RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, December 3, 2008

Tekanan Perasaan Part 2

Assalammualaikum dan salam ceria....

Hari ni firadila ingin meneruskan lagi petua-petua untuk mengatasi tekanan perasaan...

3. Wujudkan kasih sayang
Mereka yang mengalami tekanan perasaan ini kebanyakkan kurang kasih sayang. Mesti anda tidak perasan selama ini perasaan mengajuk ke...cepat terasa ke...semuanya berpunca kurang perhatian daripada yang tersayang dan kasih sayang. Jadi, sebelum anda ingin menerima kasih sayang daripada seseorang anda sendiri perlulah menjadi pemberi kasih sayang. Pemberi kasih sayang itu mestilah pelbagai bentuk. Contohnya, memberi kasih sayang dari segi harta benda, kasih sayang dari segi senyuman atau pun kasih sayang dari segi perhatian. Anda sebagai pemberi kasih sayang lama-kelamaan akan faham makna kasih sayang dan tekanan itu akan hilang..Betul tak?


4. Kewangan yang terhad dan hutang
Salah satu punca tekanan ialah faktor kewangan dan hutang. Bagi mengatasi itu,simpan dalam fikiran dan hati anda bahawa kalau tak mampu jangan berhutang. Pilihlah untuk hidup tenang tanpa tekanan. Ada yang beritahu firadila kalau tak berhutang tak dapat apa yang kita mahu. Itu memang betul tetapi ia boleh memakan jiwa...jadi fikir-fikirkanlah apa yang terbaik buat anda.


Oleh itu, jangan jadi seorang yang tertekan....pilih lah yang terbaik untuk kehiduupan anda....... :)



senyum dan ceria selalu..
firadila

No comments: