RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Wednesday, November 26, 2008

Tekanan Perasaan?

image dari : http://www.stressrelatedillness.com/images/stress0.jpg

Assalammualaikum dan salam ceria.............

Apa khabar pembaca blog firadilamotivasi..adakah hari anda semua masih ceria atau suram sahaja sesuram langit mendung diluar...hehehe...jangan marah....Baiklah. Post firadila kali ini ingin menyentuh mengenai tekanan perasaan yang tidak dikawal oleh mereka yang mengalami tekanan tersebut...

Sejak kebelakangan ini tersiar di televisyen gadis ingin terjun bangunan akibat mengalami tekanan perasaan oleh kekasih dia...oh..oh...oh..nak sedih pun ada nak geram pun ada.Lihat gambar diatas...kerja yang banyak dan bertimbun-timbun pun memang boleh mengalami tekanan perasaan tahap maksimum ni..betul tak...Baiklah firadila tidak mahu menyentuh mengenai perkara itu lagi tetapi cara yang perlu diatasi untuk mengelak dari kejadian itu berulang.

Baiklah. Sebenarnya kita sebagai manusia tidak lari dari mengalami tekanan perasaan. Tidak kiralah tekanan itu kecil atau besar. Kadang-kadang firadila terfikir boleh ke kita ni hidup tanpa tekanan. Sebenarnya kita boleh hidup tanpa tekanan kalau kita mahu. Oklah caranya begini :

1. Senyum pagi setiap hari

Ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat firadila ni tetapi itulah kenyataanya. Sebenarnya bila kita celik je mata terus memberi senyuman pada diri sendiri anda akan mengalami satu aura yang luar biasa.Aura keyakinan, kesihatan, fikiran yang cergas, dan awet muda secara semulajadi. Tak percaya jugak ke!!! Belum cuba belum tahu tau...lagi satu beri senyuman kepada sesiapa saja yang kita jumpa...bukankah senyum itu satu sedekah..he..he..he.. :)

2. Kalau tertekan bukannya dapat duit pun

Ini prinsip yang selalu firadila pegang..he..he..he..bukan senang nak jumpa orang yang pegang prinsip macam ni. Cuba anda fikir sejenak..kalau anda tengah marahkan seseorang ke? atau merajuk dengan seseorang ke? atau bergaduh dengan seseorang ke? (dengan yang tersayanglah) boleh dapat duit ke kalau buat macam tu..Mesti tak dapat punya..yang dapat cuma sakit hati je...betul tak....jadi jangan biarkan hidup anda dalam tekanan.

Baiklah....2 petua sahaja yang firadila dapat beri pada hari ini..esok firadila akan sambung petua yang lain pula mengenai cara untuk mengalami tekanan perasaan ni.... :)

Senyum dan ceria selalu...
firadila

p/s : petua di atas adalah dari pendapat firadila sendiri. Amat digalakkan pembaca blog firadila memberi pendapat diruangan comment. firadila demam hari ni...mengalami tekanan kecil pulak..huhuhu...tapi tetap senyum selalu...

No comments: