RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Sunday, June 19, 2011

Mudahnya berdoa melalui Asma ul Husna



Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadila motivasi,

Firadila ada membaca sebuah buku yang bertajuk "Ingatlah Allah, Nescaya Tuhan akan mengingatimu". Menariknya isi kandungan buku ini ialah mengajar kita cara berdoa dengan mudah.

Disini, antara doa yang diajarkan ialah ;

Wahai Allah yang Maha Mengetahui, Wahai Allah yang Maha Lembut, Wahai Allah yang Maha Tinggi, Wahai Allah yang Maha Agung, (sebutkan apa sahaja hajat yang kita mahu. cth : berilah kami kebahagiaan di dunia, kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab seksaan api neraka)

Setelah firadila mengamalkannya, firadila dapat rasakan amat manisnya dan mendalamnya doa ini. Sebelum kita hajatkan sesuatu melalui doa, hendaklah berdoa dengan memuji Allah dahulu.

Boleh juga memuji nama Allah di dalam doa kita seperti terkandung di dalam Asma ul Husna.

Anda Amalkan, anda Dapat

Senyum dan Ceria Selalu

No comments: