Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,
Adakah anda semua sentiasa senyum selalu...harap-harap begitulah :)..Baiklah hari ini firadila ingin menyentuh sedikit mengenai rezeki..Wah..Sebenarnya tiba-tiba je terlintas kat fikiran ni mengenai rezeki semasa firadila memasak tadi..
Adakah anda semua percaya akan rezeki anda sendiri? Persoalan ini selalu timbul kepada mereka yang tidak berpuas hati kepada qada dan qadar. Ramai yang cakap.."ala...dah rezeki kau jadi kaya tanpa perlu susah payah...lainlah aku ni..hidup susah.."..Mesti anda pernah mendengar kata-kata beginikan..Sebenarnya apa yang berlaku kepada kita ini telah ditentukan rezeki kita sendiri oleh Allah..yang membezakannya bagaimana kita nak menggandakan rezeki kita ni..
Baiklah..maksudnya begini..dalam satu kumpulan seramai 3 orang iaitu Mila , Dila dan Siti telah diberi RM 100 seorang. Mereka diberi tempoh selama 1 minggu untuk menggunakan duit itu sesuka hati. Mila memilih untuk membeli barang yang disukainya. Siti pula memilih untuk menyimpan sahaja dan Dila memilih untuk dijadikan modal menjual alat tulis..Selepas satu minggu mereka berkumpul semula. Pada pendapat anda siapa rezeki mereka jadi berganda. Tentu Dila kan..begitulah maksudnya. Walaupun mereka telah diberi rezeki yang minima iaitu RM 100 tetapi terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk menggandakan rezeki itu.
Oleh itu, janganlah putus harapan akan rezeki anda sendiri. Sememangnya hanya manusia yang diberi kebijaksanaan untuk menggandakan rezeki itu. Apa-apa pun jangan lupa memohon kepada Allah untuk dipermudahkan rezeki kerana setiap rezeki itu adalah melalui keizinanNya..
Senyum dan ceria selalu..
firadila
p/s : Rezeki di atas adalah sebagai contoh sahaja. Banyak lagi rezeki yang Allah berikan tanpa kita sangka-sangka. Contohnya rezeki dikurniakan kesihatan yang baik, zuriat yang baik, cukup sifat, dapat melihat, berjalan dan sebagainya..oleh itu, jangan lupa bersyukur selalu..
2 comments:
Saya setuju bahawa manusia selalu melihat wang sebagai 'rezeki'. Sedangkan kesihatan, jiran yang baik, anak-anak yang cemerlang, keluarga yang bahagia, rakan taulan yang membantu adalah kurniaan Allah yang lebih baik.
Assalammualaikum dan salam ceria pokli,
Sememangnya kita memang tak sedar bahawa rezeki itu memang ada disekeliling kita. Yang paling susah nak jumpa rezeki dimasa kini ialah nikmat rezeki kasih sayang..
Senyum dan ceria selalu..
Post a Comment