Sunday, June 19, 2011
Kita akan menjadi seperti apa yang kita baca...
Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadila motivasi,
Tajuk kali ini amat menarik juga.Betul ke kita akan menjadi seperti apa yang kita baca? Keputusannya tak ada lah 100% tetapi mengikut kajian dan pemerhatian firadila, seseorang itu cenderung ke dalam sesuatu bidang yang diminati melalui pembacaan.
Maksudnya begini, sekiranya seseorang itu minat dalam bidang jahitan, mesti banyak membaca buku mengenai jahitan. Tak kiralah mengenai jahitan pakaian ke, langsir ke atau sebagainya. Mesti ada pelbagai koleksi di rumahnya.
Begitu juga seseorang yang minat dalam bidang urutan. Mesti terdapat koleksi pelbagai jenis urutan yang dia baca. Oleh itu, sekiranya kita tidak ada kesempatan ingin menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi tetapi cenderung ingin menjadi seperti pakar, banyakkanlah kita membaca apa yang kita minat. Makin banyak buku yang kita baca melalui penulis yang pakar,kita pun boleh menjadi seperti pakar.
Nak jadi pakar memasak, banyakkan membaca buku dari chef-chef seluruh dunia.
nak jadi pakar dalam bidang motivasi, banyakkan membaca buku dari pakar-pakar motivasi.
Oleh itu, nak kenal pasti siapa mereka, datanglah ke rumahnya dan lihatlah buku apa yang dia banyak membaca.
Tetapi pastikan setiap buku yang dibaca mestilah diamalkan....buku yang positif sahaja lah
Senyum dan ceria selalu..
p/s : Firadila nak jadi pakar senyum...emmmm...agak-agaknya buku apa yang firadila banyak baca ye...hehehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment