Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,
Dah lama firadila tidak memberikan kata-kata motivasi di sini...dengan kesibukan belajar, bekerja dan menjalankan perniagaan...semuanya perlulah mengikut jadual yang betul...yang penting matlamat yang perlu dicapai.
Baiklah, dikesempatan yang ada ini...sudi kiranya firadila coretkan kisah motivasi...Sebenarnya, pernah tak anda semua rasa kadang-kadang apa yang kita dapat semuanya tak cukup..terutamanya masalah kewangan.
Mana yang telah lama bekerja, asyik meminta bos kita naik kan gaji kita. Dengan alasan, gaji yang diterima tidak mencukupi..Mana yang bergaji tinggi, asyik memikirkan semuanya tidak mecukupi..segalanya tidak cukup...tidak cukup..tidak cukup...kerana harga barang dah naik dan macam-macam lagi yang naik...jadi setiap hari kita pasti akan mengeluh dan mengeluh dan mengeluh...
Semuanya ini pernah terjadi pada diri firadila sendiri sehinggalah firadila mengalami beberapa peristiwa yang menyebabkan firadila terfikir dan rasa amat bersyukur sekali dengan apa yang firadila ada sekarang.
Peristiwa Pertama : Di stesen minyak Mobil
Pada pukul lebih kurang 5.30 petang, tergerak pula firadila nak isi minyak kat stesen Mobil. Biasanya firadila isi minyak pada waktu pagi tapi pada hari tu rasa macam nak isi minyak petang pulak. Setelah membayar kat kaunter, petugas sebagai pembantu pam minyak ni pun menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi..wah...tiba-tiba,
"Akak, hari ni saya last kerja" kata adik ni..adik ni lelaki berketurunan india
"Kenapa pula" tanya saya dengan penuh tanda tanya..
"Mana cukup kak..gaji sebulan saya cuma RM500 sahaja. Mana cukup. Makan lagi, nak sara keluarga lagi...saya nak ambil lesen lori lah..lepas ni saya nak bawak lori kontena..gaji pun boleh tahan juga.." terang adik ni dengan panjang lebar.Penuh bersungguh-sungguh...
"Bagus juga. Yang penting usaha"Kata saya untuk memberi motivasi sikit kat adik ni tapi dalam hati betapa bersyukurnya aku yang mempunyai pekerjaan yang gaji lebih dari adik ni...
Sampai dirumah, firadila masih terfikir akan peristiwa kat stesen mobil ni...Ya Allah, terima kasih Allah di atas peringatan ini..
Peristiwa kedua : Berborak dengan Pengutip Sampah
Pakcik ni firadila baru kenal. Dia bekerja sebagai pengutip sampah di sebuah syarikat swasta. Yang menjadi tanda tanya pada firadila kenapa pakcik ni selalu je tersenyum..pelik jugakan...tergerak pula hati ni nak tanya kenapa pakcik ni happy je...
"Pakcik, nak tanya boleh tak? Pakcik keje sebagai apa ye." tanya aku penuh minat
"Sebenarnya pakcik keje kutip sampah je..Gaji sebulan RM 600. Cuba adik fikir, agaknya cukup tak dengan gaji ni. Nak sara keluarga, anak yang kecil dan bersekolah lagi" terang pakcik ni dengan penuh bersemangat.
"Habis tu pakcik, kalau tak cukup pakcik buat apa" tanya ku lagi
"sebenarnya, kalau kita pergi kerja niat tu yang penting...minta dicukupkan rezeki kita pada hari tu..kedua, sambil kutip sampah, pakcik akan asingkan sampah yang berguna untuk dijual. Dalam masa yang sama rezeki pakcik pada hari tu adalah sikit. kadang-kadang dapat RM 20, kadang-kadang lebih. Semuanya bergantung atas usaha dan kerajinan je...Jadi, makan pada hari tu adalah. Nak mewah tu takdelah dik." terang pakcik ni..
"Habis tu, kenapa pakcik boleh senyum je" tanya ku lagi dengan nada pelik
"Apa yang pakcik nak fikirkan dik...pakcik keje kerana Allah je..pasti ada rezeki untuk pakcik pada hari tu..kena yakin jelah..."
Ringkas, terang dan padat apa yang pakcik ni nasihatkan. Sesungguhnya, diwaktu kita rasa diri kita tak cukup dan sebagainya...lahirkanlah rasa bersyukur dengan berkenalan dan melihat orang-orang yang begini..mereka sentiasa bersyukur dan gembira...
Insafnya firadila...terima kasih Allah...
No comments:
Post a Comment