RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Friday, June 24, 2011

Pengalaman Kemalangan...

Assalammualaikum dan salam ceria,

Adakah anda semua masih ceria seperti pagi tadi. Harap-harap begitulah hendaknya. Hari ini firadila ingin berkongsi pengalaman apabila menghadapi kemalangan jalan raya. Bulan Mei lalu firadila mengalami kemalangan jalan raya apabila motor merempuh bonet hadapan kereta firadila. Teruk juga. Bonet terkopak dan banyak kerosakan yang berlaku. Diri firadila terhendak di stereng. Sakit waktu tu jangan cerita lah.Sekarang pun masih trauma nak bawa kereta ni tapi nak buat macam mana kena lawan jugak nanti tak boleh bergerak kemana-mana kalau diikutkan hati.

Disini firadila ingin berkongsi pengalaman apa yang perlu dibuat ketika menghadapi situasi sebegini.

Pertama : Apabila kita menghadapi kemalangan jalan raya elakkan dari menangis. Tak kiralah menangis disebabkan kesakitan, terkejut atau sebagainya. Kenapa firadila kata begitu. Sekiranya kita menangis, semangat untuk berfikir dengan normal akan down. Berfikir secara normal amat diperlukan ketika menghadapi situasi begini kerana tindakan selanjutnya adalah bergantung kepada diri sendiri.

Kedua : Kuatkan semangat. Situasi yang firadila hadapi, firadila hampir-hampir juga tiada semangat untuk bangun dan keluar dari kereta untuk meminta pertolongan pada waktu tu sebab dada terasa sakit kerana terhentak di stereng kereta. Tetapi firadila kuatkan semangat untuk keluar kerana target firadila adalah meminta pertolongan pada waktu tu.

Ketiga : Kalau orang yang langgar tu ingin berunding dengan kita, pastikan kita meminta sedikit bayaran daripadanya. Kos untuk baiki kereta dan kos rawatan selepas kemalangan amatlah tinggi. Walaupun orang tu asyik menyalahkan kita walaupun dia yang salah...paksa jugak dia tanggung kos rawatan kita. Bayar secara on the spot kat situ juga. Jangan percaya janji manis pesalah yang mengatakan bawa kereta ke bengkel nanti dia tolong bayarkan.

Keempat : Bawa kereta kita yang kemalangan tu ke balai polis terlebih dahulu untuk buat laporan polis. Tak kiralah sama ada kita bawa sendiri atau guna trak tunda.Ini bertujuan supaya memudahkan kita untuk claim insurans. Apa-apa yang berlaku cepat-cepatlah buat report polis dulu. Jangan lupa ambik gambar kereta kita dan no pendaftaran kenderaan pesalah.

Kelima : Bawa kereta kita ke pusat servis. Kalau boleh pusat servis jenis kenderaan itu sendiri. Macam firadila terus bawa ke pusat servis perodua. Selain alat ganti yang tulen, kepercayaan untuk servis yang terbaik itu adalah tinggi.

Keenam : Jangan lupa terus pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Buat x-ray atau sebagainya untuk mengetahui ada kecederaan dalaman atau tidak.

Ketujuh : Bila doktor dah sahkan tak ada kecederaan dalaman atau setelah pulih dari kecederaan, jangan lupa pergi berurut. Urutan badan dapat melancarkan perjalanan darah dan dapat pulihkan semangat.

Ini adalah sedikit pengalaman yang dapat firadila kongsikan. Kemalangan ini mungkin bagi anda kelihatan kecil tetapi mengambil masa yang lama juga untuk firadila pulih dari kecederaan. Sekarang ni pun sakit tulang belakang ini masih ada lagi.

Macam mana pun, firadila tetap senyum selalu..wah...

No comments: