Thursday, December 18, 2008
Gembiranya dapat gaji tapi........
Assalammualaikum dan salam ceria.......
Hari ini hari yang paling gembira bagi kakitangan kerajaan sebab mendapat gaji dan bonus. Muka pun nampak berseri-seri dan tersenyum panjang apabila berjalan....rasa kelakar pun ada bila melihat gelagat mereka ni. Ada yang merancang nak pergi berbulan madu , bercuti di dalam negara mahupun diluar negara, ada yang mahu membuat persiapan persekolahan untuk anak-anak dan ada juga yang mahu bershopping berhabis-habisan.......
Ramai yang rasa gembira apabila mendapat gaji. Iyalah segala apa yang diingini akan dipenuhi tetapi adakah kegembiraan ini berpanjangan. Pada pendapat firadila ramai yang tidak dapat mengekalkan kegembiraan ini sehingga hujung bulan. Masa tu, duit pun dah tak de mukapun mencuka je.....dan yang paling tak seronok bad mood memanjang..
Oleh itu, rancanglah duit gaji anda. Pastikan anda membeli mengikut senarai yang perlu sahaja dan kalau boleh "Biarlah ikut hati dan jangan ikut perasaan". Sematkan di dalam fikiran "Saya mahu hidup gembira"....hati lebih tenang..
Senyum dan ceria selalu...
firadila
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment