RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

Sunday, June 26, 2011

Aktiviti cuti sekolah...

Assalammualaikum dan salam ceria,

Bila cuti sekolah datang, anak-anak kitalah yang gembira sangat-sangat. Iyelah...tak perlu mengadap buku, tak payah bangun pagi, tak perlu mendengar guru membebel dan sebagainya. Tahukah anda, kegembiraan anak-anak kita itu hanya pada hari pertama cuti sahaja..bila dah masuk hari kedua pasti kebosanan telah menerjah di otak fikiran. Boringnya....tak ada aktiviti cuti sekolah ni...tak kan asyik nak tidur je..boring nye...Itu lah sahaja yang ada difikiran mereka...tak ada aktiviti yang dirancang bila cuti sekolah...mak ayah pulak sibuk bekerja..

Anda sebagai ibu bapa mestilah merancang aktiviti anak anda sepanjang cuti sekolah bermula. Ada yang hantar ke kem motivasi, ada yang hantar ke kampung dan sebagainya. Bagi yang tiada kampung pula bagaimana...pasti bosan kan. Disini firadila kongsikan pelbagai aktiviti yang anak anda boleh lakukan sepanjang cuti sekolah...

Pertama : Izinkan anak anda bekerja dengan tokey catering.Jadi pelayan kat rumah kenduri kahwin atau bahasa kampungnya jadi kendarat. Selain dilakukan pada waktu cuti sekolah, kebaikannya ialah anak anda boleh belajar bergaul antara satu sama lain, belajar bekerja sama, belajar menerima dan melaksanakan arahan dan dapat memupuk diri untuk minat berniaga. Anak anda dapat menghargai susahnya nak cari duit dengan bekerja.

Kedua : Join kumpulan kompang. Bermain kompang dimajlis perkahwinan juga dapat menjana pendapatan sampingan pada anak anda. Selain menghiburkan, dapat memupuk anak anda menjadi lebih berdisiplin.

Ketiga : Menghadiri kursus jangka pendek. Sekarang ni kerajaan menggalakan rakyat belajar secara sepanjang hayat. Anda boleh menghantar anak anda belajar secara kursus pendek di kolej komuniti, di giat mara atau sebagainya untuk menambahkan kemahiran baru.

Setakat ini sahaja yang dapat firadila kongsikan. Semoga cuti anak anda lebih bermanfaat selepas ini.

"Anda Amalkan, Anda Dapat"

Senyum selalu

Monday, June 20, 2011

Persiapkanlah diri dengan ilmu kemahiran...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Anda semua sihat dan ceria hari ini..harap-harap begitulah selalu hendaknya. Hari ini firadila ingin berkongsi mengenai persediaan diri dengan ilmu kemahiran. Ha...kemahiran? Bukan ke kemahiran tu ilmu untuk budak-budak yang tak pandai..betul kan? Begitulah jawapan bila firadila utarakan soalan ini kepada beberapa orang kawan-kawan firadila.

Ramai yang berfikiran begitu. Kemahiran untuk orang tak pandai sahaja. Sebenarnya, dizaman yang begitu mencabar ini, skill kemahiran amat diperlukan dan amat penting sekali. Tak kiralah anda bekerja sebagai apa dan tak kiralah status anda sebagai apa. Persediaan ilmu kemahiran ini amat diperlukan sangat-sangat.

Disini firadila perjelaskan dengan lebih terperinci mengenai ilmu kemahiran ni. Pelajarilah dengan pelbagai ilmu kemahiran di dalam diri anda. Sebagai contoh, ilmu kemahiran menjahit, kemahiran mengubah hantaran, kemahiran memasak, kemahiran mengurut, kemahiran repair kenderaan dan sebagainya.

Perasan atau tidak, setiap kemahiran yang kita pelajari sebenarnya berkaitan dengan situasi setiap hari kita. Cuma dengan adanya ilmu kemahiran ini kita akan kelihatan sedikit professional dalam menjalankan sesuatu.

Ada juga yang memberi alasan kepada firadila buat apa nak belajar kemahiran ini..bukan boleh bawa ke mana pun. Sebenarnya, dengan kemahiran yang ada walaupun tidak selalu diperaktikkan sekurang-kurangnya persediaan ilmu kemahiran itu boleh dilakukan di waktu-waktu kecemasan. Sebagai contoh, anak anda mengalami kaki terseliuh ketika bersukan. Dengan adanya sedikit ilmu kemahiran mengurut sakit anak boleh dikurangkan dengan cepat.

Firadila amat suka sekiranya suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu kemahiran di dalam dirinya. Persediaan itu lebih penting. Dengan ilmu kemahiran ini, boleh menghasilkan pendapatan sampingan jika betul dengan cara dan keinginannya.

Anda juga boleh mendapatkan kemahiran ini secara kursus pendek iaitu belajar di hujung minggu. Boleh belajar di kolej komuniti, giat mara atau sebagainya.

Jadi, bukalah minda dan fikiran anda untuk mempelajari ilmu kemahiran ini. Jangan fikirkan faktor umur yang boleh menghalang anda daripada mendapatkan kemahiran. Belajarlah dan terus belajar dan terus belajar..

Atau belajar lah sehingga ke negara China..tak begitu..

Senyum selalu..

p/s : bagi firadila, selagi masih hayat dikandung badan...firadila akan sentiasa belajar ilmu baru setiap hari walaupun dengan kanak-kanak...kenapa pulak macam tu? sebabnya, kanak-kanak sentiasa berkata jujur walaupun pahit...jadi belajarlah berkata jujur...hehehe....tak gitu..Macam mana ye nak belajar sentiasa senyum selalu..ada kemahiran tak...

Tuesday, July 13, 2010

Persiapan anak sebelum masuk ke universiti...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Dikesempatan ini firadila ingin mengucapkan tahniah kepada anak anda yang telah berjaya masuk ke universiti..kepada mereka yang gagal ke universiti jangan bersedih pulak sebab mesti ada peluang lagi untuk anda...yang penting berusaha...ok...

Kepada ibu bapa pulak mesti anda semua tengah sibuk nak hantar anak ke universiti...pelbagai persiapan perlu di buat. Disini firadila ingin bagi tips penting persediaan ibu bapa sebelum hantar anak ke universiti. Tanpa disedari, kita sendiri terlepas pandang akan persediaan berikut kerana kita terlalu tumpukan kepada perkara yang remeh temeh.

Berikut adalah persediaan yang terpenting ini : -

Pertama : Laptop dan printer - ramai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan laptop ini di universiti. Di zaman teknologi ini, laptop amat penting sekali sekiranya nak buat tugasan atau sebagainya. Tanpa laptop pasti sukar untuk anak-anak anda nak belajar. Peralatan ini adalah keperluan yang amat penting sekali di universiti manakala printer adalah untuk memudahkan print tugasan yang diberi. Oleh itu, kenapa duit PTPTN pelajar di universiti cepat habis pada tahun pertama kerana membeli peralatan ini.

Kedua : motosikal - Kenderaan seperti motosikal amat penting sekali untuk memudahkan anak anda pergi ke kuliah. Ramai ibu bapa memandang remeh akan hal ini walhal suasana di universiti memerlukan masa yang pantas untuk bergerak. Tanpanya, pasti anak anda berasa tertekan.

Ketiga : broadband - Jalur lebar tanpa wayar ini adalah satu keperluan di universiti kerana anak anda perlu mendapatkan maklumat atau data-data dengan segera. Anda boleh memberi alasan yang cyber cafe memudahkan anak anda nak buat tugasan tetapi di situasi sebenar sekiranya anak anda memiliki broadband ini pasti tekanan perasaan untuk belajar itu tiada. Tambahan pula, di zaman teknologi ini maklumat adalah dihujung jari.

Kelima : kamera atau handphone berkamera - kamera amat penting sekali untuk mengambil gambar tugasan dan sebagainya. Bagi anda memang kelihatan membazir tetapi bagi mereka tanpa peralatan ini tugasan yang dilakukan pasti tergendala. Nak harapkan kawan-kawan untuk pinjam, pasti sukar. Silap-silap boleh jadi gaduh pulak...dah tambah satu masalah bagi anda pulak...

Keenam : bantuan kewangan tambahan - Di universiti, kos pengajian semakin lama semakin bertambah mengikut jurusan yang diambil. Oleh itu, bantuan dari anda amat diperlukan setiap bulan. Janganlah anda hanya tahu untuk memarahi anak anda kerana selalu nak minta duit sahaja. Disituasi sebenar, kos ini amat diperlukan sangat-sangat...

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa sila sediakan peralatan berikut sebelum anak anda nak masuk univerisiti. Tanpanya, jangan lah anda nak memaksa anak anda untuk sambung belajar kerana anda sendiri pun tidak bersedia. Maaflah, sekiranya kata-kata firadila ini terguris sedikit kepada sesetengah ibu bapa yang tidak berkemampuan tetapi apa yang pasti firadila ingin memberitahu akan situasi sebenar di universiti sekiranya persediaan ini tidak ada.

Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar universiti yang sanggup bunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan ketika belajar tapi tahukah anda jari akan menunding kepada anda semula kerana tidak membuat persiapan ini. Sekiranya anak anda masih kecil, pastikan anda membuat persiapan dari segi tabungan pendidikan untuk masa depan anak anda...cabaran pasti ada dihadapan tetapi setiap halangan itu pasti dapat ditempuhi sekiranya kita membuat persiapan dari awal lagi..errrmmm...yang penting janganlah lupa senyum selalu pulak...

Senyum dan ceria selalu..

Monday, June 21, 2010

Asalkan Mahu Belajar...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semalam, tambah sudah kemahiran baru dalam diri dila..dan firadila amat bersyukur sekali kepada Allah kerana mengizinkan firadila untuk belajar kembali..

Apa yang firadila amat bangga sekali ialah ramai juga warga tua dan muda begitu semangat untuk belajar...tanpa putus asa..Disini firadila perhatikan sekiranya keinginan itu ada, berapa pun umur kita, Asalkan mahu belajar..rezeki itu tetap ada..dan jangan lupa senyum selalu...

firadila

p/s : Apa yang firadila belajar..psss...nanti firadila bagitahu je..

Tuesday, July 22, 2008

Belajar Sendiri (Untuk Pelajar)

Assalammualaikum dan salam ceria...

Anda tidak pandai tapi mahu belajar. Anda tidak bijak dalam pelajaran tetapi mahu menjadi pelajar cemerlang. Semua orang inginkan kejayaan dan menjadi seorang yang cemerlang. Pelajar menjadi tertekan sekiranya tidak cemerlang dalam peperiksaan dan ibu bapa pasti memberi tekanan kepada anak mereka untuk berjaya.

Kini, kejayaan itu mestilah mempunyai guru yang tersendiri. Wang dihabiskan untuk mengupah guru tuisyen yang professional supaya pelajar itu tekun untuk mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semua itu kepada mereka yang mempunyai wang tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mampu?

Disini ada caranya. Tahukah anda bahawa kuasa Belajar Sendiri mempunyai kelebihannya. Anda belajar dengan cara yang tersendiri. Jadikan buku rujukan sebagai guru anda. Jadikan pemikiran sebagai mentor, jadikan kerajinan untuk belajar sebagai semangat dan jadikan kertas sebagai pengalaman penulisan anda.

Tahukan anda bahawa mereka yang bijak bukannya pandai, mereka yang tidak pandai tidak beerti tidak cemerlang tetapi mereka yang rajin berusaha pasti akan membuahkan kejayaan.

Rajin disini bermaksud rajin bertanya kepada guru, rajin mengulangkaji pelajaran, rajin berfikir untuk menyelesaikan masalah, rajin berdoa dan rajin berusaha. Semua ini tidak memerlukan wang. Betul lah kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan'. Sekiranya anda melakukan semua perkara di atas, hasilnya pasti ada tanpa anda sedari. Keyakinan diri pasti akan bertambah dan anda akan bersemangat untuk melakukan sesuatu walau dimana jua anda belajar. Tak kira dikampung atau dibandar. Di dalam atau diluar negara. Amalkan Belajar Sendiri sebagai persediaan anda untuk berdikari.

Akhir kata, 'BIAR TIDAK PANDAI TAPI RAJIN BERUSAHA SECARA BERTERUSAN'...Insyaallah...kejayaan itu pasti ada.

Senyum dan ceria selalu...
firadila