RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, January 28, 2009

Kisah Benar Kelebihan Bismillah...


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,

Hari ini firadila ingin memberi satu kisah benar yang berlaku kepada salah seorang dari ahli keluarga firadila iaitu kakak firadila..

Baiklah, Sabtu yang lalu kakak firadila ada menceritakan pada firadila yang Rabu hari tu dia ada sakit kepala sangat-sangat..tak tertahan dan tak tertanggung sangat..dia ni ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 6 tahun...Akibat tak tahan dengan sakit kepala dia ada menyuruh anaknya memicit kepala dia...



"Safuan, boleh tolong mak tak picit kepala mak ni. Kepala mak ni sakit sangatlah" Mengadu maknya kepada Safuan..
"Adik nak buat macam mana mak" tanya Safuan dalam nada risau..
"Adik buat lah macam mana pun asalkan adik picit kepala mak ni. Sebelum tu adik bacalah bismillah ye..lepas tu doa dalam hati doakan mak cepat sembuh. Mak memang betul-betul tak tahan sangat ni." , Pesan maknya kepada Safuan
"Iyelah..Bismillahhirrahmannirrahim"..Safuan membaca Bismillah dengan kuat sekali dan menggunakan jari telunjuk yang kecil tu menekan ke dahi maknya dengan satu tekanan sahaja..

Dengan kuasa Allah, sakit kepala itu pun hilang dengan serta-merta. Mak dia pun terkejut..Iyelah dari pagi tadi menahan kesakitan..dengan bacaan bismillah dan menekan jari telunjuk secara automatik sakit tu terus hilang..Allah maha kuasa..Terkejut dia..

Selepas apa yang diceritakan oleh kakak firadila ni, firadila mula sedar yang selama ini kita selalu mengabaikan bacaan Bismillah ni. Baru firadila faham akan kelebihan Bismillah ini kerana sekiranya kita bertawakal dan yakin akan bantuan Allah keajaiban boleh berlaku..Semoga anda mengambil cerita ini sebagai satu pengajaran..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

p/s : Memang pada mulanya sukar nak percaya tetapi tetap kena percaya sebab dah terjadi kat dia. Anak buah firadila pun kata macam tu. Dia ikhlas nak tolong ubatkan mak dia. Keikhlasan dan tawakal adalah kunci utama.

Tuesday, January 27, 2009

Kenapa mesti berputus asa?

Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi..

Anda mungkin tidak bersemangat hari ini kan..iyelah..cuti panjang sempena Tahun Baru Cina..dan hari ini dah mula bekerja..mesti mood malas telah menjelma. Bagaimana pun walaupun tidak bersemangat pastikan anda menjalankan tanggungjawab anda pada hari ini..

Baiklah post kali ni menyentuh mengenai sikap putus asa. Anda mesti telah mengalami sikap sebegini. Tinggi macam mana pun anda bermotivasi sikap ini mesti tidak lari dari kehidupan anda. Persoalannya kenapa anda mesti berputus asa?..Sebenarnya sikap berputus asa ini adalah khayalan yang anda sendiri ciptakan..

Cuba anda bayangkan. Anda telah menyimpan impian dan matlamat anda untuk menjadi jutawan. Anda berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk mencapai matlamat anda itu. Sampai satu tahap setiap usaha yang anda lakukan itu tidak membuahkan hasil seperti yang anda idamkan. Kemudian anda berputus asa dan tidak mahu mencuba lagi. Kenapa anda memilih untuk berputus asa? Tidak mahukah anda melihat impian anda itu terlaksana di alam nyata? Pendapat firadila pula jangan biarkan sikap berputus asa ini bermain di fikiran anda..kalau boleh ayat berputus asa ini jangan di sebut setiap hari kerana ia boleh melemahkan semangat anda untuk berjaya..

Oleh itu, katakan tidak pada berputus asa dan katakan ya "Aku yakin boleh"..

Senyum dan ceria selalu..
firadila

Thursday, January 22, 2009

Kepentingan Insuran dalam Kegawatan Ekonomi


Assalammualaikum dan salam ceria pembaca firadilamotivasi..

Firadila ingin berkongsi cerita ini mengenai seorang prospek firadila. Sebenarnya firadila ni agen insurans..Kebetulan pagi tu firadila ada memprospek budak lelaki bujang untuk mengambil insurans ni. Bayangkan dari pukul 9.00 pagi sampai pukul 1.00 tengahari tapi masih tak berjaya juga. Takpelah. petang tu firadila jumpa dia lagi sebab firadila fikir akan masa depan dia tapi dia tetap berkeras hati tak mahu mengambil insurans ni...macam-macam lah dier kata...oh..

Petang tu firadila mendapat panggilan dari kawan satu opis yang mengatakan budak lelaki ni kemalangan masa balik kerja..teruk juga..kaki kena masuk besi..kena operation..last-last dia menyesal. Ialah kena MC 3 bulan itu pun belum tentu lagi..So, firadila cuma dapat bagi nasihat kat dier je lah..."Kan bagus kalau duduk hospital orang lain tolong bayarkan bil perubatan tapi ko tak mahu..pikirlah sendiri"...

Lepas 2 tahun firadila jumpa dia nak tanya kabar rupa-rupanya kaki dia masih tak elok lagi malah kena operation lagi sebab kaki masuk kuman dan bernanah..Dan yang menyedihkannya nenek dia terpaksa jual tanah untuk menampung kos pembedahan tu...sekian..

Sebenarnya insurans di masa kini amat penting. Kalau anda betul-betul berhati-hati akan kewangan yang keluar ambillah insurans. Kenapa begitu...sebab "Biar orang lain yang tolong bayarkan bil perubatan anda"...tak nak ke..pilihan ditangan anda..

Senyum dan ceria selalu...
firadila