RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, January 28, 2009

Kisah Benar Kelebihan Bismillah...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin memberi satu kisah benar yang berlaku kepada salah seorang dari ahli keluarga firadila iaitu kakak firadila..

Baiklah, Sabtu yang lalu kakak firadila ada menceritakan pada firadila yang Rabu hari tu dia ada sakit kepala sangat-sangat..tak tertahan dan tak tertanggung sangat..dia ni ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun...Akibat tak tahan dengan sakit kepala dia ada menyuruh anaknya memicit kepala dia...



"Safuan, boleh tolong mak tak picit kepala mak ni. Kepala mak ni sakit sangatlah" Mengadu maknya kepada Safuan..
"Adik nak buat macam mana mak" tanya Safuan dalam nada risau..
"Adik buat lah macam mana pun asalkan adik picit kepala mak ni. Sebelum tu adik bacalah bismillah ye..lepas tu doa dalam hati doakan mak cepat sembuh. Mak memang betul-betul tak tahan sangat ni." , Pesan maknya kepada Safuan
"Iyelah..Bismillahhirrahmannirrahim"..Safuan membaca Bismillah dengan kuat sekali dan menggunakan jari telunjuk yang kecil tu menekan ke dahi maknya dengan satu tekanan sahaja..

Dengan kuasa Allah, sakit kepala itu pun hilang dengan serta-merta. Mak dia pun terkejut..Iyelah dari pagi tadi menahan kesakitan..dengan bacaan bismillah dan menekan jari telunjuk secara automatik sakit tu terus hilang..Allah maha kuasa..Terkejut dia..

Selepas apa yang diceritakan oleh kakak firadila ni, firadila mula sedar yang selama ini kita selalu mengabaikan bacaan Bismillah ni. Baru firadila faham akan kelebihan Bismillah ini kerana sekiranya kita bertawakal dan yakin akan bantuan Allah keajaiban boleh berlaku..Semoga anda mengambil cerita ini sebagai satu pengajaran..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Memang pada mulanya sukar nak percaya tetapi tetap kena percaya sebab dah terjadi kat dia. Anak buah firadila pun kata macam tu. Dia ikhlas nak tolong ubatkan mak dia. Keikhlasan dan tawakal adalah kunci utama.

Tuesday, January 27, 2009

Kenapa mesti berputus asa?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Anda mungkin tidak bersemangat hari ini kan..iyelah..cuti panjang sempena Tahun Baru Cina..dan hari ini dah mula bekerja..mesti mood malas telah menjelma. Bagaimana pun walaupun tidak bersemangat pastikan anda menjalankan tanggungjawab anda pada hari ini..

Baiklah post kali ni menyentuh mengenai sikap putus asa. Anda mesti telah mengalami sikap sebegini. Tinggi macam mana pun anda bermotivasi sikap ini mesti tidak lari dari kehidupan anda. Persoalannya kenapa anda mesti berputus asa?..Sebenarnya sikap berputus asa ini adalah khayalan yang anda sendiri ciptakan..

Cuba anda bayangkan. Anda telah menyimpan impian dan matlamat anda untuk menjadi jutawan. Anda berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mencapai matlamat anda itu. Sampai satu tahap setiap usaha yang anda lakukan itu tidak membuahkan hasil seperti yang anda idamkan. Kemudian anda berputus asa dan tidak mahu mencuba lagi. Kenapa anda memilih untuk berputus asa? Tidak mahukah anda melihat impian anda itu terlaksana di alam nyata? Pendapat firadila pula jangan biarkan sikap berputus asa ini bermain di fikiran anda..kalau boleh ayat berputus asa ini jangan di sebut setiap hari kerana ia boleh melemahkan semangat anda untuk berjaya..

Oleh itu, katakan tidak pada berputus asa dan katakan ya "Aku yakin boleh"..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Thursday, January 22, 2009

Kepentingan Insuran dalam Kegawatan Ekonomi


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi..

Firadila ingin berkongsi cerita ini mengenai seorang prospek firadila. Sebenarnya firadila ni agen insurans..Kebetulan pagi tu firadila ada memprospek budak lelaki bujang untuk mengambil insurans ni. Bayangkan dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 1.00 tengahari tapi masih tak berjaya juga. Takpelah. petang tu firadila jumpa dia lagi sebab firadila fikir akan masa depan dia tapi dia tetap berkeras hati tak mahu mengambil insurans ni...macam-macam lah dier kata...oh..

Petang tu firadila mendapat panggilan dari kawan satu opis yang mengatakan budak lelaki ni kemalangan masa balik kerja..teruk juga..kaki kena masuk besi..kena operation..last-last dia menyesal. Ialah kena MC 3 bulan itu pun belum tentu lagi..So, firadila cuma dapat bagi nasihat kat dier je lah..."Kan bagus kalau duduk hospital orang lain tolong bayarkan bil perubatan tapi ko tak mahu..pikirlah sendiri"...

Lepas 2 tahun firadila jumpa dia nak tanya kabar rupa-rupanya kaki dia masih tak elok lagi malah kena operation lagi sebab kaki masuk kuman dan bernanah..Dan yang menyedihkannya nenek dia terpaksa jual tanah untuk menampung kos pembedahan tu...sekian..

Sebenarnya insurans di masa kini amat penting. Kalau anda betul-betul berhati-hati akan kewangan yang keluar ambillah insurans. Kenapa begitu...sebab "Biar orang lain yang tolong bayarkan bil perubatan anda"...tak nak ke..pilihan ditangan anda..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Monday, January 19, 2009

Pengalaman Diberhentikan Kerja....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi..

Semalam firadila amat terkedu dan terkejut menonton buletin utama apabila 45,000 pekerja akan diberhentikan akibat kegawatan ekonomi...Teringat firadila akan pengalaman diberhentikan kerja selepas tamat belajar...Bayangkan baru 3 bulan berkhidmat dengan syarikat swasta tersebut dan tiba-tiba diberhentikan kerja begitu sahaja..

Waktu itu begitu tertekan sangat dan fikiran mula tidak menentu...Memang diwaktu itu dan diwaktu fikiran diparas tidak waras akibat tiada sumber kewangan, macam-macam boleh berlaku..Apa akan terjadi kepada ku selepas ini? Macam mana nak bayar bil, macam mana itu, macam mana ini dan lain-lain...Semuanya menjadi tekanan perasaan ketika itu..

Akhirnya, firadila mula terfikir mungkin selama ini aku selalu melupakan Allah, melupakan suruhannya dan banyak dosa yang aku telah lakukan...Firadila mula sedar dan yakin akan bantuan Allah dan yakin akan pertolonganNya dan tugas kita hanya berdoa dan meminta tanpa putus asa...Yakin akan ada hikmah yang berlipat kali ganda setiap malapetaka yang menimpa...Dari situ firadila mula sedar akan kemampuan diri dan keyakinan untuk menjadi usahawan dengan bantuan dan izin dariNya...

Oleh itu, kepada pekerja-pekerja yang akan diberhentikan kerja jangan risau dan yakinlah akan pertolongan Allah dan sedar akan kesilapan kita selama ini dengan mengingatinya kembali..dan jangan lupa berusaha melakukan apa sahaja asalkan halal dan dipenghujungnya "mesti" ada kejayaan iaitu sumber kewangan...dan anda akan dapat pelajari bagaimana berharganya RM 0.01 yang kita dapat..sebab kita telah mengalaminya..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Sunday, January 18, 2009

Kejayaan bukan suatu perlumbaan....

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi...

Pastikan anda sentiasa sejuk dan nyaman setenang angin diluar..Baiklah hari ini firadila ingin memberitahu anda semua bahawa sesuatu kejayaan itu bukan suatu perlumbaan..Kenapa begitu ye?

Begini...kita melihat ramai pelajar, pekerja atau usahawan ingin mengejar impian yang diingini..iaitu kejayaan yang dicita-citakan. Bagi pelajar ingin mendapat keputusan yang cemerlang, bagi pekerja pula mestilah ingin naik pangkat dan bagi usahawan pula ingin menjadi jutawan...Sebenarnya,

"Kejayaan itu bukan suatu perlumbaan tetapi mesti dicapai"
- firadila

Ramai yang tertekan apabila tidak mencapai apa yang diimpikan. Sebagai contoh pelajar...berlumba-lumba untuk mendapat A dalam setiap mata pelajaran..kalau tak dapat A ada yang rasa tertekan. Kenapa mesti begitu.. Mendapat A dalam semua mata pelajaran adalah untuk anda sendiri bukan untuk orang lain dan anda mesti mencapai target A itu untuk anda sendiri. Contoh lain, ingin menjadi usahawan...orang lain nak menternak lembu anda pun turut nak menternak lembu. Orang lain nak menternak lintah anda pun nak jadi penternak lintah tetapi dimana kejayaan yang ingin dicari. Adakah disebabkan perkataan "Usahawan Berjaya" itu dan anda pun terikut-ikut...tapi tidak mahu mempelajari teknik terlebih dahulu...

Jadi, jangan lah tergopoh-gapah untuk mengejar kejayaan... Tak apa mengambil masa yang lama asalkan anda "capai" dan "mesti lakukan" apa yang diimpikan...Lakukan ia dengan menilai kemampuan diri sendiri dahulu...Bermula dari bawah adalah terbaik...Lakukan sesuatu itu demi kepuasan diri sendiri...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Betul kata Chef Li "Biar kecil asalkan berhasil"....dan kata firadila "Biar tak pandai tapi rajin berusaha", "Biar tak cantik tapi rajin senyum selalu..."

Tuesday, January 13, 2009

Motivasi Melihat Kehadapan...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi...

Baiklah mengenai tajuk di atas, sempena ditahun baru ini blog ini akan menjadi "Motivasi Melihat Kehadapan"... Kenapa begitu ye...sebenarnya firadila ingin menanam dan memupuk semangat motivasi anda untuk sentiasa bermotivasi dan sentiasa Melihat Kehadapan bagi setiap apa jua yang anda lakukan...Ingatlah ianya selalu..

Senyum dan ceria selalu...
firadila

Sunday, January 11, 2009

Bersemangatlah seperti Dania...

Assalammualaikum dan salam ceria...

Hari ini firadila ingin memberi motivasi santai kepada pembaca firadilamotivasi...Baiklah, mengenai tajuk di atas anda kenal tak Dania...hahahaha...mesti anda semua kenal bukan...Dania ialah watak yang dilakonkan oleh Scha di dalam Awan Dania di Astro ria...wah...promote nih...

Kenapa firadila mengatakan begitu..Anda jadilah seperti Dania..walaupun dia berpewatakan seperti ala-ala tomboy tapi semangatnya untuk berubah menjadi pramugari amat mengujakan. Bagaimana Dania sanggup merempuh halangan, dugaan, ejekan dan cabaran untuk mencapai cita-citanya untuk terbang di awan biru sebagai pramugari.

Jadi kepada anda yang tiada semangat untuk merempuh dan mencapai matlamat anda, tontonlah Awan Dania ini. Bagi firadila pula, untuk mengekalkan sikap motivasi di dalam diri ni firadila selalu mainkan apa yang dikatakan oleh Scha dalam Awan Dania ni iaitu "Aku yakin kau boleh"....hahaha....Bangga juga sebab ada drama macam ni....melatih diri untuk bermotivasi...Tahniah..

Senyum dan ceria selalu
firadila

Wednesday, January 7, 2009

Kejayaan matlamat tahun 2008..

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi...

Hari ini adalah hari keceriaan bagi firadila. Semoga anda juga begitu.Rahsia keceriaan adalah awet muda semulajadi. Hahaha....Baiklah, hari ini firadila ingin memberitahu anda kejayaan matlamat tahun 2008 yang telah firadila capai..

Bagi anda mungkin ia tidak terlalu bagus tapi bagi firadila kejayaan ini adalah secara kebetulan yang terlintas di fikiran firadila dan firadila terus lakukan untuk melihat hasilnya..Boleh dikatakan kategori kejayaan kecil jugak lah..Lihat betul-betul dan sematkan di fikiran anda..

Kejayaan Pertama : Mendidik diri menjadi usahawan. Firadila dilahirkan tidak sebagai usahawan sebenarnya. Entah kenapa pada tahun 2008 firadila ingin memecah tradisi keluarga keluar dari makan gaji. Jadi, firadila ingin mencabar diri sendiri untuk menjadi usahawan. Alhadulillah berjaya juga.

Kejayaan Kedua : Mendapat Upah Menjahit Pakaian. Firadila ni sebenarnya belajar menjahit takde tok guru. Cuma tok guru firadila ialah baju kurung sebagai sample, peralatan menjahit dan mulut untuk bertanya kepada sesiapa sahaja. Itu sahaja modal firadila. Tahun 2008 firadila dengan beraninya berjaya mendapat tender untuk menjahit baju kurung sempena hari raya aidilfitri. Bagaimana firadila lakukan ialah tindakan dan berani melakukan diluar jangkaan. Mula-mula tu menangis jugak tapi hasilnya mendapat pujian dari tukang jahit professional. Belajar secara cekap itu perlu.

Kejayaan Ketiga : Mesin jahit lurus dan jahit tepi industri. Setelah mengambil tander menjahit firadila telah membeli mesin jahit lurus dan jahit tepi industri dengan tunai. Itu yang amat firadila banggakan. Prinsip firadila mesti bebas hutang.

Kejayaan Keempat : Bisnes cendawan tiram kelabu. Wah..tindakan ini betul-betul menguji firadila. Firadila tidak pernah pergi kursus cendawan tetapi dengan beraninya mengusahakan cendawan secara kecil-kecilan. Firadila belajar sendiri teknik penjagaan, membungkus dan menjual. Firadila ingat lagi, pelanggan pertama firadila ialah berbangsa cina. Bagaimana firadila lakukan hanyalah senyum selalu kepada pelanggan.

Kejayaan Kelima : Sebagai Agen Insurans. Firadila ingin memahirkan lagi kemahiran komunikasi. Jadi, firadila masuk sebagai agen Insurans MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD. Kali pertama nak close prospek memang sukar tapi dengan keyakinan yang ada dan niat untuk membantu akan perancangan kewangan prospek, firadila berjaya akhirnya. Alhamdulillah..firadila faham akan perancangan kewangan yang baik setelah menjadi agen insurans. Simpanan dan perlindungan untuk diri anda...

Kejayaan Keenam : Menghadiri kursus jahitan manik. Firadila cuma bayangkan selalu yang firadila akan menghadiri kursus jahitan manik ni. Tak sangka pula, satu hari tu pelanggan firadila datang untuk menempah baju kurung cakap mahu tak firadila mengikuti kursus jahitan manik. Kekosongan hanya satu sahaja. Wah...bangganya..firadila pun daftar dan ambil kursus tu. Ingat lagi guru yang mengajar tu ialah Amoi. Inilah kali pertama firadila berguru..Terima kasih cikgu.. :)

Kejayaan Keenam : Mendapat tempahan langsir yang pertama. Dengan Skill menjahit yang tak mencukupi, pelanggan firadila mahu menempah langsir untuk hari raya aidilfitri untuk rumah baru dia. Pada masa tu cuma tinggal seminggu lagi nak raya. Alhamdulillah, dengan keyakinan yang ada, dan tengok sample jahit langsir di Nagoya Tampin..siap juga langsir tu sehari sebelum hari raya..Alhamdulillah...seronok juga bila pelanggan firadila gembira dengan langsir baru dia..

Kejayaan Ketujuh : Mempunyai blog sendiri. Setelah penyelidikan dibuat di Internet setiap hari..Alhamdulillah..inilah hasilnya...Blog motivasi Melihat Kehadapan..Blog ini memberi semangat kepada firadila dan anda untuk berjaya. Selagi berusaha, selagi itu ada kejayaan...


Itulah kejayaan yang telah firadila capai di tahun 2008. Semoga ditahun 2009, firadila dapat mencapai matlamat yang dila tulis. Sebenarnya, kejayaan itu telah ada cuma anda tidak sedari..walaupun, kejayaan kecil...berbanggalah dengan kejayaan anda itu..

Senyum dan ceria selalu...
firadila