RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

Berdoalah dengan lebih spesifik..



Salam hormat pembaca firadilamotivasi,


Ahlamdulillah..hari ini sudah hampir seminggu kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini rebutlah peluang pahala yang berlipat kali ganda berbanding di bulan yang lain. Semoga Allah sentiasa merahmati anda semua.


Baiklah,


Dibulan yang mulia ini kita digalakkan banyakkan berdoa. Disini firadila ingin ceritakan kisah benar pengalaman firadila ketika mengerjakan umrah Mac 2012 yang lalu..Ketika firadila berada di tanah suci untuk mengerjakan umrah..kesihatan firadila tidak diizinkan oleh Allah. Maksudnya firadila mengalami batuk yang teruk, demam dan darah keluar dari hidung tidak terhenti. Ini berlaku akibat perubahan cuaca yang panas terik, suasana di Mekah pada waktu itu dengan bangunan yang roboh untuk membina hotel yang canggih dan sebagainya.


Ketika hendak pergi bermiqat di Tanaeem, firadila ada berdoa "Ya Allah, mudahkanlah aku mengerjakan umrah.hilanglah batuk ku dan darah yang keluar dari hidungku ketika mengerjakan umrah. sempurnakanlah umrahku yang Allah..sihatkanlah tubuh badanku ketika mengerjakan umrah. Aku berserah diri dan bertawakal kepada-Mu..Amin". Begitulah doa firadila setelah berniat mengerjakan umrah dan bermiqat. Firadila guna doa yang sama ketika ingin masuk di Masjidil Haram dan juga doa yang sama ketika berada di Kaabah sebelum melakukan tawaf setelah berniat tawaf.


Alhamdulillah, setelah tawaf 7 pusingan Allah anugerahkan kesihatan yang baik sehingga firadila dapat tawaf dengan baik dan sempurna.Kemudian, sebelum melakukan saie firadila berdoa seperti doa yang sebelumnya.Dengan izin Allah, saie firadila juga lancar dengan tahap kesihatan yang baik. Tidak mengalami batuk yang teruk malah tidak ada darah yang keluar melalui hidung.Kemudian, firadila bertahalul.Setelah firadila sujud syukur di atas anugerah kesihatan yang baik yang Allah izinkan setelah tahalul..firadila pun berjalan keluar dari Masjidil Haram menuju ke hotel.


Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar dari Masjidil Haram, dengan kuasa Allah secara tiba-tiba firadila kembali batuk, demam dan hidung keluar darah dengan banyaknya..sehingga firadila terpaksa gagahkan diri juga untuk berjalan. Setelah tiba dihotel untuk berehat, firadila berfikir sejenak apa pengajaran yang firadila dapat ambil untuk dijadikan iktibar setelah mengerjakan umrah tadi..


Setelah sekian lama berfikir, barulah firadila faham situasi yang firadila alami tadi.


Rupa-rupanya, firadila ada berdoa sebelum mengerjakan umrah Allah anugerahkan kesihatan yang baik sepanjang firadila mengerjakan umrah. Jadi Allah makbulkan doa firadila. setelah mengerjakan umrah, kesihatan yang baik itu tadi Allah tarik balik..


Oleh itu, nasihat firadila ketika kita berdoa perlulah doa dengan lebih spesifik. Maksud firadila, sekiranya ada yang berdoa ingin bertemu jodoh ke, nak anak ke, nak jadi kaya ke atau sebagainya..doalah dengan lebih spesifik supaya tidak berlaku seperti firadila. Takut nanti, kita yang meminta..kita pula yang tidak boleh menerimanya..


Jangan doa seperti ini :


1. Ya Allah, jadilah aku orang kaya..
2.. Ya Allah, temukan lah jodohku dalam masa terdekat
3. Ya Allah, anugerahlah aku zuriat anak yang baik..
4. Ya Allah, jadilah buah sawit yang banyak buahnya...(khas orang Feldalah)...


Seboleh-bolehnya, berdoalah begini :


1. Ya Allah, jadilah aku orang kaya yang bertaqwa berdasarkan al-Quran dan sunnahMu dunia dan akhirat..
2. Ya Allah, temukanlah jodohku yang dapat meimamkan aku ketika solat, mengajar aku tentang agama, menghafaz al-Quran, tampan,yang bertanggungjawab terhadap keluarga, hansem, yang tidak memadukan aku ketika hayatku, kesihatan yang baik dunia dan akhirat.
3. Ya Allah, anugerahlah aku zuriat yang soleh dan solehah, zuriat yang mengerjakan solat, zuriat yang menyenangkan hati ibu dan ayahnya, zuriat yang tampan dan rupawan, zuriat yang Engkau redhai dunia dan akhirat.
4. Ya Allah, jadilah buah sawit yang banyak buahnya, tinggi nilainya, tinggi harganya sehingga mencecah pendapatan RM3,000 dan ke atas sebulan


Ini adalah contoh sahaja..mana tahu bila kita telah spesifikan doa kita, insyaallah, apa sahaja permintaan kita pasti akan Allah makbulkan..


Setelah firadila amalkan, barulah firadila faham tujuan doa itu..jadi berdoalah dengan lebih spesifik..


Anda amalkan Anda dapat..Selamat Berpuasa


Senyum dan ceria selalu..
firadila

Wednesday, August 18, 2010

Perkara yang kadang-kadang kita terlupa...



Assalammualaikum dan salam gembira kepada pembaca blog firadilamotivasi..

Hari ni tajuk je dah panjang menjela pulak..sebenarnya di dalam bulan ramadhan ni firadila ingin menulis mengenai apa yang kita perlu buat dan lakukan di bulan yang mulia ni. Kadang-kadang kita ni hampir terlupa ingin melakukan dan mengamalkannya..

Baru-baru ini firadila telah menghadiri seminar "Ramadhan membentuk jiwa" anjuran PUSPANITA NEGERI SEMBILAN...Antara penceramah yang dijemput ialah Ustaz Fauzi (Al-Kuliyyah) , Ustazah Asni (Penceramah Bebas) dan Ustaz Dzul Karnain (Kalam Suci dan pengajaran Imam Muda)..

Apa yang ingin firadila sentuh mengenai seminar ini ialah seminar ni cukup best, kelakar dan memang nak gelak je..Jadi tak delah timbul asalkan ceramah agama je mata ni nak mengantuk je...semoga ustaz dan ustazah kekalkan beri ceramah macam ni...

Berikut adalah sedikit catatan yang sempat firadila catitkan :

Pertama : Ramadhan membentuk taqwa : Didalam bulan ramadhan hendaklah kita berpuasa dengan puasa yang sebenar-benarnya. Kurangkan makan dan minum dan hendaklah berbuka mengikut sunnah nabi iaitu dahulukan dengan berbuka 3 biji kurma. Selain itu, kita digalakkan untuk banyakkan sedekah tidak kira sedekah secara bersembunyi atau secara terang-terangan dan berdoa kepada Allah. Nescaya doa kita akan dimakbulkan. Bulan ramadhan juga kita digalakan bertadarus Al-Quran (iaitu seorang membaca dan seorang menyemak bacaan) dan dapat melatih diri sentiasa memaafkan orang lain.

Kedua : Didikan di dalam bulan ramadhan : Didikan yang digalakan di dalam bulan ramadhan ialah :
  1. Mendidik diri ini menjadi seorang yang menepati masa tidak kira ketika kita berbuka puasa, bersembahyang atau sebagainya.

  2. Melatih diri mengikut sunnah nabi - berbuka dengan buah tamar.

  3. Melatih diri untuk menjadi baik - menahan kemarahan dan meningkatkan kesabaran.

  4. Melatih diri untuk rajin sembahyang sunat - sembahyang sunat Dhuha, Sunat tarawih dan sebagainya.

  5. Melatih diri untuk rajin bangun malam - bangun malam untuk sembahyang sunat dan berzikir kepada Allah serta memohon keampunan kepadanya.

  6. Melatih untuk menyenaraikan budget ramadhan - budget ni bukan bermaksud berapa ringgit duit habis di bazar ramadhan tetapi budget berapa banyak kita dapat bersedekah.

  7. Melatih diri untuk cuba dapatkan pahala sebanyak 70 kali ganda (kalau bukan di bulan ramadhan pahala hanya 30 kali ganda)

  8. Melatih diri untuk membaca Al-Quran - setiap huruf dikira amalanya.

Ketiga : Madrasah Ramadhan : Melatih diri dari mengelak sifat suka membazir dan jangan makan terlalu kenyang. Kalau ikut juga, itu dah kira mengikut hawa nafsu sebab syaitan dah dirantai...hehe...Selain itu, ramadhan dapat melatih kita jangan menjadi seorang yang bakhil yakni kedekut. Latihlah diri memberi sedekah dengan cara tangan kanan memberi tetapi tangan kiri tidak tahu (bersembunyi ) dan digalakkan lah bersedekah dengan keluarga dahulu...

Keempat : Pendidikan Ramadhan : Berikut adalah pendidikan di dalam bulan ramadhan ;


  1. Didalam bulan ramadhan ada 3 semester (mula puasa , semasa puasa dan tamat puasa)

  2. Bulan ramadhan diturunkan Al-Quran dan digalakkan kita untuk bertadarus al-quran. Kalau tak reti mengaji gak, digalakkan mendengar al-quran...kalau malas jugak digalakkan untuk membaca terjemahan al-quran kerana di dalam al-quran diterangkan oleh Allah perbezaan antara yang betul dan yang salah. Diakhirat, orang yang tidak membaca al-quran dianggap seorang yang muflis walaupun di dunia dia seorang yang kaya raya..Jadi pilihan ditangan anda..

  3. Bulan ramadhan adalah bulan Lailatulkadar...

  4. Bulan ramadhan juga adalah malam ketentuan kepada manusia oleh Allah antara ramadhan tahun ini sehingga ramadhan tahun hadapan...jangan ingat kita ni takde "SKT" oleh Allah. Jadi berbuat baiklah..

  5. Lakukan sedekah yang luar biasa - seperti bersedekah dari segi makanan, minuman, pakaian dan wang ringgit.

  6. Jangan tinggalkan majlis ilmu walau sesaat cuma..

  7. jangan tinggal bangun malam...

  8. Jangan tinggal zikrullah kerana berzikir dapat menenangkan jiwa...

  9. Jagalah pemakanan - jangan makan yang terlampau dan terlalu mengikut perasaan.

  10. Sentiasalah bersangka baik dengan orang seperti bersangka baik dengan jiran, dan sebagainya.

  11. Hidupkan sembahyang yang dilakukan dengan penuh rasa...cuba dapatkan nur di dalam sembahyang...

  12. Lazimkan diri dengan melakukan solat berjemaah bersama keluarga dirumah atau melakukan solat berjemaah di masjid..

Kelima : Bulan ramadhan dapat membentuk perbezaan antara nafsu dan kehendak Allah :


  1. Menahan diri dari nafsu amarah

  2. Menahan diri dari nafsu berborak barik yang selama ini apa yang kita buat asyik tak menjadi je..

  3. Melatih diri mempunyai nafsu yang berjiwa tenang dan mempunyai perasaan taqwa dan takut akan Allah.

  4. Melatih roh kita termasuk roh jasad, roh perasaan dan roh akal untuk meimbangi antara duniawi dan akhirat..

  5. Melatih diri kita daripada mengelak mencari ilmu dunia semata-mata kerana menyebabkan diri kita menjadi tidak mementu. Latih diri untuk menyeimbanginya...Otak kiri untuk ilmu duniawi dan otak kanan untuk ilmu akhirat.

Keenam : Positif atau negatif selepas ramadhan : Selepas ramadhan adakah kita ini menjadi seorang jiwa yang pemurah atau tidak...atau adakah sembahyang kita ini terjaga atau tidak..


Kesimpulannya, firadila cukup terima dengan menghadiri ilmu ini..sesungguhnya kadang-kadang kita cukup alpa mengejar kekayaan dunia tetapi kekayaan akhirat kita hanyut begitu sahaja.. semoga anda juga dapat ilmu dan manfaatkanlah...kerana hanya ALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI DAN MAHA MENGETAHUI DUNIA DAN AKHIRAT...

Jangan lupa senyum selalu pulak...ni tak asalkan puasa je susah nak senyum..bukankah senyum itu satu sedekah...

Senyum dan ceria selalu..