RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Monday, July 21, 2008

Senyum Selalu

Assalammualaikum dan salam ceria......

Ramai yang tidak menyedari bahawa tidak semua yang mempunyai kuasa senyum yang cukup power. Ketahuilah anda bahawa mereka yang mempunyai kuasa senyum adalah seorang yang professional. Cuba anda melihat di sekeliling anda. Tidak kiralah di tempat kerja ke, di sekolah atau di sekeliling anda, berapa ramai yang suka tersenyum...sedikit je...itu pun boleh dikira dengan jari.

Saya suka tersenyum.Dimana-mana saja saya mesti senyum.Ramai yang kata saya tidak normal tapi saya terima akan anugerah saya ini. Cuba anda latih diri anda untuk tersenyum.Caranya begini, anda tentu sakit hati bila anda dimarahi bos ditempat kerja.Muka anda mesti masam mencuka.Betul tak.... so, untuk lepaskan tekanan itu, anda mesti beritahu rakan sekerja dan mula lah sesi mengutuk bos.he..he.. itu normal lah.Tapi, tekanan anda masih juga tidak reda dan anda mulalah menyimpan dendam dan tidak menyukai bos anda. Anda mula malas bekerja dan mula ponteng kerja sebab masih sakit hati lagi dengan bos. Sebenarnya cara di atas adalah salah.Ianya berpunca dari diri sendiri.

Untuk mengatasi masalah itu, cuba anda tersenyum apabila bos memarahi anda. Anda tidak perlu berkata apa-apa apabila dimarahi.Cuma tersenyum dan melihat mata bos anda saja.Kemudian, selepas bos anda marah itu, anda ucapkan terima kasih kerana memarahi anda dan keluar dari bilik bos. Anda lakukan kerja seperti biasa, tegur kawan-kawan dan sapa bos anda apabila berjumpa. Ketahuilah bahawa kuasa psikologi untuk tersenyum memainkan peranan penting untuk mengawal kemarahan anda.Lama-kelamaan, mesti bos anda akan terfikir 2,3 kali sebelum memarahi anda dan hidup anda menjadi tenang dan ceria.

Senyum dan ceria selalu...

firadila

No comments: