RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Tuesday, July 22, 2008

Belajar Sendiri (Untuk Pelajar)

Assalammualaikum dan salam ceria...

Anda tidak pandai tapi mahu belajar. Anda tidak bijak dalam pelajaran tetapi mahu menjadi pelajar cemerlang. Semua orang inginkan kejayaan dan menjadi seorang yang cemerlang. Pelajar menjadi tertekan sekiranya tidak cemerlang dalam peperiksaan dan ibu bapa pasti memberi tekanan kepada anak mereka untuk berjaya.

Kini, kejayaan itu mestilah mempunyai guru yang tersendiri. Wang dihabiskan untuk mengupah guru tuisyen yang professional supaya pelajar itu tekun untuk mencapai kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Semua itu kepada mereka yang mempunyai wang tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mampu?

Disini ada caranya. Tahukah anda bahawa kuasa Belajar Sendiri mempunyai kelebihannya. Anda belajar dengan cara yang tersendiri. Jadikan buku rujukan sebagai guru anda. Jadikan pemikiran sebagai mentor, jadikan kerajinan untuk belajar sebagai semangat dan jadikan kertas sebagai pengalaman penulisan anda.

Tahukan anda bahawa mereka yang bijak bukannya pandai, mereka yang tidak pandai tidak beerti tidak cemerlang tetapi mereka yang rajin berusaha pasti akan membuahkan kejayaan.

Rajin disini bermaksud rajin bertanya kepada guru, rajin mengulangkaji pelajaran, rajin berfikir untuk menyelesaikan masalah, rajin berdoa dan rajin berusaha. Semua ini tidak memerlukan wang. Betul lah kata pepatah 'Usaha Tangga Kejayaan'. Sekiranya anda melakukan semua perkara di atas, hasilnya pasti ada tanpa anda sedari. Keyakinan diri pasti akan bertambah dan anda akan bersemangat untuk melakukan sesuatu walau dimana jua anda belajar. Tak kira dikampung atau dibandar. Di dalam atau diluar negara. Amalkan Belajar Sendiri sebagai persediaan anda untuk berdikari.

Akhir kata, 'BIAR TIDAK PANDAI TAPI RAJIN BERUSAHA SECARA BERTERUSAN'...Insyaallah...kejayaan itu pasti ada.

Senyum dan ceria selalu...
firadila

No comments: