama, mesti anda tidak tahu dan tidak mahu melakukan apa yang telah dirancang. Ini termasuklah anda akan berkata 'Nantilah..., Tengoklah dulu..' Perkataan ini sebenarnya anda telah wujudkannya sendiri...

Jangan ikut perasaan pula ialah sifat semula jadi yang ada pada manusia. Ianya tidak akan hilang selagi kita hidup. Contoh perasaan ialah takut, gabra, sedih, putus asa dan sebagainya. Semua itu hanya perasaan anda sahaja sekiranya anda wujudkan. Sebagai contoh firadila ingin bekerja setiap hari dalam keadaan gembira dan ketawa. Perasaan firadila telah firadila setkan untuk sentiasa ketawa dan senyum selalu dan firadila tidak mahu wujudkan pemikiraan negatif dalam setiap yang firadila lakukan walaupun ada yang mengata...hehehe.....kenapa firadila boleh jadi begitu...sebenarnya firadila dah setkan dalam perasaan firadila setiap perkataan negatif yang masuk ke telinga firadila ni firadila anggap macam sampah je....

Oleh itu, ikutlah kata hati anda dan buanglah perasaan negatif anda..Pilihan untuk berjaya ada di dalam tangan anda...

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Thursday, December 4, 2008

Ganjaran Pengorbanan...

image dari : http://www.ns.net.my


Assalammualaikum dan salam ceria....


Tinggal 3 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha.....bagaimana pula dengan pembaca blog firadilamotivasi...adakah anda sudah bersedia untuk berkorban untuk agama, diri sendiri, bangsa dan negara...

Sebenarnya, untuk berjaya perlu pengorbanan..tidak mengira lah berkorban dari segi masa, tenaga anda sendiri atau pun berkorban dari segi peralatan...Tanpa anda sedari setiap pengorbanan itu mesti dapat balasan yang setimpal apa yang anda usahakan. Ganjaranlah tu...yang mesti anda terima...Kalau boleh pilihlah ganjaran dari segi pahala kerana itu lebih tinggi ganjarannya.....


senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Senyum selalu tu mesti ada ganjarannyakan..hahaha...ganjaran awet mudalah... :)

Wednesday, December 3, 2008

Tekanan Perasaan Part 2

Assalammualaikum dan salam ceria....

Hari ni firadila ingin meneruskan lagi petua-petua untuk mengatasi tekanan perasaan...

3. Wujudkan kasih sayang
Mereka yang mengalami tekanan perasaan ini kebanyakkan kurang kasih sayang. Mesti anda tidak perasan selama ini perasaan mengajuk ke...cepat terasa ke...semuanya berpunca kurang perhatian daripada yang tersayang dan kasih sayang. Jadi, sebelum anda ingin menerima kasih sayang daripada seseorang anda sendiri perlulah menjadi pemberi kasih sayang. Pemberi kasih sayang itu mestilah pelbagai bentuk. Contohnya, memberi kasih sayang dari segi harta benda, kasih sayang dari segi senyuman atau pun kasih sayang dari segi perhatian. Anda sebagai pemberi kasih sayang lama-kelamaan akan faham makna kasih sayang dan tekanan itu akan hilang..Betul tak?


4. Kewangan yang terhad dan hutang
Salah satu punca tekanan ialah faktor kewangan dan hutang. Bagi mengatasi itu,simpan dalam fikiran dan hati anda bahawa kalau tak mampu jangan berhutang. Pilihlah untuk hidup tenang tanpa tekanan. Ada yang beritahu firadila kalau tak berhutang tak dapat apa yang kita mahu. Itu memang betul tetapi ia boleh memakan jiwa...jadi fikir-fikirkanlah apa yang terbaik buat anda.


Oleh itu, jangan jadi seorang yang tertekan....pilih lah yang terbaik untuk kehiduupan anda....... :)



senyum dan ceria selalu..
firadila

Monday, December 1, 2008

Demam...

Assalammualaikum dan salam ceria....

Apa khabar pembaca blog firadilamotivasi...adakah anda semua sihat dan ceria hari ini..firadila dah 3 hari demam ni..demam sengal-sengal dan sakit-sakit badan..teruk gak..

Jadi post-post yang terkini terpaksa lah firadila tangguh dahulu...macam mana pun firadila sertakan gambar pemandangan menarik di Proton City, Perak..untuk tatapan pembaca firadilamotivasi..






Senyum dan ceria selalu..
firadila