RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Sunday, July 27, 2008

Ketawa

Semua orang mesti mahu ketawa tetapi tanpa anda sedari tidak semua mahu ketawa. Kenapa jadi begitu? Ketawa adalah sifat semulajadi yang dimiliki oleh manusia. Dengan adanya sifat ketawa ini, hidup akan menjadi ceria, persekitaran menjadi harmoni dan dapat mengikat kasih sayang.

Cuba anda ketawa seketika. Mesti perasaaan bosan dan tekanan akan hilang seketika. Bagaimana mahu ketawa. Pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk ketawa. Mencari cerita lucu di internet, berborak dengan kawan-kawan atau pun menonton raja lawak di astro. Semuanya pasti boleh menyebabkan anda ketawa. Hindarilah sikap yang suka serius melalui memek muka.Biarlah serius semasa melakukan kerja. Nanti akan menjadi cepat tua sebelum usianya.... :)...Ketawalah selalu...pasti ramai yang mahu berkawan dengan anda tanpa anda sedari kerana anda menggembirakan mereka.

Senyum dan ceria selalu....

firadila

No comments: