Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi....
Bagaimana keadaan anda sekarang...ialah sekarangkan cuti sekolah. Ada yang mengikut keluarga pergi bercuti dan tak juga menjadi orang yang penting di dalam kenduri kendara sekarang ni....
Ahad lalu firadila ada menyertai kumpulan kompang milik ayah firadila. Kami bermain di Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan..Bersemangat sungguh kami bermain. Sehingga tak melihat kiri kanan. Kami bermain begitu asyik sekali...Masing-masing bersemangat sungguh ingin menunjukan skill masing-masing...Baiklah sebenarnya kumpulang kompang kami ni baru sahaja ditubuhkan pada 26/11/2008....masa tu kami langsung tak ada skill bermain kompang. Setelah perbincangan dibuat, ayah firadila tekad untuk mencari tok guru yang sudi mengajar kami bermain kompang...Setiap kali tok guru kami akan membayar sedikit saguhati kerana kesudiannya mengajar kami...
Sehinggalah pada 21/12/2008 tak sampai sebulan kami berlatih, kami telah terima tempahan pertama dari luar kawasan Felda Pasoh 3...dengan keyakinan yang ada dan sikap percaya kepada diri sendiri, akhirnya berjaya juga kami buat yang terbaik untuk kumpulan kompang kami....
Kesimpulannya ialah jangan pandang serong dengan sikap seseorang yang tiada kemahiran kerana ahli kumpulan kompang firadila yang berjaya ini pun terdiri daripada mereka yang tiada kemahiran tetapi ada semangat. Kedua, apabila sesuatu keyakinan itu berlaku, timbul sikap bekerjasama diantara mereka..Firadila bangga sangat dengan kumpulan kompang firadila.....Semoga anda terus maju dan dikenali di Negeri Sembilan.......
Senyum dan ceria selalu...
firadila
p/s : Firadila tiada gambar kumpulan kompang kami..Lain kali firadila akan attachkan disini.
No comments:
Post a Comment