
Assalammualaikum dan salam ceria...
Tinggal 2 hari lagi tahun 2008 akan melabuhkan tirai dan tahun 2009 akan menjelma..bagaimana dengan pembaca firadilamotivasi... adakah anda juga tidak sabar tunggu tahun 2009? Ialah segala azam dan semangat anda mahu tunaikan..
Bagi firadila, tahun baru ni firadila ingin mencapai segala matlamat yang firadila tulis...Dairy 2009 pun firadila telah adakan..:)
Tahun 2008 banyak kenagan pahit dan manis kepada firadila. Bermula dengan tindakan nekad untuk berubah menjadi usahawan..tiada pengalaman dan buang perasaan malu untuk bertanya...ejekan dan kejian semua tu sudah lali di telinga firadila...Alhamdulillah..berjaya juga firadila tempuh dugaan itu..walaupun sebagai usahawan kecil-kecilan...
Tahun 2008 juga adalah tahun yang mampu buat firadila senyum selalu...Bagaimana dengan anda..pastikan tahun 2009 nanti anda juga mampu senyum selalu...
Sekian, Senyum dan ceria selalu...
firadila