Assalammualaikum dan salam ceria pembaca blog firadilamotivasi,
Tahun 2010 sudah menjelma..bagaimana dengan azam tahun lepas anda...fuhh...cewah...mesti anda semua ada yang telah mencapai matlamat dan ada juga yang masih mencari lagi macam mana nak capai matlamat yang tak dapat-dapat tu...tak pe yang penting biar ada matlamat jangan tak ada langsung..
Baiklah,
Hari ni firadila nak bagi motivasi santai bersamaan dengan iktibar daripada jalan cerita yang firadila tengok semalam. Sebenarnya, semalam firadila ada menonton cerita Akukah Tanggang? kat TV3..ceritanya amat seronok, mendalam dan amat menjiwakan..
Disini firadila terfikir dan terkesan mengenai jalan cerita itu ialah bagaimana si tanggang ni merampas harta daripada ayah mentuanya..berjaya sungguh setelah sekian lama dia ingin mencapainya..firadila dapati kalau ketua kita tidak memberi kepercayaan kepada orang bawahnya untuk mengendalikan syarikat atau perniagaan kepada kita, mesti kita akan rasa tercabar dan mula mencipta matlamat untuk mencapainya..
Bermula dengan matlamat itulah, sifat bersungguh-sungguh mula lahir dan fokus untuk mendapatkannya mula terbentuk dan akhirnya kejayaan pasti akan tercapai..Kesimpulannya, dengan mempercayai kekuatan yang kita adalah perkataan "MESTI BOLEH", "YAKIN BOLEH MELAKUKANNYA" itu secara semulajadi akan sentiasa bermain difikiran kita...oleh itu berfikiran positiflah selalu..
senyum dan ceria selalu,
firadila
No comments:
Post a Comment