RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Friday, December 12, 2008

Ikut kata hati.....jangan ikut perasaan..

Assalammualaikum dan salam ceria....

Hari ini firadila ingin memberi motivasi santai kepada pembaca firadilamotivasi. Ramai yang pernah dengar perkataan ini 'Ikut kata hati...jangan ikut perasaan'...dan hari ini firadila ingin merungkai mengenai tajuk di atas...

Baiklah setiap apa yang kita lakukan adakah mengikut kata hati..Kata orang ikut kata hati nanti bawa ke mati. Sebenarnya dalam kontek motivasi diri mengikut apa sahaja kata hati akan memandu kita ke arah kejayaan yang kita ingini. Sebagai contoh anda ingin berniaga cendawan. Hati anda berkata anda ingin mengusahakan projek cendawan. Anda melakukan penyelidikan di internet, menghadiri kursus atau seminar mengenai penanaman cendawan dan anda telah melakukan langkah pertama. Kemudian anda lakukan secara kecil-kecilan dahulu dan kaji apa yang berlaku. Kemudian menjual hasil jualan anda. Sekiranya anda tidak mengikut kata hati anda untuk melakukan langkah pertama, mesti anda tidak tahu dan tidak mahu melakukan apa yang telah dirancang. Ini termasuklah anda akan berkata 'Nantilah..., Tengoklah dulu..' Perkataan ini sebenarnya anda telah wujudkannya sendiri...

Jangan ikut perasaan pula ialah sifat semula jadi yang ada pada manusia. Ianya tidak akan hilang selagi kita hidup. Contoh perasaan ialah takut, gabra, sedih, putus asa dan sebagainya. Semua itu hanya perasaan anda sahaja sekiranya anda wujudkan. Sebagai contoh firadila ingin bekerja setiap hari dalam keadaan gembira dan ketawa. Perasaan firadila telah firadila setkan untuk sentiasa ketawa dan senyum selalu dan firadila tidak mahu wujudkan pemikiraan negatif dalam setiap yang firadila lakukan walaupun ada yang mengata...hehehe.....kenapa firadila boleh jadi begitu...sebenarnya firadila dah setkan dalam perasaan firadila setiap perkataan negatif yang masuk ke telinga firadila ni firadila anggap macam sampah je....

Oleh itu, ikutlah kata hati anda dan buanglah perasaan negatif anda..Pilihan untuk berjaya ada di dalam tangan anda...

Senyum dan ceria selalu...
firadila

No comments: