RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Monday, February 23, 2009

Persediaan Pelajar Sekolah Di Masa Kini...

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Semalam firadila cukup terkejut kerana seorang pelajar meninggal dunia selepas dibelasah oleh 24 orang pelajar akibat berebut teman wanita...cukup menggerunkan...Pelajar sekarang ni firadila tak tahu lah apa akan terjadi bila dia jadi dewasa nanti..

Yang pasti firadila ingin memberi nasihat kepada ibu bapa iaitu persediaan sebelum menghantar anak kesekolah...

Persediaan pertama ialah lengkap kan anak dengan ilmu seni mempertahankan diri. Tak kiralah silat ke, teakwondo ke, silambam atau apa-apa sahaja. Sebab kalau anak anda tidak dilengkapkan dengan ilmu seni mempertahankan diri ini, pasti anak anda kena buli punya..

Persediaan kedua ialah kepada bakal-bakal cikgu. Bakal-bakal cikgu ni atau dah jadi cikgu pun mesti dilengkapi dengan ilmu seni mempertahankan diri sebab budak-budak sekarang ni memang senang nak membalas dendam..Jadi, ilmu tu penting..

Persediaan ketiga ialah sikap sabar. Kekurangan sikap bersabar ini akan menjadikan anak anda tidak tahan dibuli dan cepat melawan..Kalau tidak dilatih boleh jadi pembuli yang hebat disekolah..

Harap-harap lepas ni ibu bapa dapat keluarkan sikit perbelanjaan supaya dapat menghantar anak ke kelas seni mempertahankan diri..jangan asyik tumpu pada tuisyen sahaja..jadi fikir-fikirkanlah...

Senyum dan ceria selalu..
firadila

2 comments:

Pok Li said...

Saya makin tak faham.

firadila said...

Assalammualaikum dan salam ceria Pok Li,

Maksud firadila mengenai persediaan ni ialah kalau boleh hantar lah anak tu belajar bersilat ke atau teakwondo ke di usia 1 tahun atau sebagainya sebelum alam persekolahan bermula.Sebab di zaman sekarang ni gejala gengster dan pembuli tidak akan berhenti...jadi janganlah anak anda jadi mangsa..sekurang-kurangnya dengan adanya ilmu seni pertahankan diri ni dapat mengelak dari kaki buli...

Sekarang ni ibu bapa asyik tumpu pada perlajaran anak sahaja tapi tak tumpu pada benda yang remeh temeh ni..

senyum dan ceria selalu..

P/s : Terima kasih kerana kesudian Pok Li melawat blog ni..Sesungguhnya firadila amat hargainya..:)