RAHSIA LULUS KERJA KERAJAAN

Thursday, July 26, 2012

Berdoalah dengan lebih spesifik..



Salam hormat pembaca firadilamotivasi,


Ahlamdulillah..hari ini sudah hampir seminggu kita berpuasa. Di bulan yang mulia ini rebutlah peluang pahala yang berlipat kali ganda berbanding di bulan yang lain. Semoga Allah sentiasa merahmati anda semua.


Baiklah,


Dibulan yang mulia ini kita digalakkan banyakkan berdoa. Disini firadila ingin ceritakan kisah benar pengalaman firadila ketika mengerjakan umrah Mac 2012 yang lalu..Ketika firadila berada di tanah suci untuk mengerjakan umrah..kesihatan firadila tidak diizinkan oleh Allah. Maksudnya firadila mengalami batuk yang teruk, demam dan darah keluar dari hidung tidak terhenti. Ini berlaku akibat perubahan cuaca yang panas terik, suasana di Mekah pada waktu itu dengan bangunan yang roboh untuk membina hotel yang canggih dan sebagainya.


Ketika hendak pergi bermiqat di Tanaeem, firadila ada berdoa "Ya Allah, mudahkanlah aku mengerjakan umrah.hilanglah batuk ku dan darah yang keluar dari hidungku ketika mengerjakan umrah. sempurnakanlah umrahku yang Allah..sihatkanlah tubuh badanku ketika mengerjakan umrah. Aku berserah diri dan bertawakal kepada-Mu..Amin". Begitulah doa firadila setelah berniat mengerjakan umrah dan bermiqat. Firadila guna doa yang sama ketika ingin masuk di Masjidil Haram dan juga doa yang sama ketika berada di Kaabah sebelum melakukan tawaf setelah berniat tawaf.


Alhamdulillah, setelah tawaf 7 pusingan Allah anugerahkan kesihatan yang baik sehingga firadila dapat tawaf dengan baik dan sempurna.Kemudian, sebelum melakukan saie firadila berdoa seperti doa yang sebelumnya.Dengan izin Allah, saie firadila juga lancar dengan tahap kesihatan yang baik. Tidak mengalami batuk yang teruk malah tidak ada darah yang keluar melalui hidung.Kemudian, firadila bertahalul.Setelah firadila sujud syukur di atas anugerah kesihatan yang baik yang Allah izinkan setelah tahalul..firadila pun berjalan keluar dari Masjidil Haram menuju ke hotel.


Sebaik sahaja kaki ini melangkah keluar dari Masjidil Haram, dengan kuasa Allah secara tiba-tiba firadila kembali batuk, demam dan hidung keluar darah dengan banyaknya..sehingga firadila terpaksa gagahkan diri juga untuk berjalan. Setelah tiba dihotel untuk berehat, firadila berfikir sejenak apa pengajaran yang firadila dapat ambil untuk dijadikan iktibar setelah mengerjakan umrah tadi..


Setelah sekian lama berfikir, barulah firadila faham situasi yang firadila alami tadi.


Rupa-rupanya, firadila ada berdoa sebelum mengerjakan umrah Allah anugerahkan kesihatan yang baik sepanjang firadila mengerjakan umrah. Jadi Allah makbulkan doa firadila. setelah mengerjakan umrah, kesihatan yang baik itu tadi Allah tarik balik..


Oleh itu, nasihat firadila ketika kita berdoa perlulah doa dengan lebih spesifik. Maksud firadila, sekiranya ada yang berdoa ingin bertemu jodoh ke, nak anak ke, nak jadi kaya ke atau sebagainya..doalah dengan lebih spesifik supaya tidak berlaku seperti firadila. Takut nanti, kita yang meminta..kita pula yang tidak boleh menerimanya..


Jangan doa seperti ini :


1. Ya Allah, jadilah aku orang kaya..
2.. Ya Allah, temukan lah jodohku dalam masa terdekat
3. Ya Allah, anugerahlah aku zuriat anak yang baik..
4. Ya Allah, jadilah buah sawit yang banyak buahnya...(khas orang Feldalah)...


Seboleh-bolehnya, berdoalah begini :


1. Ya Allah, jadilah aku orang kaya yang bertaqwa berdasarkan al-Quran dan sunnahMu dunia dan akhirat..
2. Ya Allah, temukanlah jodohku yang dapat meimamkan aku ketika solat, mengajar aku tentang agama, menghafaz al-Quran, tampan,yang bertanggungjawab terhadap keluarga, hansem, yang tidak memadukan aku ketika hayatku, kesihatan yang baik dunia dan akhirat.
3. Ya Allah, anugerahlah aku zuriat yang soleh dan solehah, zuriat yang mengerjakan solat, zuriat yang menyenangkan hati ibu dan ayahnya, zuriat yang tampan dan rupawan, zuriat yang Engkau redhai dunia dan akhirat.
4. Ya Allah, jadilah buah sawit yang banyak buahnya, tinggi nilainya, tinggi harganya sehingga mencecah pendapatan RM3,000 dan ke atas sebulan


Ini adalah contoh sahaja..mana tahu bila kita telah spesifikan doa kita, insyaallah, apa sahaja permintaan kita pasti akan Allah makbulkan..


Setelah firadila amalkan, barulah firadila faham tujuan doa itu..jadi berdoalah dengan lebih spesifik..


Anda amalkan Anda dapat..Selamat Berpuasa


Senyum dan ceria selalu..
firadila

Wednesday, July 11, 2012

NAK JADI CEO...TAK MUSTAHIL UNTUK DICAPAI...

Salam ceria anda semua, sudah lama firadila tidak menulis disini..Alhamdulillah..segala impian dan matlamat firadila untuk menjalankan pelbagai perniagaan sedang berjalan lancar..pasti ada yang turun dan naik..yang penting jangan berputus asa untuk mencuba..dan yang pasti hari yang kita ingin untuk berjaya itu akan dapat jua bila tiba masanya..insyaallah...firadila yakin kerana hidup ini umpama roda..sekejap kita boleh di atas dan sekejap kita boleh berada di bawah..sesungguhnya Allah itu Maha Adil mentadbir alam ini..

Untuk lebih motivasi, firadila hidangkan kata-kata motivasi dari blog Shahabudden Jalil ini. Tuan Shahabudden Jalil ini menjalankan kursus borong ke China..satu hari nanti impian firadila untuk ke China akan berjaya juga...teruskan membaca..

Saya menulis sebelum ini sebuah tajuk Bagaimana Untuk Menjadi Berjaya, Bahagia dan Kaya TANPA Berusaha dan Bekerja.



Hasil daripada artikel itu, timbul beberapa persoalan lain dan antaranya ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana mereka ingin melakukan apa yang mereka suka jika mereka sudah sedia terperangkap dengan pekerjaan yang sedia ada.


Katakan anda seorang pelayan di sebuah restoran. Anda tidak meminati kerja ini dan anda ingin menjadi seorang ahli korporat di sebuah syarikat yang besar dan ternama.


Pelayan Restoran ——-> Ahli Korporat


Mustahil bukan ?


Tentu anda fikir tidak logik dan sesuatu yang tidak mungkin terjadi. Namun dalam artikel ini saya akan merungkai rahsia bagaimana seorang pelayan restoran untuk menjadi seorang ahli korporat.


Apabila seseorang mendapat tuah atau peluang, kita biasa anggap orang ini bertuah dan mendapat rezeki bagaikan “bulan jatuh ke riba”. Memang ada keadaan orang yang mendapat tuah sebegini, namun dalam banyak keadaan, orang yang mendapat tuah adalah orang yang membuat sesuatu kerja dengan cara tertentu yang berbeza berbanding orang lain di tempat yang sama.


Peluang adalah sesuatu yang ada di mana-mana. Cuba anda lihat disekeliling anda, terlalu banyak kebetulan-kebetulan yang terjadi. Mungkin dalam ribuan manusia, anda bertemu seseorang dan seseorang itu akhirnya menjadi rakan anda hari ini. Tidakkah ini juga satu kebetulan ?


Bagaimana ibu bapa anda bertemu ? Bagaimana anda bertemu dengan pasangan anda ? Bagaimana anda bertemu dengan rakan universiti anda ?


Mungkin dalam banyak-banyak website yang anda layari, anda bertemu website ini yang anda baca dan mengubah hidup anda. Siapa tahu ? Namun peluang adalah sesuatu yang kita pasti ada dan kita tidak tahu bagaimana dan bila ia akan muncul.


Tidakkah semua ini adalah hasil daripada kebetulan-kebetulan yang tidak mungkin dirancang ?


Jadi bagaimana untuk anda menjadi orang yang bertuah dan mendapat peluang ? Ini persoalan utama yang perlu kita jawab.


Peluang terhidang kepada mereka yang bersedia untuk menerimanya. Apakah ciri-ciri orang yang bersedia ini ? Adakah anda mampu menjadi orang ini ?


Ya, semua daripada kita mampu dan sebenarnya peluang ini yang menunggu anda.


Orang yang bersedia yang saya maksudkan adalah orang yang membuat sekecil-kecil kerja dengan sebaik yang mungkin dan menghabiskan kerja yang sepatutnya dilakukannya pada waktu yang ditetapkan.


Untuk orang ini, peluang untuk berkembang sentiasa akan datang selagi orang ini kekal dalam ciri ini dengan sabar.


“Dan mintalah kepada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat...” (Al-Baqarah; 2:45)


Sabar bukanlah anda bermalas-malas dan menunggu peluang untuk datang kepada anda. Sabar bermaksud anda membuat kerja yang perlu anda buat di tempat anda dengan sebaik mungkin dan peluang pasti akan sampai. Ini janji Tuhan kepada manusia.


Dalam contoh yang saya beri di awal artikel ini, bagaimana seseorang yang bekerja sebagai pelayan restoran menjadi ahli korporat.


Bayangkan anda seorang pelayan restoran. Apa yang anda perlu lakukan ?


a. Meminta kepada Tuhan apa yang anda mahukan. – Ini bermaksud, anda perlu mempunyai objektif jelas tentang apa sebenarnya yang anda mahukan. Jika anda mahu menjadi ahli korporat, minta kepada Tuhan bahawa anda menjadi ahli korporat.


b. Sabar – Buat kerja yang anda perlu buat hari ini dengan sebaik mungkin. Lap meja, basuh pinggan mangkuk, ambil order dari pelanggan dengan baik, hantar makanan secepat mungkin. Jadi mahir dalam bidang anda ini dan buat kerja sebaik yang mungkin.


Apabila anda membuat kerja di tempat anda dengan sebaik mungkin, peluang akan terhidang buat anda sebagaimana anda menghidangkan makanan kepada pelanggan anda.


Katakan di tempat anda ada pelanggan yang sering datang ke situ iaitu seorang pengurus di sebuah syarikat. Kebetulan pada hari itu, dia baru mendapat tahu bahawa ada pekerjanya yang sudah berhenti kerja dan dia perlu mencari pengganti kepada pekerja itu tadi. Sedang dia berfikir di meja makannya itu, dia ternampak anda dan dia tahu anda ini seorang yang sangat komited dalam kerja.


Tidak mustahil dia akan bertanya kepada anda samada anda berminat atau tidak untuk menjadi pekerjanya ? Sewaktu peluang sebegini terhidang, fikir dahulu samada ia selari atau tidak dengan apa yang anda minta pada Tuhan. Jika selari, jangan berlengah, terus rebut peluang ini.


Apabila anda bekerja di syarikat itu, anda masih perlu melakukan kerja di tempat anda dengan baik dan sempurna. Jika kerja anda adalah untuk membancuh kopi untuk tetamu, bancuh sebaik yang mungkin.


Daripada situ anda akan mendapat peluang lain, mungkin pembantu pengurus itu terlibat dalam kemalangan dan tidak mampu lagi bekerja. Jadi pada waktu pengurus anda mencari pengantinya mungkin dia akan nampak anda sudah layak untuk menjadi pembantunya.


Daripada situ selepas beberapa tahun mungkin pengurus itu akan dilantik menjadi CEO syarikat tersebut. Memandangkan anda ini adalah anak buahnya yang bagus dan paling diyakini, mungkin dia akan melantik anda menjadi salah seorang yang berjawatan tinggi. Kerana dia yakin terhadap anda.


Apabila CEO ini akan bersara, dia merasakan andalah yang paling layak untuk menggantikannya beliau, beliau akan melantik anda pula menjadi CEO yang baru.


Kini seorang pelayan restoran sudahpun menjadi CEO syarikat ternama.


Ini hanyalah contoh untuk membuatkan anda berfikir bahawa sebenarnya peluang tidak terhad kepada orang tertentu sahaja. Semua orang mempunyai peluang untuk menjadi sesiapa yang kita mahukan. Anda hanya perlu melakukannya dengan cara tertentu.


Cara ini juga bukanlah sesuatu yang luar biasa. Anda hanya perlu ada objektif yang jelas dan kemudiannya bekerja sebaik mungkin di tempat anda sekarang.


Kita semua tahu, bahawa setiap kegagalan adalah berpunca dari sikap. Jadi sudah pasti sikap jugalah yang menentukan kejayaan anda.


Jadi kini sudah jelas bagi anda, bagaimana untuk anda mendapat sesuatu yang anda suka dari tempat yang anda terperangkap sekarang.


Namun anda perlu ingat beberapa peringatan di sini. Orang yang sering membuat kerja dengan tidak sempurna akan merungut dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka ada sekarang. Mereka akan berkata, “saya terperangkap di sini, jika saya dapat pekerjaan itu, tentu saya akan lebih suka”.


Apabila berada di tempat pekerjaan kedua, perkara sama akan berlaku. Jadi anda sebagai pembaca tidak harus terperangkap dan satu lagi perangkap jika anda merasa diri anda kini terperangkap.


Syukur dengan apa yang anda ada sekarang dan buat kerja sebaik mungkin di tempat anda. Peluang yang anda idamkan pasti dan pasti akan sampai.


Sekian, terima kasih


Shahabudeen Jalil

Setelah membaca artikel yang cukup positif ini, tidak mustahilkan impian kita untuk menjadi CEO itu boleh dicapai walaupun pada mulanya kita ni makan gaji..Jadi, firadila target untuk jadi CEO dan syarikat firadila boleh menjadi Multi International seperti syarikat Sime Darby, JCorp, Tabung Haji dan sebagainya..

Nasihat firadila, apabila anda berpeluang berjumpa mereka yang telah menjadi usahawan yang berjaya...jangan tinggalkan untuk bertanya pengalaman mereka ketika mereka rugi dan bagaimana cara mereka untuk naik semula menjadi berjaya seperti sekarang..bagi firadila pengalaman mereka ini yang amat firadila perlukan..

Senyum selalu
firadila






Sunday, June 26, 2011

Aktiviti cuti sekolah...

Assalammualaikum dan salam ceria,

Bila cuti sekolah datang, anak-anak kitalah yang gembira sangat-sangat. Iyelah...tak perlu mengadap buku, tak payah bangun pagi, tak perlu mendengar guru membebel dan sebagainya. Tahukah anda, kegembiraan anak-anak kita itu hanya pada hari pertama cuti sahaja..bila dah masuk hari kedua pasti kebosanan telah menerjah di otak fikiran. Boringnya....tak ada aktiviti cuti sekolah ni...tak kan asyik nak tidur je..boring nye...Itu lah sahaja yang ada difikiran mereka...tak ada aktiviti yang dirancang bila cuti sekolah...mak ayah pulak sibuk bekerja..

Anda sebagai ibu bapa mestilah merancang aktiviti anak anda sepanjang cuti sekolah bermula. Ada yang hantar ke kem motivasi, ada yang hantar ke kampung dan sebagainya. Bagi yang tiada kampung pula bagaimana...pasti bosan kan. Disini firadila kongsikan pelbagai aktiviti yang anak anda boleh lakukan sepanjang cuti sekolah...

Pertama : Izinkan anak anda bekerja dengan tokey catering.Jadi pelayan kat rumah kenduri kahwin atau bahasa kampungnya jadi kendarat. Selain dilakukan pada waktu cuti sekolah, kebaikannya ialah anak anda boleh belajar bergaul antara satu sama lain, belajar bekerja sama, belajar menerima dan melaksanakan arahan dan dapat memupuk diri untuk minat berniaga. Anak anda dapat menghargai susahnya nak cari duit dengan bekerja.

Kedua : Join kumpulan kompang. Bermain kompang dimajlis perkahwinan juga dapat menjana pendapatan sampingan pada anak anda. Selain menghiburkan, dapat memupuk anak anda menjadi lebih berdisiplin.

Ketiga : Menghadiri kursus jangka pendek. Sekarang ni kerajaan menggalakan rakyat belajar secara sepanjang hayat. Anda boleh menghantar anak anda belajar secara kursus pendek di kolej komuniti, di giat mara atau sebagainya untuk menambahkan kemahiran baru.

Setakat ini sahaja yang dapat firadila kongsikan. Semoga cuti anak anda lebih bermanfaat selepas ini.

"Anda Amalkan, Anda Dapat"

Senyum selalu