RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, August 18, 2010

Perkara yang kadang-kadang kita terlupa...



Assalammualaikum dan salam gembira kepada pembaca blog firadilamotivasi..

Hari ni tajuk je dah panjang menjela pulak..sebenarnya di dalam bulan ramadhan ni firadila ingin menulis mengenai apa yang kita perlu buat dan lakukan di bulan yang mulia ni. Kadang-kadang kita ni hampir terlupa ingin melakukan dan mengamalkannya..

Baru-baru ini firadila telah menghadiri seminar "Ramadhan membentuk jiwa" anjuran PUSPANITA NEGERI SEMBILAN...Antara penceramah yang dijemput ialah Ustaz Fauzi (Al-Kuliyyah) , Ustazah Asni (Penceramah Bebas) dan Ustaz Dzul Karnain (Kalam Suci dan pengajaran Imam Muda)..

Apa yang ingin firadila sentuh mengenai seminar ini ialah seminar ni cukup best, kelakar dan memang nak gelak je..Jadi tak delah timbul asalkan ceramah agama je mata ni nak mengantuk je...semoga ustaz dan ustazah kekalkan beri ceramah macam ni...

Berikut adalah sedikit catatan yang sempat firadila catitkan :

Pertama : Ramadhan membentuk taqwa : Didalam bulan ramadhan hendaklah kita berpuasa dengan puasa yang sebenar-benarnya. Kurangkan makan dan minum dan hendaklah berbuka mengikut sunnah nabi iaitu dahulukan dengan berbuka 3 biji kurma. Selain itu, kita digalakkan untuk banyakkan sedekah tidak kira sedekah secara bersembunyi atau secara terang-terangan dan berdoa kepada Allah. Nescaya doa kita akan dimakbulkan. Bulan ramadhan juga kita digalakan bertadarus Al-Quran (iaitu seorang membaca dan seorang menyemak bacaan) dan dapat melatih diri sentiasa memaafkan orang lain.

Kedua : Didikan di dalam bulan ramadhan : Didikan yang digalakan di dalam bulan ramadhan ialah :
  1. Mendidik diri ini menjadi seorang yang menepati masa tidak kira ketika kita berbuka puasa, bersembahyang atau sebagainya.

  2. Melatih diri mengikut sunnah nabi - berbuka dengan buah tamar.

  3. Melatih diri untuk menjadi baik - menahan kemarahan dan meningkatkan kesabaran.

  4. Melatih diri untuk rajin sembahyang sunat - sembahyang sunat Dhuha, Sunat tarawih dan sebagainya.

  5. Melatih diri untuk rajin bangun malam - bangun malam untuk sembahyang sunat dan berzikir kepada Allah serta memohon keampunan kepadanya.

  6. Melatih untuk menyenaraikan budget ramadhan - budget ni bukan bermaksud berapa ringgit duit habis di bazar ramadhan tetapi budget berapa banyak kita dapat bersedekah.

  7. Melatih diri untuk cuba dapatkan pahala sebanyak 70 kali ganda (kalau bukan di bulan ramadhan pahala hanya 30 kali ganda)

  8. Melatih diri untuk membaca Al-Quran - setiap huruf dikira amalanya.

Ketiga : Madrasah Ramadhan : Melatih diri dari mengelak sifat suka membazir dan jangan makan terlalu kenyang. Kalau ikut juga, itu dah kira mengikut hawa nafsu sebab syaitan dah dirantai...hehe...Selain itu, ramadhan dapat melatih kita jangan menjadi seorang yang bakhil yakni kedekut. Latihlah diri memberi sedekah dengan cara tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak tahu (bersembunyi ) dan digalakkan lah bersedekah dengan keluarga dahulu...

Keempat : Pendidikan Ramadhan : Berikut adalah pendidikan di dalam bulan ramadhan ;


  1. Didalam bulan ramadhan ada 3 semester (mula puasa , semasa puasa dan tamat puasa)

  2. Bulan ramadhan diturunkan Al-Quran dan digalakkan kita untuk bertadarus al-quran. Kalau tak reti mengaji gak, digalakkan mendengar al-quran...kalau malas jugak digalakkan untuk membaca terjemahan al-quran kerana di dalam al-quran diterangkan oleh Allah perbezaan antara yang betul dan yang salah. Diakhirat, orang yang tidak membaca al-quran dianggap seorang yang muflis walaupun di dunia dia seorang yang kaya raya..Jadi pilihan ditangan anda..

  3. Bulan ramadhan adalah bulan Lailatulkadar...

  4. Bulan ramadhan juga adalah malam ketentuan kepada manusia oleh Allah antara ramadhan tahun ini sehingga ramadhan tahun hadapan...jangan ingat kita ni takde "SKT" oleh Allah. Jadi berbuat baiklah..

  5. Lakukan sedekah yang luar biasa - seperti bersedekah dari segi makanan, minuman, pakaian dan wang ringgit.

  6. Jangan tinggalkan majlis ilmu walau sesaat cuma..

  7. jangan tinggal bangun malam...

  8. Jangan tinggal zikrullah kerana berzikir dapat menenangkan jiwa...

  9. Jagalah pemakanan - jangan makan yang terlampau dan terlalu mengikut perasaan.

  10. Sentiasalah bersangka baik dengan orang seperti bersangka baik dengan jiran, dan sebagainya.

  11. Hidupkan sembahyang yang dilakukan dengan penuh rasa...cuba dapatkan nur di dalam sembahyang...

  12. Lazimkan diri dengan melakukan solat berjemaah bersama keluarga dirumah atau melakukan solat berjemaah di masjid..

Kelima : Bulan ramadhan dapat membentuk perbezaan antara nafsu dan kehendak Allah :


  1. Menahan diri dari nafsu amarah

  2. Menahan diri dari nafsu berborak barik yang selama ini apa yang kita buat asyik tak menjadi je..

  3. Melatih diri mempunyai nafsu yang berjiwa tenang dan mempunyai perasaan taqwa dan takut akan Allah.

  4. Melatih roh kita termasuk roh jasad, roh perasaan dan roh akal untuk meimbangi antara duniawi dan akhirat..

  5. Melatih diri kita daripada mengelak mencari ilmu dunia semata-mata kerana menyebabkan diri kita menjadi tidak mementu. Latih diri untuk menyeimbanginya...Otak kiri untuk ilmu duniawi dan otak kanan untuk ilmu akhirat.

Keenam : Positif atau negatif selepas ramadhan : Selepas ramadhan adakah kita ini menjadi seorang jiwa yang pemurah atau tidak...atau adakah sembahyang kita ini terjaga atau tidak..


Kesimpulannya, firadila cukup terima dengan menghadiri ilmu ini..sesungguhnya kadang-kadang kita cukup alpa mengejar kekayaan dunia tetapi kekayaan akhirat kita hanyut begitu sahaja.. semoga anda juga dapat ilmu dan manfaatkanlah...kerana hanya ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI DAN MAHA MENGETAHUI DUNIA DAN AKHIRAT...

Jangan lupa senyum selalu pulak...ni tak asalkan puasa je susah nak senyum..bukankah senyum itu satu sedekah...

Senyum dan ceria selalu..

Thursday, August 5, 2010

Berusaha cara Mr. Siva...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,



Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma...dikesempatan ini firadila ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini.. entry kali ini firadila mahu bagi tips motivasi yang agak santai juga. Itu pun secara kebetulan sahaja.


Baiklah, minggu lepas firadila ada membaiki jalan di depan rumah...kiranya mahu tar jalan lah. Mr Siva ni firadila kenal masa dia tengah tar rumah firadila ni. masa ni dia tengah berehat sekejap..ohhh curi tulang ye....Berikut adalah temubual firadila dengan dia.


F : Apa nama encik ni?

S : Panggil saya Siva je akak..(Jawab Siva dengan loghat dia)

F : Dah berapa lama buat kerja ni...buat kerja tar jalan lah...

S : Saya dah buat masa umur saya 13 tahun lagi akak...sekarang ni umur saya dah 29 tahun...lama jugak lah...hampir 16 tahun.

F : Biar betul ko ni Siva. Lama sungguh....ah...tak percaya lah...

S : Ayo akak tengok tangan lah..(sambil tu dia tunjuk tapak tangan dia) kalau tak lama tak kan tangan saya macam ni...apa lah akak ni..

F : hehehe...ok..ok...aku caya...aku caya...tapi tak kan kerja ko ni hari-hari buat tar jalan je..tak kan tak de keje lain...

S : Memang hari-hari kerja saya buat tar jalan je...kalau hujan tak boleh tar jalan kerja saya cari besi buruk dan jual...2 kerja tu je yang saya tahu buat....

F : Ha..biar betul ko ni Siva....tak kan selama 16 tahun kerja ko ni je...

S : Betul akak...

F : Ade customer ke nak tar jalan hari-hari? (tanya aku dengan nada ingin tahu)

S : Akak...kita kena lah berusaha untuk cari customer...kalau kita duduk je mana ada customer.....saya pergi rumah ke rumah...tanya mahu tar jalan ke tak..saya yakin mesti ada rezeki saya...ni tuhan sentiasa saya bawa...(sambil tu Siva ni tunjuk loket kat rantai dia)

F : Habis tu kalau customer tak nak macam mana....

S : Apalah akak ni saya tak pernah fikir tak ada customer..kita mesti mau ramai contact lah...mau ramai kawan...tak de kawan macam mana orang mau tar...yang penting kita cari makan bukan curi makan....itu je..

F : betul gak kata ko ni...yang penting usaha...mmmm...boleh aku tanya agak-agak lah berapa gaji ko dapat dalam sebulan ni.....

S : Akak nak tahu jugak ke....jangan tak percaya sudah le...kerja macam ni...buat tar dan kadang-kadang jual besi buruk..gaji saya dalam sebulan RM 3,000 - RM 4,000 ...

F : Mak ai...mengalahkan gaji aku lak Siva...pukul berapa ko start keje ni..

S : Kitaorang start keje pukul 5.30 pagi balik rumah pukul 12.00 malam...hari-hari kerja...7 hari seminggu...kadang-kadang kitaorang buat tar bukan kat N.Sembilan je...kat melaka pun ada...kat johor pun ada...

F : Habis tu ko tak penat ke...

S : Akak...kitaorang semua dah biasa dah...lagi penat kalau tak buat kerja...yang penting usaha...bila dapat upah penat kitaorang pun hilang...lagi pun tak semua orang nak buat keje macam ni...

F : Betul gak kata ko ni Siva...


Kesimpulannya,


Pertama : Jangan mudah berputus asa untuk melakukan kerja.

Kedua : Berusaha dan yakin mesti dapat apa yang dimahukan

Ketiga : Mesti ramai kawan...bersangka baik dengan semua orang

Keempat : yang penting usaha...

Kelima : kerja kuat mana boleh cukup tido...hanya 3-4 jam je tido sehari.


Senyum dan ceria selalu..

firdila


p/s : Aku tabik lah ko Siva....baru aku tahu...memang betul lah kata orang rezeki ada di mana-mana...yang penting usaha