Thursday, April 2, 2009
Sabar Dan Bersyukur...
Dah lama betul firadila tak update blog ni. Sampai nak berabuk pulak. Maaf ye. Sebenarnya firadila terlalu sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, bisnes dan belajar. Biasalah...nak bercuti pun terpaksa ambil cuti sebab hari sabtu dan ahad firadila terlalu sibuk..
Minggu lepas, firadila telah menghadiri kursus di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Behrang, Perak. Dalam kursus tu firadila telah menghadiri ceramah motivasi mengenai ilmu falak. Yang firadila ingat sampai sekarang ni apa yang ustaz itu beritahu ialah kita jangan takut akan rezeki kita setiap hari. Kalau kita bangun sebelum subuh dan solat subuh, rezeki kita akan ada selepas solat subuh. Yakin dan bertawakallah akan rezeki yang akan tiba nanti..Cuba yang membezakannya ialah sedikit atau banyak (wang), rezeki tubuh badan yang sihat, rezeki dapat berjalan dengan lancar dan sebagainya.
Semalam, firadila menonton dokumentari khas mengenai Pak Lah di TV3. Firadila begitu tertarik sekali apabila Datin Seri Jeanne Abdullah menyatakan cara didikan Pak Lah yang selalu diajar kepada beliau ialah Sabar dan Bersyukur....sekiranya mengalami kesusahan ada orang yang lebih susah dari kita..sekiranya mengalami kesenangan ada orang yang lebih senang dari kita...oleh itu apa-apa sahaja yang berlaku kita hendaklah sentiasa sabar dan bersyukur..Terima kasih Datin Seri kerana sudi berkongsi mengenai ilmu ini...
Senyum dan ceria selalu,
firadila
Sunday, March 15, 2009
Kesedaran anak orang susah.......
Rasa insaf sebagai anak seorang nelayan membolehkan Nik Nur Madihah memperoleh 19 A1 dan 1 A2 dalam SPM.

"KITA selalunya tengok anak-anak 'orang besar' yang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Apa salahnya kali ini anak seorang nelayan yang keluar di televisyen dan surat khabar sebagai pelajar terbaik. Saya cabar dia."
Begitulah kata-kata Nik Mohd. Kamal Hussin, 41, bapa kepada Nik Nur Madihah, 18, yang berjaya mendapat keputusan 19 A1 dan 1 A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan Khamis lalu.
Nik Nur Madihah merupakan pelajar Sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Seorang lagi pelajar sekolah itu, Siti Fatimah Mukhtar, 20, mendapat 17 A1 dan 1 A2 dalam SPM 2006.
Kehadiran krew Jurnal di teratak yang didiami Nik Nur Madihah di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa disambut dengan senyuman manis oleh gadis tinggi lampai itu bersama ibu dan bapanya.
"Jemput naik, maaflah rumah kami sempit saja," pelawa ibunya, Mariani Omar, 42, yang sibuk melayan tetamu yang tidak putus-putus datang untuk mengucapkan tahniah.
Sungguh tidak disangka, rumah kayu bercat putih beratap zink yang kelihatan begitu usang rupa-rupanya berjaya melahirkan seorang gadis yang tabah dan cekal semangatnya untuk maju dalam hidup.

Di ruang tamu rumahnya yang tidak seluas mana itu, terdapat sebuah peti televisyen dan set sofa kayu yang agak uzur serta sebuah meja yang digunakan oleh Nik Nur Madihah untuk mengulang kaji pelajaran.
Rumah yang didiaminya sejak dari kecil itu disewa dengan kadar RM90 sebulan, memiliki dua bilik yang 'diubahsuai' menjadi lima bilik dengan menggunakan almari dan papan lapis sebagai dinding pemisah antara bilik ke bilik.
"Saya tinggal bersama ibu bapa dan adik bongsu yang berusia 11 tahun sementara dua lagi adik yang berusia 16 dan 15 tahun tinggal di asrama.
"Ruang tamu dan meja inilah tempat saya belajar," ujar Nik Nur Madihah memulakan bicara. Tutur katanya lemah lembut. Raut wajahnya juga sangat tenang.
Tanpa dilengkapi peralatan canggih, komputer dan kemudahan Internet, dia lebih selesa belajar di rumah walaupun sekolahnya menyediakan kemudahan asrama.
Katanya, dia memang teringin untuk tinggal di asrama tetapi yurannya mahal iaitu RM200 sebulan.
Bapa nelayan, ibu tukang cuci
Bapanya tidak mampu menyediakan wang untuk yuran tersebut kerana hanya bekerja sebagai nelayan. Ibunya pula hanya bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

"Pendapatan bulanan keluarga kami hanya sekitar RM500 dan cukup-cukup menampung perbelanjaan dan keperluan hidup,” katanya.
Nik Nur Madihah memberitahu, sebagai anak seorang nelayan dia tidak mampu untuk hidup mewah seperti kebanyakan pelajar lain. Wang poket yang dibekalkan oleh bapanya untuk makan tidak sampai RM1 sehari dan adakalanya dia tidak mempunyai wang untuk makan.
“Ayah bagi RM5 sehari, tambang bas saja sudah lebih RM4 untuk pergi balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal dari rumah.
“Kalau tak ada makanan dan duit saya akan berpuasa,” katanya yang mengamalkan puasa sunat Isnin dan Khamis sejak berusia 12 tahun.

![]() |
| |
![]() |
| |
Kehidupannya menjadi lebih sukar terutama ketika musim tengkujuh atau apabila bot bapanya mengalami kerosakan dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk dibaiki.
“Sumber pendapatan kami hanya bergantung pada ayah. Ketika ayah tidak dapat turun ke laut, kami sekeluarga hanya makan nasi berlaukkan telur dan itu menjadikan saya insaf,” katanya.
Nik Nur Madihah reda dengan ketentuan Allah dan kesempitan hidup itu menjadi pembakar semangatnya untuk terus berjaya demi mengubah nasibnya sekeluarga.
Berbicara mengenai kejayaannya, Nik Nur Madihah memberitahu, dia mengambil keputusan untuk mendaftarkan 20 subjek yang diambil dalam SPM kerana ingin mencabar dirinya sendiri.
Dia sentiasa optimis dengan diri sendiri serta mahu mengikut jejak langkah mentornya yang juga senior di sekolahnya, Siti Fatimah Mukhtar yang pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM pada 2006.
“Saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain, cuma saya memberi tumpuan penuh ketika berada di dalam kelas.
“Saya belajar ikut mood. Bila rasa nak belajar, saya belajar tetapi masa belajar tersebut perlu berkualiti dan paling penting adalah banyak berusaha dan belajar secara strategik.
“Sekiranya timbul masalah, cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal,” ujarnya yang merupakan antara pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan.
Dia juga tidak pernah menghadiri kelas tuisyen berbayar di luar sekolah kerana masalah kewangan dan bersyukur kerana pihak sekolah menyediakan guru-guru untuk lapan mata pelajaran selebihnya yang diambil.
Lapan mata pelajaran itu ialah Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera yang hanya mula dipelajarinya ketika berada di tingkatan lima.
Nik Nur Madihah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan memilih untuk mendalami ilmu fizik.
Dia berhasrat untuk menjadi seorang ahli fizik kerana tidak ramai orang Melayu yang meneroka cabang ilmu tersebut selain ia memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.Wednesday, March 11, 2009
Berniaga apa sahaja...
Hari ini firadila ingin menyentuh topik mengenai perniagaan...macam motivasi santai lah..Baiklah, firadila pernah bertanya kepada rakan sepejabat firadila mengenai apa jenis perniagaan yang akan dijalankan di zaman kegawatan ekonomi ini? Jawapan yang diberikan amat mengejutkan..
"firadila, aku nak bagi kau satu petua ni yang kau tak akan rugi bila berniaga...
Selagi ada orang pakai, selagi ada orang makan dan selagi ada orang belajar....kau tak akan rugi. Jadi, fikir-fikirkan lah"...
Maksudnya begini, selagi ada orang pakai ( contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah mengambil upah menjahit, menjual kain, menjual pakaian dan sebagainya), selagi ada orang makan ( contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah buka restoran, gerai , jual jambu, jual betik, jual nasi lemak dan sebagainya) dan selagi ada orang belajar (contoh perniagaan yang boleh dijalankan ialah menjadi tenaga pengajar, jadi guru tuisyen, jurulatih silat dan sebagainya).. Ooohhh...baru firadila faham sekarang...
Bila difikir-fikirkan balik, ada kebenarannya juga. Perkara ini tidak akan lari kemana kerana ianya adalah satu keperluan....jadi kenapa pening kepala nak berniaga apa....pilih sahaja dan terus lakukan...
Senyum dan ceria selalu..
firadila


